19 November 2009

TERIMA KASIH

Web Master dan blogger http://cikguanda.blogspot.com merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua cikgu-cikgu BM yang menjadi web master dan blogger laman sesawang pembelajaran maya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu atas kerjasama yang diberikan selama ini dalam menjayakan misi membantu calon-calon SPM, khasnya, pelajar-pelajar dan pengguna Bahasa Melayu, amnya. Semoga usaha murni kita bakal membuahkan hasil yang membanggakan semua. Biarpun segalanya penuh berliku tetapi kerjasama daripada semua pihak yang sentiasa komited dan gigih amat membanggakan. Jadi, mulai hari ini marilah kita sama-sama berganding bahu membantu sesiapa sahaja memperoleh maklumat yang betul dan tepat untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam pelbagai situasi, khasnya untuk para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam. Oleh itu, kerjasama daripada web master dan blogger kalangan cikgu BM amat diharapkan dan dialu-alukan. Kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih sekali lagi.

ANALISIS SOALAN SPM 2001-2009

Pengguna laman sesawang ini boleh memuat turun analisis soalan SPM daripada tahun 2001 hingga November 2009 dari alamat di bawah. Bagi pengguna yang belum menjadi ahli laman sesawang ini, sila daftar keahlian terlebih dahulu sebelum berbuat demikian. Analisis ini dihasilkan oleh Cikgu Suhaimi Sulaiman daripada MRSM Transkrian, Pulau Pinang.

http://groups.yahoo.com/group/bahasa_melayu_ktn/files/SOALAN/SPM/SOALAN%20SPM/

18 November 2009

SOALAN SPM 2009

BAHAGIAN A

Gambar menunjukkan sebahagian daripada aktiviti badan beruniform yang terdapat di sekolah serta faedahnya. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah yang diperoleh apabila kita menyertai badan beruniform. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

TEMA SOALAN : AKTIVITI BADAN BERUNIFORM SERTA FAEDAHNYA
FORMAT : PENDAPAT
DIMENSI : DIRI/REMAJA
MAKLUMAT BERGAMBAR :

1. ketahanan mental dan fizikal
2. semangat kerjasama dan pembentukan disiplin
3. pengetahuan asas bantuan kecemasan

ULASAN :

Soalan menuntut calon membincangkan faedah-faedah apabila calon menyertai badan beruniform di sekolah. Oleh itu, calon boleh memanipulasi pengalaman menyertai badan beruniform di sekolah bagi membincangkan isu ini.

PENDAHULUAN :

- definisi badan beruniform
- kepentingan menyertai badan beruniform
- melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti berfaedah
- boleh meluaskan pergaulan dan menambah kenalan baharu
- mengutip pelbagai pengalaman berkait dengan aktiviti badan yang disertai
- membentuk sahsiah diri yang seimbang - JERI
- contoh : kadet polis, kadet remaja sekolah, puteri Islam, Ranjer Puteri, dll
- pelbagai faedah lain boleh diperoleh dengan menyertai badan beruniform

ISI-ISI :

- ketahanan mental dan fizikal
- membina pemantapan diri menerusi pelbagai aktiviti
- membina kekuatan dalaman dan luaran
- contoh :
- abseling, rapelling
- boleh menjelaskan pelbagai isu dengan baik

- Semangat kerjasama dan pembentukan disiplin
- aktiviti yang diadakan menuntut semangat kerjasama
- semai sikap saling membantu seperti aur dengan tebing
- pupuk persefahaman dan perasaan kekitaan yang tebal
- meringkan beban kerja dan menyelesaikan kerja dengan cepat
- contoh :
- berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

- pengetahuan asas bantuan kecemasan
- memperoleh pengetahuan penting untuk membantu orang lain ketika kecemasan
- boleh digunakan untuk membantu orang
- Contoh :
- persatuan bulan sabit merah - asas merawat

PENUTUP :
- pelbagai faedah boleh diperoleh sekiranya aktif dalam kegiatan badan beruniform
- membangunkan potensi dan keyakinan diri
- meluaskan pergaulan yang sihat dalam aktiviti berfaedah
- di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

17 November 2009

KONSEP 1 MALAYSIA (Fokus Kertas 1 SPM 2009)

BAHAN MAKLUMAT - KONSEP 1 MALAYSIA
( PENJELASAN MENGENAI LAPAN NILAI)
‘1 MALAYSIA’
(Disediakan Oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara)
1. PENGENALAN

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.
Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.
‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.
1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.
Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.
Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.
1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.
2. DEFINISI
Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:
“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita. Hal ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.
Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.
2.1Huraian
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut :
2.1.1 Konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing.
Ayat yang menyebut “Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People” menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga di tuntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.
Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja. Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama.
Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.
2.1.2 Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1 Malaysia
“Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.
Melalui konsep 1 Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.

3. PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA
Berpandukan definisi konsep 1 Malaysia yang dinyatakan di atas, konsep 1 Malaysia memiliki kelainan seperti berikut:
3.1. “Konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi konsep 1 Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza”.
3.2. Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1 Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.

4. KEDUDUKAN KONSEP 1 MALAYSIA
Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep 1 Malaysia ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

5. HUBUNGAN KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN TERDAHULU
Perkaitan antara konsep 1 Malaysia dan dasar-dasar megara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan “konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dua konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri terdahulu.
Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana-Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.

6. MATLAMAT
‘1 Malaysia’ bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.
‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.
7. NILAI-NILAI 1 MALAYSIA
Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:
1. Budaya kecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendah hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti

7.1. BUDAYA KECEMERLANGAN
Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.
7.1.1 Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.
7.1.2 Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.
7.1.3 Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan.
7.1.4. Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan eksport.
7.2. KETABAHAN
Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.
7.2.1 Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara.
7.2.2 Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.
7.2.3. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.
7.2.4. Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahan-kelemahan yang ada dan perlu memperbaikinya secara positif.
7.2.5 Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya
7.2.6 Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan
7.5.7 Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.

7.3 RENDAH HATI
Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah hati dikatakan Tawaduk’. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri.
7.3.1 Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain.
7.3.2 Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.
7.3.3 Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.
7.3.4 Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada.
7.3.5 Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.

7.4. PENERIMAAN
Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.
7.4.1 Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama.
7.4.2 Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.
7.4.3 Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.
7.4.4 Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan ‘1 Malaysia’.
7.4.5. Pembangunan diri tanpa mengambil mengira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.

7.5 KESETIAAN
Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.
7.5.1 Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan, kecemerlangan dan.
7.5.2 Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran.
7.5.3 Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi antara dua pihak.
7.5.4 Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.
7.5.5 Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menterjemahkan kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambang setia kawan.
7.5.6 Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.
7.5.7 Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik.
7.5.8 Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.
7.5.9 Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.
7.5.10.Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.

7.6 MERITOKRASI
Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.
7.6.1 Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik
atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman, estet-estet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut..
7.6.2 Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih.
7.6.3 Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.
7.6.4 Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.
7.6.5 Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi yang kecemerlangan masing-masing dan serta memberi tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.
7.6.6 Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi/liberalisasi.
7.7 PENDIDIKAN
Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.
7.7.1 Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya.
7.7.2 Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka.
7.7.3 Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular.
7.7.4 Semua aliran, sama ada sekolah kebangsaan , sekolah Cina dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.
7.7.5 Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia.

7.8 INTEGRITI
Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.
7.8.1 Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.
7.8.2 Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.
7.8.3 Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.
7.8.4 Menepati janji dan masa adalah sifat mulai yang dituntut dalam agama Islam. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.
7.8.5 Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan
7.8.6 Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah.
7.8.7 Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.

8. KESIMPULAN

Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.
Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.
Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.
Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

PERPADUAN RAKYAT BERBILANG KAUM

Karangan Calon SPM 2009 - Perpaduan
Perpaduan Rakyat
Oleh : Vincent Kok Chin Keong


Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu dipupuk dari semasa ke semasa. Usaha ini perlu dilakukan untuk memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara. Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang maksud frasa ‘perpaduan rakyat’? Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, `perpaduan rakyat’ dapat diertikan sebagai rakyat berganding bahu untuk melakukan sesuatu dan sentiasa menyelesaikan masalah secara musyawarah. Persoalannya ialah apakah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan?

Langkah yang paling afdal ialah rakyat Malaysia haruslah mempunyai sikap toleransi dalam diri. Hal ini amat penting untuk mengelakkan berlakunya sebarang pertelingkahan atau perselisihan faham yang mampu memecahbelahkan rakyat Malaysia. Menurut kata Tun Dr. Mohathir Mohamad, mantan perdana Menteri Malaysia, kita haruslah mengetepikan emosi yang boleh menyebabkan perpecahan. Rakyat Malaysia haruslah mempunyai nilai hidup bersama secara aman, saling membantu dan bekerjasama ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing serta mengikis sikap ‘bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’ untuk memastikan perpaduan rakyat berkekalan.

Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) juga memainkan peranan yang penting dengan mengadakan pelbagai kempen dan ceramah yang berkaitan dengan usaha untuk meningkatkan perpaduan. Aktiviti sebegini haruslah diadakan secara berterusan dan bukannya setakat hangat-hangat tahi ayam sahaja. Hal ini amat penting kerana melalui aktiviti tersebut, rakyat Malaysia akan terdedah dengan kepentingan perpaduan. Melalui aktiviti seperti ini, mereka akan berusaha untuk memupuk semangat perpaduan bagi melahirkan masyarakat yang aman dan harmoni selaras dengan nilai hidup bersama secara aman.

Pertubuhan seperti Rukun Tetangga pula perlulah kerap mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum. Melalui aktiviti tersebut, rakyat pelbagai kaum akan dapat saling memahami budaya kaum yang lain. Sebagai contohnya, aktiviti hari keluarga dalam kalangan penduduk yang pelbagai kaum hendaklah diadakan di kawasan tempat tinggal sekurang-kurangnya tiga bulan sekali. Apabila mereka sering bersama dalam sesuatu aktiviti, mereka akan dapat berinteraksi dan berkenal mesra antara satu sama lain kerana tak kenal tak cinta. Lama-kelamaan bibit-bibit perpaduan akan mula tersemai dan terpahat dalam sanubari. Kesannya ialah mereka akan menjalinkan usaha untuk bersatu padu kerana mereka sedar bahawa ‘ bersatu teguh bercerai roboh’.


Pernahkah terlintas dalam fikiran kita bahawa ibu bapa juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan perpaduan terus subur? Ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan anak-anak. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai yang murni seperti kerjasama dan saling membantu. Usaha ini perlu dilakukan sejak anak-anak berusia muda kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa hendaklah menggalakkan anak-anak supaya berkawan dengan anak-anak daripada kaum yang lain. Oleh sebab itu, ibu bapa mestilah menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan menunjukkan contoh, iaitu mereka juga perlu bergaul dengan kawan-kawan daripada pelbagai kaum supaya tidak dianggap bagai ketam menyuruh anaknya berjalan dengan betul. Melalui cara ini, anak-anak akan mengikut jejak langkah ibu bapanya untuk menjalinkan persahabatan dengan kaum lain kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Sebagai konklusinya, semua pihak haruslah berganding bahu ibarat bukit sama didaki ke lurah sama-sama dituruni untuk memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan. Janganlah meranapkan impian Malaysia untuk mencapai wawasan 2020 yang sering diuar-uarkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bersama-samalah kita memanifestasikan iltizam Malaysia untuk menjadi Negara yang berjaya di persada antarabangsa. Biar matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang melalui perpaduan yang kita bina. Tanpa perpaduan, Negara kita tidak akan maju atau Berjaya untuk berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan Negara yang telah maju.

16 November 2009

tips akhir spm 2009

Kepada calon-calon SPM...sebelum menduduki peperiksaan esok...sila lakukan perkara-perkara berikut:

1. Jangan terlalu tertekan dengan keadaan semasa dan sekitar.
2. Tenangkan hati dan fikiran.
3. Banyakkan berbincang dengan kawan untk menda[atkan input berkaitan pelbagai isu dan perkara.
4. Jangan bersendirian.
5. Lakukan solat.
6. Bertenang ke dewan peperiksaan.
7. Langkah dengan yakin ke dalam dewan.
8. Baca soalan dengan teliti.
9. Rangka jawaban anda.
10. Tulis jawaban dengan yakin mengikut perancangan anda.



INFO TERKINI :
Bagi soalan novel...sila beri perhatian kepada perbandingan nilai tanggungjawab dalam dua buah novel yang terdapat dalam diri watak sampingan.

PERINGATAN :
* Sila tulis nilai dalam pernyataan jawaban anda.
Contoh :

Dalam novel yang saya kaji terdapat nilai bertanggungjawab. Nilai ini digambarkan oleh pengarang menerusi watak Pak Oni (novel Seteguh Karang). Watak ini bertanggungjawab menjaga kebajikan dan keselamatan anak-anak saudaranya yang sudah kehilangan ibu bapa dalam kemalangan ngeri.

15 November 2009

BERITA HANGAT SPM 2009

TEMA KARANGAN KERTAS 1 DAN SOALAN PEMAHAMAN KOMSAS/TATABAHASA KERTAS 2SPM 2009 (N)
Fokus SPM 2009 - Karangan Bhg A dan Bhg B

Adakah anda telah menguasai tema di bawah ini? Harap maklum bahawa tema yang terdapat dalam Buku Teks BM Tg. 4 dan Tg. 5 perlulah dijadikan rujukan utama. Bermula pada tahun 2004, setiap soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan SPM, tema yang terdapat dalam Buku Teks Tg. 4 atau Tg. 5 menjadi pilihan penggubal soalan.
Rakan guru dan pelajar perlu memberi perhatian terhadap tema karangan yang belum dikemukakan dalam mana-mana peperiksaan SPM antara tahun 2004 hingga 2009 (J). Antara tema tersebut ialah :

1. Pelaburan dan tabungan/Skim Cepat Kaya
2. Perpaduan antara kaum di Malaysia
3. Isu alam sekitar di Malaysia- tanah runtuh, hakisan tanah, banjir kilat, penebangan hutan secara tidak terkawal
4. Isu kemelesetan ekonomi dunia - masalah pengangguran /Kenaikan harga minyak/barang
Atasi dengan cara bekerja sendiri/ berniaga.
5. Memulihara warisan bangsa - bangunan bersejarah,
permainan tradisional
6. Kepentingan mempelajari bahasa asing seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan sebagainya - persaingan di pasaran pekerjaan.
7. Sistem pengangkutan - kelemahan pengangkutan awam, kemalangan jalan raya, kepentingan pengangkutan moden, keperluan lebuh raya.
8. Amalan membaca - kepentingan, cara-cara menggalakkan
9. Kesan alat komunikasi - telefon bimbit, internet/ teknologi maklumat dan komunikasi
10. Pemanasan global- kerjasama antarabangsa untuk mengatasi masalah tersebut.
11. Pendidikan –Pendidikan maya/sepanjang hayat
12. Pelancongan
13. Gejala Rasuah
14. Permainan Tradisional
15. Barang Buatan Malaysia
16. Gejala sosial
17. Pengalaman/program yang pernah disertai
18. Kemalangan Jalan Raya-punca/langkah
19. Kokurikulum-kebaikan/punca/langkah
20.Semangat patriotik
21. Bahan Sastera (KOMSAS)/Ulasan filem/novel/cerpen
22. Guru/ibu bapa – peranan


CADANGAN PERBINCANGAN IDEA MENURUT TEMA/DIMENSI
TEMA : PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
Sila rujuki Buku Teks Bahasa Melayu Tg. 5. Bacalah karangan contoh yang bertajuk `Amalan nilai-nilai murni untuk perpaduan'. Dengan berdasarkan karangan contoh tersebut, tema `perpaduan' berkemungkinan menjadi pilihan penggubal soalan.

(i) Bincangkan peranan ibu bapa untuk menerapkan nilai perpaduan dalam kalangan ahli keluarga.

(ii) Bincangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

(iii) Tulislah rencana yang bertajuk `Perpaduan asas kegemilangan negara'.

(iv) Hasilkan sebuah cerpen yang bertemakan `Perpaduan' untuk dimuatkan dalam majalah sekolah anda.

(v) Huraikan peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk meningkatkan perpaduan dalam kalangan negara di dunia.
Soalan contoh ( Dimensi keluarga )

Langkah-langkah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat lebih berkesan sekiranya dimulakan dari rumah.

Bincangkan peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa dalam usaha menyemai semangat perpaduan yang jitu dalam diri anak-anak.

Cadangan Idea :
1. Ibu bapa menjadi contoh/ "role model"/ idola kepada anak-anak melalui hubungan dengan jiran tetangga.

2. Ibu bapa menjelaskan kepada anak-anak tentang senario masyarakat majmuk di Malaysia.

3. Ibu bapa mengajak anak-anak berkunjung ke rumah jiran tetangga untuk bersama-sama menyambut perayaan kaum dan agama.

4. Ibu bapa memberi dorongan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti yang dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum - Contoh program PLKN, RIMUP di sekolah.

5. Ibu bapa saling bercerita tentang susur galur sejarah bangsa Malaysia kepada anak-anak.

6. Ibu bapa menggalakkan anak-anak menonton filem dan drama yang bertema perpaduan antara kaum.

Teknik transformasi :
Pelajar perlu membiasakan diri untuk menjawab soalan yang sama tetapi mempunyai format berlainan.

Contoh :
1. Surat kiriman tak rasmi
Rakan di luar negara ingin tahu tentang usaha kerajaan untuk menyatu padukan masyarakat berbilang bangsa.

2. Pidato/ ceramah/ syarahan
Menyampaikan syarahan, pidato atau ceramah berkaitan usaha menyatu padukan masyarakat di Malaysia

3. Perbahasan ala parlimen
Peranan ibu bapa lebih dominan untuk menyemai konsep perpaduan dalam kalangan masyarakat.

4. Wawancara/ dialog
Wawancara dengan tokoh NGO/ Kerajaan berkaitan tajuk perpaduan antara kaum.

Nota : Pelajar boleh menggunakan isi yang sama tetapi disesuaikan dengan format yang dipilih.

Fokus Karangan SPM 2009: Soalan 4 (Dimensi Global)
Soalan 4(a):
Dunia dilanda pemanasan global yang menyebabkan kutub utara dan kutub selatan semakin mencair. Bincangkan usaha-usaha untuk menangani masalah ini.

Jawaban:
Strategi
T: Pemanasan Global
K: Usaha-usaha
F: Umum/perbincangan
Isi:
1. menjalankan program kitar semula
2. mengharamkan aktiviti pembakaran secara terbuka
3. Aktiviti penebangan hutan secara haram hendaklah dikawal
4. penggunaan minyak petrol tanpa plumbum hendaklah diperluas
5. Segala bentuk pencemaran hendaklah dihapuskan.

Soalan 4(b):
Dunia pada hari ini dilanda pemanasan global yang akibat kerakusan manusia. Bincangkan kesan-kesan yang timbul daripada fenomena ini.
Jawaban:
Strategi
T: Pemanasan Global
K: Kesan
F: Umum/perbincangan

Isi:
1.Tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi.
2.paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil.
3. Bumi terdedah kepada kejadian bencana alam.
4. Penduduk mengalami risiko kehilangan nyawa dan kecederaan.

Soalan (4c):
Dunia dilanda pemanasan global yang menyebabkan kutub utara dan kutub selatan semakin mencair. Bincangkan punca-punca fenomena ini berlaku.
Jawaban:
Strategi
T: Pemanasan Global
K:Punca
F: Umum/perbincangan

Isi:
1. Kegiatan perkilangan dan industri
2. Aktiviti penebangan hutan secara haram hendaklah dikawal
3. penggunaan minyak petrol tanpa plumbum hendaklah diperluas.
4. Segala bentuk pencemaran hendaklah dihapuskan.

Soalan 4(d):
Dunia dilanda pemanasan global yang menyebabkan kutub utara dan kutub selatan semakin mencair. Bincangkan punca-punca dan usaha-usaha untuk menangani masalah ini.
Jawaban:
Strategi
T: Pemanasan Global
K:Punca dan usaha
F: Umum/perbincangan

Isi:
Punca:
1.Kegiatan perkilangan dan industri
2.Aktiviti penebangan hutan secara haram hendaklah dikawal
Usaha:
3.Aktiviti penebangan hutan secara haram hendaklah dikawal
4.penggunaan minyak petrol tanpa plumbum hendaklah diperluas

Soalan 4(e):
Dunia pada hari ini dilanda pemanasan global yang akibat kerakusan manusia. Bincangkan kesan-kesan yang timbul daripada fenomena ini dan langkah-langkah untuk menanganinya.
Jawaban:
Strategi
T: Pemanasan Global
K: Kesan dan langkah
F: Umum/perbincangan

Isi:
Kesan:
1.Tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi.
2. Bumi terdedah kepada kejadian bencana alam.
Langkah:
.Aktiviti penebangan hutan secara haram hendaklah dikawal
4.penggunaan minyak petrol tanpa plumbum hendaklah diperluas
Latihan 1

Industri pelancongan negara turut menerima tempias akibat wabak selesema burung dan penyakit Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS) yang berlaku di kebanyakan negara di dunia beberapa tahun lalu.

Sarankan langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara kita dan negara-negara yang terlibat.
Latihan 2

Kegiatan pengganas dan pihak yang tidak bertanggungjawab yang meletupkan bangunan-bangunan tertentu di beberapa buah negara telah menyebabkan kesengsaraan dan menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat dunia.

Berikan komen anda tentang penyataan tersebut.
Latihan 3
Kemasukan pendatang asing tanpa izin dari negara asing ke Malaysia telah menimbulkan masalah dari segi ekonomi, sosial, dan menyebabkan ketegangan hubungan diplomatik antara negara yang terlibat.

Bincangkan penyataan di atas.

Latihan 4

Pelaksanaan Zon Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) telah menyebabkan pengeluar dan produk sesebuah negara itu tidak lagi mendapat perlindungan untuk bersaing kerana pengguna boleh memilih produk yang lebih berkualiti dan lebih murah harganya daripada negara lain.

Huraikan pendapat anda tentang penyataan tersebut
Fokus Karangan SPM 2009 -Soalan No. 5 Dimensi Komsas
1. Remaja di negara kita kebanyakannya tidak meminati sastera. Bincangkan penyataan ini.
2. Anda telah menonton sebuah filem tempatan yang menarik. Tulis ulasan tentang filem tersebut.
3. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa, ”kerja bertangguh tidak menjadi, kerja beransur tiada bertahan.” ”.
4. Membaca bahan sastera banyak manfaatnya. Bincangkan kenyataan ini.
5. Anda pernah membaca sebuah novel yang menarik. Tulis ulasan tentang aspek menarik yang terdapat dalam novel tersebut.

KERTAS 2
Fokus SPM 2009 - Soalan 2(b) Pemahaman Prosa
Kepada pelajar MRSM Kuantan, adakah anda telah menguasai cerpen dan drama di bawah ini?

Pemahaman Prosa Moden
Cerpen Tg. 4
1. Annyss Sophillea
2. Lambaian Malar Hijau
3. Virus Zel Untuk Abah (Kerusi)
Cerpen Tg. 5
1. Virus Zel Untuk Abah

Drama Tg. 4
1. Serunai Malam
Drama Tg. 5
1. Jangan Bunuh Rama-rama
Fokus SPM 2009 - Soalan 2(c) Prosa Tradisional
Pemahaman Prosa Tradisional:
Tg. 4
1. Cerita Bayan
2. Pertarungan Tuah Dengan Jebat
3. Sikap terburu-buru Membawa Padah
Tg. 5
1. Sabor
2. Kepahlawanan Tun Beraim Bapa
3. Asal Usul Raja Kecil

Fokus Soalan SPM 2009 - Soalan 2(d) Pemahaman Puisi
Pemahaman Puisi
Puisi Tradisional

Tg. 4
1. Pantun Kiasan
2. Seloka Pak Kaduk
Tg. 5
1. Pantun 6 Kerat
2. Syair Kelebihan Ilmu
Puisi Moden
Sajak Tg. 4
1. Anak Laut
2. Derita Pertama
3. Jalan-jalan raya kotaku
Sajak Tg. 5
1. Duhai Pentafsir
2. . Di Ruang Gemanya
Fokus SPM 2009 - Soalan 3 (a) - (e) Tataabahasa
Kepada calon SPM 2009, sila berikan perhatian tentang aspek-aspek tatabahasa yang di bawah ini:

Pecahan Soalan
3(a) Membina ayat daripada frasa
3(b) Soalan tentang cakap ajuk/pindah/ ayat aktif/pasif
3(c) Kesalan Ejaan dan Imbuhan
3(d) Kesalahan Kata/istilah dan Kesalahan Tatabahasa
3(e) Mengemukakan peribahasa yang sama maksud

Fokus SPM 2009 - Soalan 4 - Novel
Wahai calon SPM 2009, adakah anda telah menguasai semua topik tentang novel seperti yang disenaraikan di bawah ini:

1. Kritikan masyarakat
2. Perbandingan antara watak utama/watak sampingan
3. Peranan watak
4. Binaan Plot-5P
5. Teknik Plot
6. Jenis watak
7. Keistimewaan watak
8. Unsur suspens
9. Cara pengarang menggambarkan watak
10. Cara pengarang menggarap nilai
11. Persoalan tentang kasih sayang dan tangungjawab yang terdapat dalam novel.
12. Faedah mempelajari novel
13. Perbandingan latar masa
14. Faedah mengkaji novel
15. Kaitan tajuk novel dengan isi cerita

PERBANDINGAN PENYOALAN SOALAN PERCUBAAN 2009
CONTOH SOALAN PERCUBAAN 2009 YANG MENYOAL MENGENAI SAJAK JALAN-JALAN RAYA KOTAKU

1. Soalan Melaka:
(i) Gambarkan sikap pemandu ketika berada di jalan raya seperti yang terdapat dalam rangkap kedua sajak di atas? [3 markah]
(ii) Pada pendapat anda, selain sikap pengguna apakah punca-punca kesesakan jalan raya? [3 markah]
(iii) Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. [3 markah]
2. Soalan Negeri Sembilan:

(i) Berikan maksud kemanusiaan semakin mandul. [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah pengguna jalan raya bersikap tidak sopan ketika memandu? [3 markah]
(iii) Huraikan empat unsur bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]
3. Soalan Kedah:

(i) Berikan maksud ketidaksabaran membengkak. [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah masalah kecelakaan di jalan raya di negara ini sukar dibendung?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.
[4 markah]

4. Soalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur:

(i) Berdasarkan rangkap ketiga sajak, gambarkan etika warga kota semasa berada dalam perjalanan.
[3 markah]
(ii) Sebagai pengguna jalan raya yang berhemah, nyatakan langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk menghadapi kesesakan lalu lintas.
[3 markah]
(iii) Huraikan tiga unsur bahasa berserta contoh yang terdapat dalam sajak di atas.
[3 markah]
5. Soalan Perak:

(i) Berikan maksud tika gerimis menabur benih berdasarkan sajak di atas. [2 markah]

(ii) Nyatakan tiga langkah untuk menyedarkan masyarakat tentang keselamatan jalan raya mengikut pendapat anda. [3 markah]
(iii) Nyatakan empat persoalan yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]

6. Soalan Daerah Hulu Langat.

(i) Bagaimanakah sikap pemandu ketika berada di jalan raya seperti yang terdapat dalam sajak di atas.
[3 markah]
(ii) Jika anda salah seorang pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, bagaimanakah anda menghadapi masalah tersebut?
[3 markah]
(iii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam puisi tersebut.
[3 markah]
7. Soalan Johor:

(i) Apakah maksud rangkai kata memacu menghimpun menghimpun kekuatan.
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya?
[4 markah]
(iii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [3 markah]

8. Soalan Pulau Pinang:

(i) Apakah sikap negatif pengguna jalan raya? [3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah pengguna jalan raya tertekan ketika memandu?
[3 markah]

(iii) Huraikan tiga persoalan daripada sajak tersebut. [3 markah]

PERBANDINGAN BERASASKAN DRAMA SERUNAI MALAMBerikut disertakan contoh soalan yang dikemukakan dalam Peperiksaan Percubaan SPM Antara Negeri sebagai panduan untuk latih tubi:

1. Soalan Perlis:

(i) Berikan sebab-sebab Umar ingin menjadi guru? [3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menggalakkan masyarakat menceburi kerjaya perguruan? [3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan Safiah yang terdapat dalam petikan dan dua perwatakannya yang lain dalam keseluruhan drama. [3 markah]
2. Soalan Negeri Sembilan:

(i) Apakah punca perselisihan pendapat antara Umar dengan Safiah? [2 markah]

(ii) Sekiranya anda mahasiswa, nyatakan usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk
memajukan penduduk desa. [3 markah]

(iii) Jelas satu perwatakan Umar yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan lain
daripada keseluruhan drama. [4 markah]

3. Soalan Klang, Selangor:

(i) Nyatakan alasan Umar ingin menjadi guru. [2 markah]

(ii) Mengapakah akhirnya Safiah bersetuju dengan kehendak Umar? [4 markah]

(iii) Jelaskan satu perwatakan Umar dalam petikan dan dua perwatakan daripada keseluruhan drama. [3 markah]

4. Soalan MRSM:

(i) Apakah kenangan indah antara Umar dan Safiah? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah percanggahan pendapat antara pasangan dapat diselesaikan? [3 markah]
(iii) Huraikan satu perwatakan Safiah daripada petikan dan satu perwatakan lain daripada keseluruhan drama? [4 markah]

5. Kelantan:
(i) Bagaimanakah penderitaan yang dihadapi oleh Umar semasa kecil dahulu?
[3 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang sesuai untuk memilih pasangan yang boleh memberikan kebahagiaan? [3 markah]
(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai yang terdapat dalam
keseluruhan drama? [3 markah]

6. Soalan Melaka (Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras)

(i) Apakah reaksi ibu Safiah sebaik sahaja kedatangan Pak Majid ke rumahnya?
[2 markah]
(ii) Sikap tolong-menolong merupakan nilai yang masih diamalkan dalam masyarakat kita.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan nilai tolong-menolong dalam kehidupan?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu perwatakan Pak Majid yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan lain Pak Majid yang terdapat dalam keseluruhan drama tersebut.
[4 markah]

Fokus Novel SPM 2009 - Nilai Kegigihan
Soalan:
Satu daripada nilai yang terdapat dalam salah satu novel yang anda baca ialah nilai kegigihan. Dengan berdasarkan novel tersebut huraikan tiga nilai kegigihan yang terdapat dalam novel tersebut.

Jawaban:
Novel yang saya kaji ialah Terminal Tiga, karya Othman Puteh atau Seteguh Karang, karya Tuan Faridah Syed Abdullah. Terdapat banyak nilai kegigihan yang diterapkan oleh pengarang dalam novel ini.
Satu daripada nilai kegigihan yang terdapat dalam novel ini ialah kegigihan menjalani kehidupan sebagai remaja yang terpaksa memikul tanggungjawab menguruskan keluarga. Sebagai contohnya, Rimpa atau Awanis terpaksa memikul beban mengurus keluarga selepas bapanya menghilangkan diri atau kedua ibu bapanya terbabit dalam kemalangan ngeri hingga meragut nyawa. Hasil daripada kegigihannya menguruskan keluarga, dia akhirnya Berjaya mengatasi segala konflik yang timbul.
Selain itu, nilai kegigihan menghadapi kerenah majikan. Sebagai contohnya, Awanis dan rakan-rakan begitu gigih berhadapan dengan kerenah Encik Johari yang terlalu bersikap diskriminasi terhadap golongan wanita.

Nilai kegigihan yang seterusnya ialah kegigihan untuk meneruskan kehidupan yang begitu mencabar. Sebagai contohnya, Rimpa atau Awanis tetap gigih meneruskan kehidupannya walaupun terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Perbandingan teknik penceritaan...
Novel yang saya kaji ialah Terminal Tiga dan Seteguh Karang.
Antara teknik penceritaan yang digunakan dalam kedua-dua novel ialah dialog. Buktinya, dalam novel Terminal Tiga, dalam perbualan Rimpa dengan Bang Maily, Bang Maily telah memberikan dorongan kepada Rimpa dengan mengatakan bahawa dengan bakat yang ada padanya, Rimpa wajar berhijrah dari daerah pedalaman dengan mengikutnya ke Kota Kinabalu. Dalam novel Seteguh Karang pula, Awanis berbual-bual dengan Budi tentang kegigihan Budi mencari rezeki di Malaysia untuk menyara kehidupan keluarganya di Indonesia.
Selain itu, teknik saspens turut digunakan dalam kedua-dua novel. Buktinya, dalam Terminal Tiga, pembaca tertanya¬-tanya tentang sebab ayah Rimpa meninggalkan keluarga sekian lama dan sama ada dia masih hidup serta dapat ditemui semula oleh Rimpa. Dalam Seteguh Karang pula, pembaca tertanya-tanya sama ada Encik Lee bersedia menerima kehadiran Anita sebagai anak kandungnya semula semasa Anita dan Awanis datang ke rumahnya.
Teknik plot yang melibatkan watak utama
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua teknik plot yang dapat dikaitkan dengan watak utama.

Novel Terminal Tiga
•Teknik dialog
-Perbualan Rimpa dengan Kak Naspura tentang masalah Rimpa di Akademi Seni Kebangsaan

•Teknik imbas kembali
-Ketika di dalam kapal terbang, Rimpa teringat akan Ramon yang memujuknya minum minuman yang memabukkannya.

•Teknik saspens
-Apabila Rimpa kembali ke kampus untuk meneruskan pengajiannya, dia dimaklumkan oleh kawannya tentang kehadiran jurutaip baru di ASK yang bernama Ruzaini. Hal ini menjadi tanda tanya kepada pembaca sama ada Ruzaini tersebut kawan Rimpa atau sebaliknya.

Novel Seteguh Karang
•Teknik dialog
-Perbualan antara Awanis dengan Anita tentang perasaan tidak puas hati Anita kepada Awanis kerana menyembunyikan identitinya sebagai anak angkat.

•Teknik imbas kembali
-Awanis terkenangkan peristiwa Kak Maysarah yang telah memecahkan vas kesayangan mama tetapi telah memaksa Awanis mengaku melakukannya

•Teknik kejutan
-Awanis menerima panggilan telefon menyatakan Kak Maysarah dimasukkan ke Hospital Ipoh kerana makan pil tidur secara berlebihan.
Keprihatinan watak sampingan
Watak sampingan turut berperanan penting dalam sesebuah novel. Nyatakan empat contoh yang menunjukkan keprihatinan watak sampingan dalam sebuah novel yang anda kaji.
Novel Terminal Tiga
Watak sampingan Contoh yang menunjukkan keprihatinan watak Markah
Ruzaini -mengambil berat akan keluarga Rimpa apabila Rimpa
melanjutkan pelajaran di Akademi Seni Kebangsaan 1m
Bang Maily -menolong Rimpa mendapatkan bantuan kewangan
untuk meneruskan pelajarannya
-berusaha menghidupkan seni budaya dengan
mengadakan pementasan drama/ pertemuan penulis
-memberikan dorongan kepada Rimpa dengan
mengatakan bahawa dengan bakat yang ada
padanya, Rimpa wajar berhijrah dari daerah
pedalaman dengan mengikutnya ke Kota Kinabalu 1m
1m
1m
Naspura -mengambil berat akan perkembangan
pelajaran Rimpa di Akademi Seni Kebangsaan
-menyediakan makan minum untuk Rimpa
semasa Rimpa tinggal bersamanya 1m
1m
Jasmin -pergi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
untuk menjemput Azlina yang balik dari Kota Bharu 1m
Contoh lain yang sesuai diterima.

Novel Seteguh Karang
Watak sampingan Contoh yang menunjukkan keprihatinan watak Markah
Pak Oni -sanggup berkorban dengan berulang-alik dari tempat
kerjanya di Lumut ke rumah anak-anak saudaranya di
Ipoh atas rasa tanggungjawabnya kepada mereka
yang telah kematian ayah dan ibu 1m
Puan Azah -sanggup memelihara Anita seperti anak kandungnya
sendiri 1m
Wan Asri -menasihati Awanis agar menunggang motosikal
dengan berhati-hati 1m
Cikgu Rushda -menumpangkan Anita yang lari dari rumah setelah
bertengkar dengan Maysarah 1m
Kak Nor -menumpangkan Awanis di rumahnya semasa Awanis
menjalani latihan praktikal di Terengganu 1m
Contoh lain yang sesuai diterima.

Latar masyarakat dalam novel
Jelaskan empat latar masyarakat berdasarkan novel yang anda baca.
Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Seteguh Karang.

Antara latar masyarakat dalam novel tersebut ialah masyarakat yang suka menjaga tepi kain orang. Buktinya, Sofia dan Maznah ialah pekerja di Pejabat Peladang Kawasan di Hulu Paka yang suka mengambil tahu akan aktiviti Awanis pada hujung minggu

Selain itu, terdapat juga masyarakat yang masih percaya akan perkara tahayul. Buktinya, Encik Lee tidak mahu menerima kehadiran anaknya, Anita kerana menganggap Anita membawa sial dalam keluarganya.

Masyarakat pekerja ladang yang terdiri daripada buruh asing turut dipaparkan dalam novel ini. Buktinya, Budi dan Bakri mewakili pekerja-pekerja Indonesia yang datang ke negara ini untuk mencari rezeki dengan bekerja di ladang kelapa sawit.

Di samping itu, terdapat juga masyarakat yang bersimpati terhadap nasib malang orang lain. Buktinya, Awanis bersimpati terhadap Budi yang mati dipatuk ular hingga sanggup membiayai penghantaran pulang jenazah Budi ke kampung halamannya di Indonesia.

Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan tema dan dua persoalan.

Tema
-keteguhan hati dalam menghadapi pelbagai cabaran dan menempuh liku-liku kehidupan selepas kematian ibu bapa

Persoalan
-kasih sayang dalam keluarga
-sikap prihatin akan masalah orang lain

Jawapan:

Novel yang saya kaji ialah Seteguh Karang.
Novel ini mengemukakan tema keteguhan hati dalam menghadapi pelbagai cabaran selepas kematian ibu bapa dalam kemalangan. Buktinya, Awanis sebagai watak utama cekal dan tabah menghadapi dugaan hidup pada usia yang muda selepas kematian ibu dan bapanya dalam kemalangan di jalan raya.

Persoalan yang dikemukakan oleh pengarang pula ialah kasih sayang terhadap ahli keluarga. Buktinya, Awanis sangat sayang akan Anita walaupun Anita bukan adik kandungnya.

Selain itu, novel ini memaparkan persoalan sikap prihatin akan masalah orang lain. Buktinya, Awanis sanggup pulang lebih awal ke Perak dan membantu Anita iaitu adik angkatnya untuk mencari ibu dan bapa kandungnya.

Pengajaran dalam novel
Novel mempunyai unsur yang positif yang dapat dijadikan contoh dalam pelbagai aspek kehidupan individu dan masyarakat.
Terangkan empat pengajaran yang dapat anda jadikan contoh berdasarkan novel yang telah dipelajari.

-kita perlu tabah mengahadapi dugaan hidup supaya tidak terus bernasib malang.
Contohnya, Awanis menerima kematian abah dan mamanya dengan hati yang tabah

-kita perlu pandai menyesuaikan diri ketika berada di perantauan supaya disenangi oleh penduduk setempat.
Contohnya, Awanis dapat menyesuaikan diri dengan keluarga Kak Nor dengan mengubah tabiatnya selama ini yang tidak begitu suka melakukan tugas-tugas di dapur.

-kita mestilah berani menegakkan kebenaran supaya kita dihormati oleh orang lain.
Contohnya, Awanis berani menentang pendapat Encik Johari tentang bidang tugas praktikalnya sehingga Encik Johari menghormatinya sebagai seorang gadis yang mempunyai prinsip.

-kita mesti mempunyai perasaan simpati terhadap insan yang bernasib malang supaya penderitaan yang dialaminya dapat dikurangkan.
Contohnya, Awanis bersimpati terhadap Anita yang ingin mengenal ibu bapanya yang sebenar dengan berusaha mempertemukan mereka semula.

Kajian novel
Tulis suatu kajian ringkas tentang novel yang telah anda pelajari.

Tema
-SK memaparkan tema tentang keteguhan peribadi dalam menempuh cabaran hidup
-Buktinya, Awanis sebagai watak utama tabah menghadapi dugaan hidup selepas kematian kedua-dua ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya.
-SK menggarap beberapa persoalan seperti masalah dalam keluarga dan sikap masyarakat yang masih mempunyai kepercayaan karut dan kolot
-Contohnya, Awanis terpaksa membantu Anita mencari keluarga kandungnya. Encik Lee pula mempunyai kepercayaan bahawa Anita ialah seorang anak yang sial kerana dianggap sebagai punca perniagaan Encik Lee mengalami kerugian.

Nilai Murni
-SK memaparkan nilai murni dan pengajaran yang berguna kepada pembaca
-antara pengajaran yang diperoleh setelah membaca novel ini ialah kita hendaklah saling menyayangi supaya ikatan kekeluargaan terus kukuh dan bahagia.
-contohnya, di akhir cerita, keluarga Awanis bersatu semula dan konflik antara Maysarah dengan Anita berjaya diselesaikan

Watak dan Perwatakan
-SK menonjolkan watak utama dan watak-watak sampingan dengan pelbagai perwatakan.
-contohnya, Awanis ialah watak utama yang berperwatakan berani, tegas dan penyayang.
-contoh watak sampingan pula ialah Maysarah yang merupakan seorang gadis yang pemurung dan menyalahkan diri sendiri.sebagai punca kematian ibu bapanya

Latar
-Latar tempat dalam novel SK meliputi negeri seperti Perak, Perlis dan Terengganu
-contohnya, Awanis tinggal di Ipoh, belajar di Arau Perlis dan menjalani tugas praktikal di Hulu Paka Terengganu
-Latar masyarakat dalam novel SK merangkumi masyarakat pelajar, pekerja ladang, dan pekerja pejabat
-contohnya, Awanis menuntut di ITM cawangan Perlis manakala Anita masih belajar di sekolah dalam tingkatan empat.
-latar masa dalam novel SK tidak dinyatakan dengan jelas tetapi berlaku pada masa sekarang
-buktinya, Awanis menuntut ilmu di ITM cawangan Perlis, melihat sendiri kepesatan daerah Kerteh di Terengganu dan melalui lebuh raya Jabor - Jerangau

NOTA HUJUNG:#Senarai isu dan topik yang dinyatakan hanya sebagai garis panduan dalam usaha penulis membantu pelajar untuk menghadapi peperiksaan.
#Penulis BUKAN panel penggubal yang membina soalan di Lembaga Peperiksaan Malaysia, justeru apa-apa yang dipaparkan di sini hanyalah berdasarkan analisis ISU dan TOPIK yang dibuat oleh penulis dan rakan-rakan guru BM.
#Bagi penulis, selagi anda belum memasuki dewan untuk menjawab kertas peperiksaan yang akan dijalankan pada hari RABU (18 NOVEMBER 2009), selagi itu masih ada ruang untuk anda membuat persiapan yang terbaik.
#Penulis mendoakan semoga anda BEROLEH KECEMERLANGAN dalam SPM yang bakal diduduki. Amin!

14 November 2009

SOALAN RAMALAN??

Salam 1Malaysia.Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian anda melayari laman web saya. Peningkatan jumlah pelawat terkini sehingga melebihi 4000 sehari (lebih 1000 unique visitors) menunjukkan dengan jelas bahawa berlaku peningkatan usaha untuk mencari soalan ramalan, tajuk-tajuk fokus atau tajuk pilihan oleh webmaster atau blogger yang saya sediakan pautannya di laman web ini.

Walaupun begitu, masih ramai yang e-mel kepada saya kerana inginkan soalan ramalan. Secara peribadi, saya tidak membuat ramalan. Walaupun anda mungkin menerima ramalan daripada laman web atau blog tertentu, anda sebagai pelajar masih perlu belajar semua jenis dan bahagian serta aspek kajian. Bolehlah ditolak mana-mana tajuk yang telah keluar pada 2008 kerana ia tidak mungkin keluar lagi tahun ini tetapi tajuk-tajuk lain masih perlu diberi perhatian.

Oleh sebab itu saya menyediakan Fokus Soalan BMSPM 2009 dengan memetik sumber-sumber luar dan sumber analisis sendiri untuk membantu anda. Gunakan sebaik mungkin sambil berbincang dengan guru-guru anda sendiri kerana guru-guru yang berpengalaman lebih mengetahui apa yang sepatutnya anda fokuskan berdasarkan kemampuan anda. Teruskan melayari laman web ini kerana masih ada beberapa bahan yang mungkin membantu anda pada saat-saat terakhir ini. Selamat berjaya daripada Webmaster.(daripada Mohd Zaki Haji Awang Mat - blogger http://bmspm.net).


Web master (blogger http://cikguanda.blogspot.com) amat bersetuju dengan pandangan tersebut. Jika anda, calon SPM 2009 sudah membuat persediaan rapi sejak kemasukkan ke Tingkatan 4 lagi, maka anda tidak perlu risau atau tercari-cari soalan-soalan ramalan sebelum menduduki peperiksaan SPM. Jadi, yakinlah kepada diri sendiri bahawa anda mempunyai kemampuan yang tinggi untuk menangani segala persoalan yang diajukan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dalam kertas soalan SPM tahun ini. SELAMAT BERJAYA.

TEKS BAHARU KOMSAS 2010

ZON 3: NEGERI MELAKA, PAHANG, TERENGGANU, DAN KELAN

SINOPSIS RINGKAS :

Gara-gara merajuk dengan kedua-dua ibu bapanya,

Halim mengambil keputusan untuk lari dari rumah.
Hanya itu sahaja jalan yang terlintas dalam fikirannya ketika itu.
Namun begitu, Halim tersilap langkah. Perhitungannya telah membawa padah.
Pertemuannya dengan Abang Joe menambahkan lagi kekusutan sehingga dia
terperangkap dengan tipu daya Abang Joe. Apakah yang terjadi selanjutnya?

Novel Tingkatan 1 - Bukan Duniaku, karya Aida Shahira, terbitan Karya Hartamas Enterprise.

Novel Tingkatan 4 - Renyah, karya Gunawan Mahmood, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Seorang insan bergelar bapa selama-lamanya
menginginkan yang terbaik buat anak-anak.
Cuma anak-anak yang selalu hanyut dalam
keinginan sendiri. Apalagi jika sudah terbiasa
nyaman dalam zon selesa.
Dan dunia niaga tiada ruang untuk penghuni zon selesa.
Persaingan dan perlumbaan sentiasa menuntut,
kesungguhan, kelicikan, dan kebijaksanaan.
Renyah oleh seaneka kemelut, Dolhi-Albert Holding
menjadi medan uji akan erti kejujuran,
akan erti setiakawan
akan erti perjuangan



** SELAMAT MEMBACA & MENGHAYATI NOVEL-NOVEL TERSEBUT.

BUKU TEKS KOMSAS BAHARU MULAI 2010

NOVEL UNTUK KOMSAS SUBJEK BAHASA MELAYU MULAI 2010
Mulai tahun 2010 pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 4 akan menggunakan teks antologi baharu yang terdiri daripada antologi Harga Remaja untuk Tingkatan 4 dan Kasut Kelopak Jantung untuk Tingkatan 1. Kedua-dua antologi tersebut akan menggantikan teks antologi Sehijau Warna Daun (Tingkatan 1) dan Anak Laut (Tingkatan 4) yang telah digunakan selama 10 tahun. Selain itu, mereka juga akan mengkaji novel-novel baharu mengikut zon masing-masing yang telah ditetapkan seperti berikut:

ZON 1 : PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, DAN PERAK
Novel Tingkatan 1 - Hikmah, karya Mohd. Faris Ikmal terbitan V. Nice Resources Sdn. Bhd. Novel Tingkatan 4 - Azfa Hanani, karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. BhdZON 2 : SELANGOR, NEGRI SEMBILAN, WP KUALA LUMPUR & WP PUTRAJAYA
Novel Tingkatan 1 - Sukar Membawa Tuah, karya M.Z. Erlysha, terbitan Rindu Senja Sdn. Bhd.
Novel Tingkatan 4 - Papa...(Akhirnya Kau Tewas Jua), karya Deana Yusof, terbitan Pekan Buku Publications Sdn. Bhd.
ZON 3: MELAKA, PAHANG, TERENGGANU, DAN KELANTAN
Novel Tingkatan 1 - Bukan Duniaku, karya Aida Shahira, terbitan Karya Hartamas Enterprise.
Novel Tingkatan 4 - Renyah, karya Gunawan Mahmood, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
ZON 4: JOHOR , SABAH, SARAWAK, DAN WP LABUAN.
Novel Tingkatan 1 - Istana Menanti, karya Abd. Latip Talib, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Novel Tingkatan 4 - Melunas Rindu, karya Hartini Hamzah, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

07 November 2009

PENYATA RAZAK 1956

Jawatankuasa ini meletakkan asas sistem pendidikan Malaysia. Perhatian khusus sekali lagi ditumpukan kepada isu bahasa. "Tujuan akhir dasar pendidikan ini ialah untuk menyatukan budak-budak daripada berlainan bangsa ini di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.

Walau bagaimanapun kemajuan ke arah ini hendaklah dilaksanakan dengan berperingkat-peringkat dan tidak boleh dipaksa secara mendadak" (Penyata Razak 1956). Ini bermaksud bahawa bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil dipertahankan di sekolah-sekolah.

Perlembagaan Malaya juga menjadikan bahasa Melayu bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu akan digunakan di samping bahasa Inggeris untuk sepuluh tahun sehingga ia dapat menggantikan bahasa Inggeris dalam semua ranah sebagai bahasa rasmi tunggal.

Kedua, jawatankuasa itu juga mengajukan supaya sukatan pelajaran umum diperkenalkan untuk mewujudkan pandangan yang serupa. Amalan lama yang menggunakan buku teks dari negara Cina dan India (Ceylon) untuk masing-masing murid-murid Cina dan India juga hendaklah dihentikan.

Jawatankuasa itu juga mengambil perhatian berat terhadap keperluan untuk "menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan mengekalkan, dan terus memperkembangkan bahasa dan budaya masyarakat lain yang tinggal di negara ini" (Penyata Razak 1956).

Pelaksanaan perakuan jawatankuasa ini agak berjaya dalam kebanyakan hal. Walau bagaimanapun perkembangan Sekolah Kebangsaan (Melayu) terbantut. Walaupun jelas banyak masalah dan kekurangannya, seperti keperluan guru-guru terlatih, buku teks, bilik darjah; guru-guru Melayu terus mendesak pembentukannya. Ugutan guru-guru Melayu untuk keluar daripada UMNO beramai-ramai memaksa kerajaan melaksanakan penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan dengan segera (Straits Budget, Okt. 18, 1956).

Sekolah Menengah Kebangsaan (Melayu) ditubuhkan dan menjadi nukleus perkembengan pendidikan kebangsaan seterusnya. Perkembangan Sekolah Menengah Kebangsaan memang pesat berlaku. Buat pertama kalinya kanak-kanak Melayu berpeluang mendapat pendidikan menengah dalam bahasanya sendiri.

Kanak-kanak masih pergi ke sekolah yang berlainan menurut bahasa ibundanya. Sekolah Kebangsaan tidak begitu popular dalam kalangan murid-murid bukan Melayu.

Hakikat bahawa kana-kanak belajar di sekolah-sekolah yang berlainan tidak menjamin mereka mempunyai pandangan kebangsaan yang sama seperti yang diharapkan. Ini menyebabkan timbulnya Laporan Rahman Talib (1960), yang menjadi asas Akta Pendidikan 1961.

19 Oktober 2009

SEMINAR PECUTAN AKHIR SPM 2009

Selamat berseminar kepada semua peserta Seminar Pecutan Akhir SPM 2009 anjuran PIBG di Hulu Tembeling, Jerantut, Pahang. Semoga anda memperoleh manfaat daripada usaha yang murni ini. Selamat maju jaya.

Tarikh : 20 hingga 24 Oktober

Masa : 8.30 pagi - 11.30 mlm

Tempat : Hulu Tembeling, Jerantut, Pahang

Soalan Percubaan 2009

Kepada sesiapa yang berminat atau terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam peperiksaan SPM 2009...anda bolen memuat turun soalan peperiksaan percubaan daripada 13 buah negeri dan MRSM, SBP, Yayasan Islam Kelantan serta beberapa sekolah terpilih.

Sila klik link berikut untuk memuat turun SOALAN PERCUBAAN 2009

16 Oktober 2009

SELAMAT DATANG PESERTA-PESERTA SEMINAR SKOR A SPM 2009

Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada anda yang sudi berkunjung ke laman sesawang ini. Semoga anda memperoleh sesuatu daripada perayauan anda dalam dunia siber ini. Selamat berseminar dan selamat maju jaya dalam SPM 2009.

JOM KITA TEROKA ILMU BAHASA MELAYU....

PERKONGSIAN PINTAR

Manfaat Blog Dalam P & P Bahasa Melayu : Pendekatan Pembelajaran Kolaboratif dan Koperatif

SEMINAR PENGGUNAAN PELBAGAIAN BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TARIKH : 7 November 2009

Tempat : SM Islam Hira, Kuala Selangor, Selangor

Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang

PROGRAM SKOR A JHEOA

Ceramah Kertas 1 dan Kertas 2 kepada calon-calon SPM JHEOA di Kem Semuji, Maran, Pahang

Tarikh : 17 Oktober 2009

Jam : 8.00 hingga 11.00 pagi

13 Oktober 2009

BAHAN KECEMERLANGAN SPM 2009

Dapatkan pelbagai jenis bahan pembelajaran dan ulang kaji serta jangkaan untuk calon-calon SPM 2009 serta calon-calon SPM 2010 dengan memuat turun daripada link berikut ( jika anda bukan ahli komuniti pembelajaran Cikgu BM Anda - sila mendaftarkan diri terlebih dahulu sebelum memuatturun bahan berkenaan) - Terima kasih :

http://groups.yahoo.com/group/bahasa_melayu_ktn/files/BAHAN%20PEMBELAJARAN/

01 September 2009

Kertas 1 dan Kertas 2

Anda boleh mendapatkan kertas soalan peperiksaan Percubaan SPM 2009 bagi MRSM daripada link berikut :

http://groups.yahoo.com/group/bahasa_melayu_ktn/files/SOALAN/SPM/PERCUBAAN%20MRSM%202009/

Semoga anda beroleh manfaat daripadanya. Sekiranya anda memiliki koleksi soalan percubaan sila fowardkan juga kepada kami.

Terima kasih.

25 Ogos 2009

Konsep pembelajaran Kolaboratif dan Koperatif

Makluman kepada semua pelajar Tingkatan 4 Harmonis, anda akan belajar subjek Bahasa Melayu menggunakan kaedah kolaboratif dan koperatif mulai 1 September 2009. Oleh itu, kerjasama anda dan keprihatian anda berhubung dengan maklumat pembelajaran amat diharapkan. Keterangan lanjut akan dimaklumkan kepada anda sebaik sekolah bermula pada 1 September 2009. Sehubungan dengan itu, anda semua WAJIB mendaftar sebagai ahli e-komuniti dan menjadi pengikut blog ini dengan kadar SEGERA. Kegagalan anda berbuat demikian akan menyebabkan usaha melaksanakan konsep pembelajaran yang dirancang menimbulkan masalah atau menemui jalan buntu.

Untuk mendaftar sila klik link yahoo groups di sebelah dan ikut panduan yang diberikan.

Selamat mengikuti konsep pembelajaran baru.

MAKLUMAN TERKINI

Kepada pelajar-pelajar MRSM Kuantan yang ingin mendapatkan maklumat berhubung Bahasa Melayu sila ke link berikut :

http://groups.yahoo.com/group/bahasa_melayu_ktn/

Para pelajar MRSM Kuantan atau pelajar-pelajar lain boleh menyertai e-komuniti berikut :

http://groups.google.com.my/group/cikguanda

Anda diwajibkan menyertai group tersebut untuk mendapatkan bahan yang ditempatkan dalam laman tersebut. Penyertaan anda sangat dialu-alukan.

Selamat menyertai kumpulan laman sesawang e-group bahasa_melayu_ktn.

Terima kasih

21 Ogos 2009

Pertandingan Esei 1 Malaysia



Kepada semua pelajar Tingkatan 4 Harmonis dan Tingkatan 5 Amanah serta Tingkatan 5 Jujur...sila kumpulan TIGA ORANG PELAJAR bagi menyediakan SATU ESEI. Penyertaan anda adalah WAJIB. Sila muat turun iklan/borang daripada laman ini dan cetak. Sebarang pertanyaan dan bantuan boleh berhubung dengan saya pada bila-bila masa.

Tarikh penghantaran esei melalui emel saya ialah sebelum atau pada 10 September 2009.
Kerjasama anda amat dialu-alukan. Salam 1 Malaysia dan salam kemurnian bahas kita.

20 Mei 2009

Rajah Kata Nama

Lihat dengan teliti kumpulan kata dalam golongan Kata Nama mengikut ceraian kumpulan kecil yang tergolong dalam kumpulan tersebut.

16 Mei 2009

AYAT MAJMUK PANCANGAN

Ayat majmuk pancagan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.

Ini bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil.

Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.

Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.

Ayat Majmuk relatif

Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa terikat atau ayat kecil.

Ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau predikat ayat utama dengan menggunaka kata hubung.

Perhatikan contoh berikut:

1) Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak Leman.

(2) Kanak-kanak itu rupa-rupanya anak Pak Leman

(3) Kanak-kanak itu cedera

Ayat (3) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan ``kanak-kanak itu'' dan menggunakan kata hubung yang.

Perhatikan pula contoh yang berikut:

(1). Atan yang cepat naik angin menampar budak yang suka mengintai orang kampung itu.

(2) Atan menampar budak itu.

(3) Atan cepat naik angin

(4) Budak itu suka mengintai orang kampung.

Ayat (3) dipancangkan kepada subjek ayat utama dalam ayat (1) dan ayat (4) dipancangkan kepada objek ayat utama.

Kesimpulanya, ayat (1) terdiri daripada satu ayat utama dan dua ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat utama.

Perhatikan lagi contoh berikut:

(1) Jefri membeli novel Samad Said yang baru dipasarkan

(2) Jefri membeli novel Samad Said

(3) Novel Samad Said baru dipasarkan.

Ayat (3) telah dipancangkan dalam objek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan Novel Samad Said dan penggunaan kata yang.

Ayat majmuk komplemen

Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama.

Perhatikan contoh berikut:

Dia memberitahu sesuatu

Jika sesuatu itu diterangkan sebagai ``giginya sakit'' atau ``membeli baju baru'' atau ``akan bertolak ke Kuala Lumpur esok'' maka ayat komplemen dapat dibentuk dengan menggunakan kata hubung bahawa atau yang.

Dia memberitahu giginya sakit

Dia memberitahu membeli baju baru

Dia memberitahu akan bertolak ke Kuala Lumpur esok.

Ayat kecil yang ditaip tebal dalam contoh di atas merupakan objek kata kerja transitif.

Selain itu, subjek juga boleh diterangkan sebagai ayat kecil dan menjadi komplemen ayat utama.

Lihat contoh berikut:

Sesuatu telah menyebabkan kebakaran itu.

Jika sesuatu itu diterangkan sebagai ``Mancis api'' atau ``pembuangan putung rokok merata-rata'' , maka ayat komplemen dapat dibina dengan menggunakan ayat kecil pada subjek ayat utama.

Bahawa mancis api telah menyebabkan kebakaran itu.

Bahawa pembuangan putung rokok merata-rata telah menyebabkan kebakaran.

Lihat contoh berikut:

Sesuatu telah menyebabkan kebakaran itu.

Jika sesuatu itu diterangkan sebagai ``Mancis api'' atau ``pembuangan putung rokok merata-rata'' , maka ayat komplemen dapat dibina dengan menggunakan ayat kecil pada subjek ayat utama.

Bahawa mancis api telah menyebabkan kebakaran itu.
Bahawa pembuangan putung rokok merata-rata telah menyebabkan kebakaran.


Ayat majmuk keterangan


Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat.

Contoh:

Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia.

Oleh sebab dia memandu terlalu laju, Atan menerima empat saman.

Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaitu Pemain hoki negara gagal dan Atan menerima empat saman.

Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang tertentu.

Contoh-contoh kata hubung dalam ayat keterangan:

kerana, oleh, sebab, lantaran, hingga sehingga, jika, kalau, sekiranya, andainya, setelah, tatkala, sementara, ketika, sambil, agar, supaya, kalau-kalau, untuk, bagi, demi, dengan, sungguhpun, walaupun, meskipun, sekalipun, seperti, bagai, macam, bak, umpama.


dipetik dari http://www.tutor.com.my/stpm/ayat_majmuk_pancangan/ayat_majmuk_pancangan.htm

09 Mei 2009

Pertindihan Maksud dan Kesalahan Pembentukan Frasa

Dalam proses pembentukan kata dan frasa bahasa Melayu terdapat banyak kesilapan perulangan maksud yang sama. Perkara ini menyebabkan kata dan frasa yang dibentuk menjadi tidak gramatis atau tidak menepati nahu ataupun hukum-hukum tatabahasa bahasa Melayu. Hal ini kebanyakannya berpunca daripada kebiasaan penggunaannya dalam pertuturan lisan yang tidak mementingkan nahu ataupun hukum tatabahasa. Dalam pertuturan lisan, hal ini dianggap betul walaupun sebenarnya bercanggah dengan proses pembentukan kata dan frasa yang betul. Misalnya perkataan ‘mereka’ yang merujuk bilangan lebih daripada satu diulang menjadi ‘mereka-mereka’. Hal ini menyebabkan berlaku pertindihan maksud yang sama. Walaupun penggandaan pada perkataan ‘mereka’ menjadi ‘mereka-mereka’ tidak menjejaskan maksud asalnya, namun pembentukannya menyalahi nahu ataupun tatabahasa bahasa Melayu yang tidak membolehkan dua maksud yang membentuk makna yang sama dalam kata dan frasa diulang.
Hal yang sama dapat diperhatikan dalam pembentukan frasa ‘paling besar sekali’. Perkataan penguat depan ‘paling’ merujuk maksud darjah penghabisan, begitu juga dengan perkataan penguat belakang ‘sekali’ yang merujuk maksud yang sama. Maka apabila dibentuk frasa ‘paling besar sekali’ , sebenarnya kita telah mengulang perkara yang sama ataupun dengan kata lain telah berlaku pertindihan maksud yang sama dalam satu frasa.
Teliti ayat berikut yang menunjukkan pertindihan maksud yang sama dalam satu ayat serta merujuk perkara yang sama tetapi dianggap oleh kebanyakan pengguna bahasa Melayu sebagai betul walaupun sebenarnya mengandungi kesalahan tatabahasa.

Kesalahan Contoh 1:
Petani-petani di desa itu rajin-rajin belaka ketika mengusahakan ladang mereka.
Keterangan:
‘Petani-petani’ merupakan penggandaan pada kata nama yang merujuk maksud bilangan lebih daripada satu. ‘Rajin-rajin’ merupakan kata adjektif yang merujuk kepada maksud bilangan dan merujuk kepada petani-petani yang bersifat rajin.

Kesalahan Contoh 2:
Mereka saling bersalam-salaman ketika bertemu di warung itu.
Keterangan:
Perkataan ‘saling’ merujuk maksud berbalas-balas antara dua pihak. Perkataan ‘bersalam-salaman’ juga merujuk maksud berbalas-balas salam iaitu antara beberapa orang yang bersalam antara satu sama lain. Antara kesalahan pertindihan maksud yang sama dalam satu ayat ialah;

Pertindihan Maksud Kata Nama
Kata nama yang telah merujuk maksud bilangan tidak boleh digandakan.
Kesalahan Contoh:
- Mereka-mereka
- Umat-umat
- Rakyat-rakyat
- Penduduk-penduduk
- Pertindihan Maksud Kata Sendi Nama
- Demi untuk
- Oleh kerana

Keterangan:
Kata sendi nama ‘demi, untuk dan bagi’ merujuk maksud kegunaan sesuatu, bahagian yang ditentukan dan maksud tujuan. Penggunaan ‘untuk’ dan ‘bagi’ pada kata sendi nama ‘demi’ merupakan pertindihan maksud yang sama dan harus digugurkan.
Hal yang sama pada kata sendi nama ‘oleh kerana’. Kata sendi nama ‘oleh’ salah satunya merujuk maksud ‘sebab’, maka kata ‘kerana’ yang merujuk maksud yang sama tidak harus digunakan dan perlu digunakan salah satu sahaja. teliti contoh kesalahan di bawah. Kata sendi nama ‘oleh’ boleh dibentuk menjadi ‘oleh sebab’ kerana kata ‘sebab’ bukan merupakan kata sendi nama, maka tidak berlaku pertindihan maksud yang sama dalam frasa berkenaan.

Kesalahan Contoh::
- Mereka berjuang demi untuk keamanan negara ini.
- Demi untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan, dia telah membuat persediaan sejak awal
lagi.
- Pendekar itu mati oleh kerana senjatanya sendiri.
- Pasukan itu kalah oleh kerana keletihan semasa perjalanan ke tempat pertandingan.

Ayat Sepatutnya:
- Mereka berjuang demi keamanan negara ini.
- Demi mencapai kejayaan dalam peperiksaan, dia telah membuat persediaan sejak awal lagi.
- Pendekar itu mati oleh (sebab)senjatanya sendiri. Atau. Pendekar itu mati kerana senjatanya
sendiri.
- Pasukan itu kalah oleh (sebab) keletihan semasa perjalanan ke tempat pertandingan. Atau. - Pasukan itu kalah kerana keletihan semasa perjalanan ke tempat pertandingan.
Kata ‘sebab’ dalam frasa ‘oleh sebab’ boleh digugurkan tanpa mengubah maksud ayat

berkenaan.

Pertindihan Maksud Frasa Nama
- Kata Jamak
Kata jamak merujuk maksud bilangan. Terdapat pelbagai jenis kata jamak dalam bahasa Melayu. Sila rujuk jenis kata jamak. Senarai kesalahan yang sering dilakukan dalam pembentukan kata jamak ialah apabila kata nama selepas kata jamak digandakan dan merujuk maksud bilangan.
Peringatan!
Terdapat kata ganda yang tidak merujuk maksud bilangan, misalnya kura-kura, jentik-jentik, kanak-kanak, biri-biri. Bagi kata ganda yang tidak merujuk maksud bilangan kata jamak perlu digunakan untuk menunjukkan maksud bilangan. Misalnya ‘semua kanak-kanak’, ‘kebanyakan biri-biri’ ataupun ‘semua rama-rama’.)

Senarai Kesalahan Frasa Nama Yang Merujuk Pertindihan Maksud Yang Sama
1. Pelbagai barang-barang,
2. Senarai harga-harga
3. Semua sekolah-sekolah
4. Beberapa buah kedai-kedai
5. Segala kerja-kerja
6. Kebanyakan guru-guru
7. Setiap pekerja-pekerja
8. Semua ketua-ketua jabatan
9. Segelintir penduduk-penduduk kampung
10. Sebahagian projek-projek pembangunan

Semua frasa di atas perlu digugurkan penggandaan pada kata nama ataupun digugurkan kata bilangannya.

Pertindihan Maksud Frasa Kerja
Pembentukan frasa kerja juga menampakkan pertindihan maksud yang kadang kala tidak begitu disedari oleh pengguna bahas Melayu. Teliti ayat berikut;

Kesalahan Contoh:
1. Budak lelaki itu menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali ketika disuruh makan..
2. Para pelajar di kelas itu mengangguk-anggukkan kepala berkali-kali sebagai isyarat bahawa mereka faham akan penerangan Cikgu Leman.
3. Beberapa orang kanak-kanak kelihatan saling berkejar-kejaran di tepi pantai.

Keterangan:
Frasa kerja ‘menggeleng-gelengkan kepala’ dan ‘menangguk-anggukkan kepala’ sudah merujuk maksud berulang-ulang ataupun lebih daripada sekali, maka seharusnya frasa ‘berkali-kali’ tidak perlu digunakan dan harus digugurkan. Frasa ‘berkali-kali’ boleh digunakan sekiranya frasa kerja ‘menggeleng-gelengkan’ dan ‘mengangguk-anggukkan’ tidak digandakan dan ayat menjadi seperti berikut;


Ayat Sepatutnya:
1. Budak lelaki itu menggelengkan kepalanya berkali-kali ketika disuruh makan. (atau) Budak lelaki itu menggeleng-gelengkan kepalanya ketika disuruh makan.
2. Para pelajar di kelas itu menganggukkan kepala berkali-kali sebagai isyarat bahawa mereka faham akan penerangan Cikgu Leman. (atau) Para pelajar di kelas itu mengangguk-anggukkan kepala sebagai isyarat bahawa mereka faham akan penerangan Cikgu Leman.
3. Beberapa orang kanak-kanak kelihatan saling berkejaran di tepi pantai. (atau) Beberapa orang kanak-kanak kelihatan berkejar-kejaran di tepi pantai.

Pertindihan Maksud Frasa Sendi
Selain itu, kata nama selepas ‘di antara’ dan ‘antara’ TIDAK BOLEH digandakan. Hal ini disebabkan perkataan ‘antara’ dan ‘di antara’ sudah merujuk maksud bilangan ataupun lebih daripada satu iaitu sekurang-kurangnya dua unsur. Hal yang sama berlaku dalam pembentukan kata sendi ‘hingga’ dan ‘ke’ yang kerap digunakan serentak.

Contoh Kesalahan:
1. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada pencemaran ialah....
2. Antara bandar-bandar besar yang terdapat di Malaysia ialah....
3. Hingga ke hari ini, mereka tidak pernah datang lagi ke sini.

Dalam proses pembentukan frasa adjektif terdapat penggunaan kata penguat iaitu kata penguat depan (paling, begitu, agak), kata penguat belakang (sekali, benar, nian) dan kata penguat bebas (sangat, sungguh, amat). Kata adjektif yang telah menerima imbuhan ‘ter’ dan merujuk maksud darjah penghabisan juga tidak boleh menerima kata penguat kecuali pada kata penguat bebas (teramat pandai, tersangat masyhur – bentuk ini merupakan kekecualian dalam pembentukan frasa adjektif). Kecuali adjektif yang menerima kata penguat bebas, penggunaan dua kata penguat (penguat depan dan penguat belakang) dalam adjektif merupakan kesalahan dalam pembentukan frasa adjektif.


Kesalahan Contoh:
1. Pembangunan di kawasan tersebut begitu pesat sekali sejak akhir-akhir ini.
2. Pasukan bola sepak yang paling hebat sekali di dunia ialah pasukan bola sepak Brazil.
3. Bangunan yang tertinggi sekali di dunia itu musnah dalam satu kebakaran pada malam tadi.


Ayat Sepatutnya
1. Pembangunan di kawasan tersebut begitu pesat (atau) pesat sekali sejak akhir-akhir ini.
2. Pasukan bola sepak yang paling hebat (atau) hebat sekali di dunia ialah pasukan bola sepak Brazil.
3. Bangunan yang tertinggi (atau) tinggi sekali di dunia itu musnah dalam satu kebakaran pada malam tadi.

Selain itu penggandaan pada kata nama dan penggandaan pada kata adjektif dalam satu satu ayat dan merujuk maksud yang sama juga dianggap kesalahan.

Kesalahan Contoh:
1. Kereta-kereta (kata nama) yang dipamerkan dalam pameran automobil itu cantik-cantik (kata adjektif) belaka.
2. Buah-buahan (kata nama) yang dijual di gerai itu segar-segar (kata adjektif) belaka.

Ayat sepatutnya
1. Kereta-kereta (kata nama) yang dipamerkan dalam pameran automobil itu cantik (kata adjektif) belaka.
2. Buah-buahan (kata nama) yang dijual di gerai itu segar (kata adjektif) belaka.
atau
3. Kereta (kata nama) yang dipamerkan dalam pameran automobil itu cantik-cantik (kata adjektif) belaka.
4. Buah (kata nama) yang dijual di gerai itu segar-segar (kata adjektif) belaka.

Rumusan
Perlu diingat walaupun pertindihan maksud dalam pembentukan kata dan frasa tidak mengubah maksud ayat, namun pembentukannya dianggap lewah dan tidak menepati hukum tatabahasa bahasa Melayu.

KESALAHAN FRASA

Antara kesalahan dari segi frasa yang kerap dikemukakan ialah;
1) Frasa nama (kata nama jamak, kata majmuk, rangkai kata setara dan hukum DM)
2) Frasa kerja pasif kata ganti diri pertama/kedua dan kata ganti diri ketiga
3) Frasa kerja transitif dan tak transitif
4) Frasa adjektif
5) Frasa sendi

1) Kesalahan Frasa Nama
Kesalahan yang kerap ialah kesalahan penggunaan bentuk jamak ataupun kata bilangan, kata nama majmuk, rangkai kata setara dan hukum DM.

Kesalahan Contoh:
1. Kesemua peserta-peserta seminar itu dihadiahi cenderamata sebagai kenang-kenangan.
2. Kami akan membincangkan lain-lain hal dalam mesyuarat tersebut.
3. Alat tulis-alat tulis itu kami beli dari kedai buku berhampiran.
4. Ibu-ibu bapa pelajar sekolah itu diwajibkan hadir ke majlis penyerahan keputusan peperiksaan anak-anak mereka.
5. Para-para guru diseru oleh Menteri Pendidikan agar sentiasa peka dengan perkembangan teknologi maklumat.

Ayat sepatutnya:
1. Kesemua peserta (atau: peserta-peserta) seminar itu ......
2. ...... membincangkan hal-hal lain dalam mesyuarat ......
3. Alat-alat tulis (atau: semua alat tulis) itu kami beli .......
4. Para ibu bapa pelajar sekolah itu ......
5. Para guru (atau: guru-guru) diseru .......

Ulasan ringkas:
1. Kata nama yang telah digandakan dan menunjukkan bilangan tidak boleh menerima kata bilangan lagi. Namun kata nama yang digandakan tetapi tidak menunjukkan bilangan perlu menerima kata bilangan seperti ‘semua kanak-kanak’ atau ‘ semua rama-rama’.
2. Perkataan ‘hal’ harus mendahului perkataan ‘lain’ dan digandakan untuk menunjukkan hal yang banyak, bukannya lain yang banyak.
3. Kata majmuk ‘alat tulis’ tidak boleh digandakan keseluruhannya, memadai digandakan perkataan pertama sahaja atau menerima kata bilangan.
4. Perkataan ‘ibu bapa’ merupakan rangkai kata setara yang boleh diselitkan perkataan ‘dan’ ataupun ‘atau’ dan tidak boleh digandakan langsung, sebaliknya hanya menerima kata bilangan untuk menunjukkan jumlah.
5. Sama sebagaimana dalam ayat (1)

2) Kesalahan Frasa Kerja Pasif.
Kesalahan yang kerap dikemukakan ialah pembentukan frasa kerja pasif kata ganti diri pertama dan kedua yang tidak tepat atau menyisipkan apa-apa perkataan sama ada kata bantu atau kata sendi antara pelaku dan kata kerja pasif diri pertama dan kedua. Selain itu kesalahan pembentukan frasa kerja pasif kata ganti diri ketiga yang tidak tepat iaitu mengikut bentuk ayat pasif kata ganti nama diri pertama atau kata ganti nama diri kedua. Selain itu juga terdapat ayat pasif kata ganti nama diri ketiga yang menerima keterangan selepas kata kerja yang menggugurkan kata sendi nama ‘oleh’.

Kesalahan Contoh:
1. Bahan-bahan buangan itu mereka kumpulkan sebelum dilupuskan di tapak pelupusan.
2. Bahan-bahan buangan itu dikumpulkan oleh kami sebelum dilupuskan di tapak pelupusan.
3. Alat tulis itu kami akan beli pada minggu depan.
4. Alat tulis itu perlu kamu membeli dengan secepat mungkin.
5. Ceramah kerjaya itu akan disampaikan pada hari esok seorang pakar motivasi.

Ayat sepatutnya:
1. ....... dikumpulkan (oleh) mereka .....
2. ....... kami kumpulkan .......
3. ....... akan kami beli .......
4. ....... perlu kamu beli .......
5. ....... disampaikan pada hari esok oleh seorang pakar motivasi.

Ulasan ringkas:
Proses pembentukan ayat pasif perlu difahami sebelum pelajar dapat menguasai apakah yang dikatakan ayat pasif. Ayat pasif merupakan ayat yang meletakkan ‘benda yang kena’ oleh perbuatan sebagai ‘subjek’ ayat. Dalam ayat 1 hingga 5 semua subjeknya ‘bahan buangan’, ‘alat tulis’ dan ‘ceramah’ merupakan benda yang kena oleh perbuatan.
1. ‘Mereka’ merupakan kata ganti nama diri ketiga yang perlu mengikut bentuk pasif yang betul iaitu didahului kata ganti nama diri baru kata kerja berimbuhan ‘di...kan’. Kata hubung ‘oleh’ merupakan unsur pilihan iaitu boleh wujud atau tidak wujud kerana selepas kata kerja pasif ‘dikumpulkan’ tiada sebarang keterangan.
2. Ayat (1), (2) dan (3) mengandungi kata ganti nama diri pertama (kami) dan kata ganti nama diri kedua (kamu) yang meletakkan pelaku baru diikuti kata kerja pasif tanpa imbuhan awalan. Antara pelaku dan kata kerja juga tidak boleh ada kata bantu (akan, perlu). Kata bantu aspek atau kata bantu ragam perlu sebelum pelaku.
3. Ayat (5) memerlukan kata hubung ‘oleh’ disebabkan selepas kata kerja pasif ‘disampaikan’ merupakan keterangan masa baru diikuti pelaku (pakar motivasi). Tanpa kata hubung ‘oleh’ ayat tersebut merupakan ayat tergantung.

3) Kesalahan Frasa Kerja Transitif dan Tak Transitif.
Kesalahan yang kerap dikemukakan merupakan kesalahan pembentukan frasa dan penggunaan imbuhan yang membentuk frasa kerja.

Kesalahan Contoh:
1. Kami akan menerangkan tentang perkara itu kepada mereka.
2. Aminah tidak mahu memulangkan semula buku itu kepada abangnya.
3. Mereka tidak dapat terima keputusan perlawanan itu lalu menarik diri daripada pertandingan.
4. Badrul berharap Ahmad akan menghubunginya sebaik sahaja sampai di Pulau Pinang.
5. Salleh berfikir kejadian itu tidak akan menjejaskan hubungannya dengan Kamil.

Ayat Sepatutnya:
1. .....akan menerangkan perkara itu ......
2. .....tidak mahu memulangkan buku itu semula .........
3. .....tidak dapat menerima keputusan ........
4. .....berharap agar Ahmad akan .........
5. .....berfikir bahawa kejadian itu ........

Ulasan ringkas:
1. Pembentukan frasa kerja transitif dalam ayat (1) dan (2) memerlukan kata nama atau frasa nama sebagai pelengkap atau penyambut ataupun objek. Perkataan ‘menerangkan’ dan ‘memulangkan’ merupakan kata kerja transitif yang harus menerima ‘perkara itu’ dan ‘buku’ sebagai penyambut. Secara ringkas, selepas kata kerja transitif diikuti ‘apakah’ benda yang kena oleh perbuatan.
2. Ayat 3 memerlukan imbuhan ‘MeN’ (me, men, meN..i, meN..kan, meng, meny, menge) bagi membentuk frasa kerja transitif.
3. Ayat (4) dan ayat (5) membentuk frasa kerja tak transitif yang memerlukan kata sendi nama ataupun kata hubung ‘agar’ dan ‘bahawa’ sebagai penyambung kepada keterangan. Tanpa kata sendi nama ataupun kata hubung ayat tersebut membentuk kesalahan frasa.

4) Kesalahan Frasa Adjektif.
Kesalahan yang kerap dikemukakan bagi kesalahan frasa adjektif ialah kesalahan dari segi pembentukannya dan penggunaan kata penguat yang tidak tepat.

Kesalahan Contoh:
1. Harris merupakan pelajar yang terpintar sekali di dalam kelasnya.
2. Mereka berpakaian begitu kemas benar untuk ke majlis tersebut.
3. Cikgu Adnin sering menjadi guru yang paling terawal sampai di sekolah pada setiap hari.
4. Pemuda itu menjadi begitu terkenal sekali setelah memenangi pingat emas di peringkat Sukan
Olimpik.
5. Bangunan itulah yang paling tinggi sekali di Kuala Lumpur.
6. Saya sungguh benci kelakuan buruknya.

Ayat sepatutnya:
1. ........pelajar yang terpintar di dalam kelasnya. (atau) ....... pintar sekali di dalam kelasnya.
2. ........berpakaian begitu kemas untuk ......(atau) ........berpakaian kemas sekali untuk .......
3. ........guru yang paling awal sampai.......(atau) ........guru yang terawal sampai .........
4. ........menjadi begitu terkenal setelah .......(atau) .......menjadi terkenal sekali setelah......
5. ........yang paling tinggi di Kuala Lumpur. (atau) ........yang tinggi sekali di Kuala Lumpur.
6. .......sungguh benci akan kelakuan buruknya.

Ulasan ringkas:
Dua kata penguat dalam frasa adjektif tidak boleh digunakan dalam satu adjektif kecuali KATA PENGUAT BEBAS (sungguh, sangat dan amat). Begitu juga dengan imbuhan ‘ter’ yang mendukung maksud darjah penghabisan tidak boleh menerima kata penguat kecuali kata kata penguat bebas. Selain itu kata adjektif perasaan juga memerlukan kata sendi nama untuk dihubungkan dengan keterangan (lihat ayat 6).
Contoh dua kata penguat yang BOLEH digunakan dalam frasa adjektif ialah:
1. amat cantik sekali
2. sungguh besar sekali.
3. sangat baik benar.
4. teramat pandai.
5. tersangat masyhur.
· Dua KATA PENGUAT BEBAS (sangat, sungguh dan amat) BOLEH digunakan bersama atau digabungkan dengan satu lagi penguat ( biasanya kata penguat ‘sekali’) dalam satu adjektif seandainya salah satunya merupakan KATA PENGUAT BEBAS.

5) Kesalahan Frasa Sendi
Kesalahan yang kerap dikemukakan ialah pengguguran frasa sendi antara kata kerja intransitif dan kata nama. Selain itu penggunaan kata sendi nama yang tidak tepat juga merupakan kesalahan lazim yang kerap dikemukakan dalam peperiksaan.

Kesalahan Contoh:
1. Mereka berasal dari sebuah keluarga yang besar.
2. Kami tidak menyangka bahawa mereka akan keluar daripada hutan itu secepat ini.
3. Mangsa-mangsa yang terlibat di dalam kebakaran itu akan ditempatkan di rumah panjang.
4. Dia melemparkan buku tersebut ke Azhar kerana terlalu marah.
5. Mereka memulakan kerja pembersihan itu daripada sudut kanan kawasan itu.

Ayat sepatutnya:
1. .......berasal daripada sebuah keluarga......
2. .......keluar dari hutan .........
3. .......yang terlibat dalam kebakaran..........
4. ........melemparkan buku tersebut kepada Azhar........
5. ........kerja pembersihan itu dari sudut kanan.......

Ulasan ringkas:
Pembentukan frasa sendi perlu mengikut tujuan pembentukannnya yang tepat. Sesuatu kata sendi yang membentuk frasa sendi tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya walaupun dalam keadaan biasa diterima dan difahami maksud fras berkenaan. Misalnya kata sendi ‘dari’ perlu digunakan untuk menunjukkan ARAH, TEMPAT dan MASA. Dalam ayat (3) frasa ‘di dalam kebakaran’ tidak boleh diterima sebagai betul kerana ‘kebakaran’ tidak menunjukkan maksud tempat sebaliknya bermaksud keadaan sesuatu atau hal. Maka kata sendi nama ‘di’ perlu digugurkan dan hanya menggunakan ‘dalam’. Dalam ayat (4) ‘Azhar’ menunjukkan maksud ‘manusia’ yang perlu menggunakan kata sendi nama ‘kepada’ bagi membentuk hukum penggunaan kata sendi nama yang betul. Ayat (5) ‘sudut kanan’ bermaksud tempat, maka kata sendi nama ‘dari’ perlu digunakan untuk membentuk frasa sendi yang betul.

Bentuk Jamak

Bentuk Jamak tergolong dalam Frasa Nama. Kesalahan-kesalahan yang terbentuk kebiasaannya merupakan bentuk kesalahan dari segi frasa. Kesalahan yang berlaku juga kurang disedari oleh kebanyakan pelajar kerana maksud ayat masih tidak terjejas dan masih tepat. Namun dari segi pembentukan Frasa Nama terdapat kesalahan kerana pembentukan dan penggunaan kata nama jamak yang tidak tepat.

Pembentukan kata nama jamak boleh berlaku dalam dua cara iaitu;

i. Pengulangan kata nama .

ii. Penggunaan kata bilangan.

i. PENGULANGAN KATA NAMA

Bentuk jamak seumpama ini dapat dibentuk dengan mengulangi kata nama yang digunakan dalam ayat untuk menunjukkan bilangan yang lebih daripada satu ataupun untuk menunjukkan jamak.

Contohnya:

Kata nama Bentuk Jamak

i. pekerja pekerja-pekerja

ii. meja meja-meja

iii. buku buku-buku

Namun perlu juga diingat bahawa terdapat kata nama yang diulangi tidak menunjukkan bentuk jamak sebaliknya hanya membentuk kata ganda yang menunjukkan kata nama sahaja.

Contoh Kata Nama yang diulangi tetapi tidak menunjukkan Bentuk Jamak seperti berikut :

- rama-rama - kura-kura

- gula-gula - biri-biri

- kanak-kanak - jentik-jentik

Bentuk kata nama di atas, jika menunjukkan maksud banyak (jamak) perlu menerima kata bilangan.

Contohnya:

- beberapa ekor rama-rama

- semua gula-gula

- tiga orang kanak-kanak

- lima ekor kura-kura

- beberapa ekor biri-biri

- semua jentik-jentik

  • Dalam proses pembentukan kata nama bilangan, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian, iaitu;

Peringatan 1

Terdapat sesetengah kata nama yang memang mendukung makna jamak (lebih daripada satu) dan tidak boleh digandakan.

Kesalahan Contoh: Bentuk sepatutnya

- Penduduk-penduduk - Penduduk

- Mereka-mereka - Mereka

- Umat-umat - Umat

- Rakyat-rakyat - Rakyat

Peringatan 2

a) Kata Nama yang telah diulangi (digandakan dan menunjukkan maksud jamak) tidak boleh menerima kata bilangan kerana pembentukan yang sedemikian membentuk kesalahan Frasa Nama

Kesalahan Contoh:

i. Lima orang askar-askar

ii. Semua bahan-bahan

iii. Beberapa helai kertas-kertas

Frasa Sepatutnya :

i. Lima orang askar

ii. Semua bahan

iii. Beberapa helai kertas

Ulasan::

Kata nama yang telah menerima kata bilangan tidak perlu digandakan lagi kerana frasa yang menerima kata bilangan telah sedia asal menunjukkan bilangan dan kata nama yang digandakan juga menunjukkan bilangan.

b) Setiap Kata Nama yang telah diulang (digandakan) juga tidak boleh menerima perulangan pada kata adjektif yang merujuk kepada kata nama tersebut. Salah satu antara Kata Nama dan Kata Adjektif perlu digugurkan perulangannya. Hal ini disebabkan kata nama yang diulang dan kata adjektif yang diulang telah menunjukkan bentuk jamak.

Kesalahan Contoh :

i. Baju-bajunya mahal-mahal belaka.

ii. Pelajar-pelajar sekolah itu pandai-pandai belaka.

iii. Rumah-rumah di situ cantik-cantik belaka.

Frasa Sepatutnya :

i. Baju-bajunya mahal belaka.

ii. Pelajar-pelajar sekolah itu pandai belaka.

iii. Rumah-rumah di situ cantik belaka.

Ataupun

i. Bajunya mahal-mahal belaka.

ii. Pelajar sekolah itu pandai-pandai belaka.

iii. Rumah di situ cantik-cantik belaka.

Ulasan:

Penggandaan pada kedua-dua kata nama dan kata adjektif tidak perlu kerana maksud kedua-duanya jika digandakan akan menunjukkan bilangan.

2. PENGGUNAAN KATA BILANGAN

Pembentukan kata nama jamak bentuk ini menggunakan perkataan yang menunjukkan jumlah sesuatu kata nama untuk membentuk frasa nama. Bentuk jamak sebegini terbahagi kepada enam jenis iaitu:

i. Kata Bilangan Tentu

Bentuk Jamak ini menggunakan angka atau jumlah tertentu untuk menunjukkan bilangan.

Contohnya:

- dua / tiga / lapan

- sepuluh

- seratus

- lima ribu dan sebagainya.

Pembentukan kata jamak seperti ini memerlukan penjodoh bilangan pada kata nama untuk mengelakkkan kesalahan frasa..

Kesalahan Contoh:

i. Dua pelajar sedang bermain..

ii. Lima ribu askar terbunuh dalam peperangan itu.

iii. Lima rumah telah terbakar dalam kejadian itu.

Ayat Sepatutnya:

i. Dua orang pelajar sedang bermain.

ii. Lima ribu orang askar terbunuh dalam peperangan itu.

iii. Lima buah rumah telah terbakar dalam kejadian itu.

ii. Kata Bilangan Tak Tentu.

Bentuk Jamak ini tidak menentukan jumlah yang hendak dinyatakan secara tetap. Jumlah yang dinyatakan adalah umum, namun masih menunjukkan jumlah sesuatu kata nama kerana digunakan bersama kata nama untuk membentuk frasa nama.

Contohnya :

- Para

- Segelintir

- Sekalian

- Segenap

- Sebilangan

- Semua

- Segala

- Seluruh

- Beberapa

- Pelbagai

- Berbagai-bagai

  • Kecuali kata bilangan “beberapa” kata bilangan tak tentu yang lain tidak boleh menerima penjodoh bilangan yang akan membentuk kesalahan frasa dan mengubah makna ayat.
  • Kata bilangan ‘para’ pula tidak boleh digandakan kerana akan membentuk maksud ‘rak’ jika digandakan.

Kesalahan Contoh :

i. Semua ekor burung itu telah mati.

ii. Seluruh buah kampung itu telah dilanda banjir.

iii. Para orang pemuda diminta menyumbang tenaga kepada negara.

iv. Para-para pelajar akan didenda jika melakukan kesalahan.

Ayat Sepatutnya:

i. Semua burung itu telah mati.

ii. Seluruh kampung itu telah dilanda banjir.

iii. Para pemuda diminta menyumbang tenaga kepada negara.

iv. Para pelajar akan didenda jika melakukan kesalahan.

iii. Kata Bilangan Pisahan

Kata bilangan ini perlu digandakan ataupun menerima ‘se’ pada kata ‘tiap’. Kesalahan pembentukan akan membentuk kesalahan penggunaan kata nama.

Kesalahan Contoh:

i. Tiap pelajar perlu berdisiplin.

ii. Mereka menggunakan peralatan masing.

Ayat Sepatutnya:

i. Tiap-tiap pelajar perlu berdisiplin.

ii. Mereka menggunakan perlatan masing-masing.

Ulasan:

Kata bilangan tiap-tiap dan masing-masing tidak boleh disingkatkan sewenang-wenangnya menjadi tiap atau masing kerana maksud yang dibentuk akan menunjukkan maksud yang tidak tepat.

iv. Kata Bilangan Himpunan

Bentuk jamak ini menggunakan imbuhan ‘ber’ dan ‘se’ dan perkataan yang menunjukkan bilangan tersebut digandakan .

Contohnya:

- berbagai-bagai

- berjenis-jenis

- berpuluh-puluh

- kedua-dua

- bermacam-macam

- setengah-setengah

- sesetengah

Bentuk jamak ini perlu digandakan untuk mengelakkan pembentukan kesalahan kata.

Kesalahan Contoh:

i. Berbagai barang diijual di kedai itu.

ii. Berpuluh orang pemuda ditangkap dalam operasi itu.

iii. Setengah pelajar gemar ponteng sekolah tanpa sebab.

iv. Berpuluh pelajar sedang berbaris di padang.

v. Beribu manusia membanjiri stadium itu.

Ayat Sepatutnya:

i. Berbagai-bagai barang ….

ii. Berpuluh-puluh orang pemuda ….

iii. Setengah-setengah pelajar …. (atau) Sesetengah pelajar .......

iv. Berpuluh-puluh ….. (atau) Puluhan .......

v. Beribu-ribu….. (atau) Ribuan ......

v. Kata Bilangan Pecahan

Bentuk jamak ini menunjukkan pecahan daripada bahagian yang besar.

Contohnya:

- Suku

- Satu perempat

- Setengah

- Dua pertiga dan sebagainya.

Pembentukannya dan susunan bagi kata bilangan suku dan setengah juga perlu betul dan tepat dan tidak boleh disusun sewenang-wenangnya.

Kesalahan Contoh:

i. Kami telah menanti Ahmad sejak tiga suku jam yang lalu.

ii. Barang-barang itu berharga hanya tujuh setengah ringgit sahaja.

Ayat Sepatutnya:

i. …… tiga jam suku …..

ii. …… tujuh ringgit setengah …..

vi. Kata Bilangan Tingkat

Bentuk jamak ini menunjukkan kedudukan sesuatu kata nama yang digunakan bersama dengan kata bilangan tersebut.

Contohnya:

- kedua

- ketiga

- pertama

- keseratus dan seterusnya.

Ayat Contoh:

i. Dia mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu.

ii. Aminah memperoleh tempat kelima dalam peperiksaan di kelasnya.

Kata bilangan ini jarang membentuk kesalahan dan pembentukan bentuk jamak kerana fungsinya yang membentuk tingkat kedudukan sesuatu kata nama.

Rumusan

Dalam menganalisis pembentukan kata nama bilangan, kita perlu berhati-hati bukan sahaja daripada aspek pembentukannya, malahan juga dari aspek makna. Jangan sesekali menganggap bentuk yang biasa digunakan dalam lisan sebagai betul, maka dari segi hukum tatabahasa juga betul.

Mantapkan Hukum D-M

Hukum D-M digolongkan dalam Frasa Nama. Kerap kita mendengar orang berkata ‘goreng pisang’ untuk merujuk kepada frasa nama ‘pisang yang digoreng’. Seharusnya bentuk yang betul ialah ‘pisang goreng’ kerana kita merujuk kata nama ‘pisang’ sedangkan perkataan ‘goreng’ merujuk kata kerja ‘goreng’ dan merupakan penerang bagi perkataan ‘pisang’ dalam frasa berkenaan. Namun disebabkan kebiasaan pertuturan dan diterima, tambahan pula difahami oleh masyarakat, sesetengah kita menerimanya sebagai betul sedangkan hakikatnya dari sudut tatabahasa pembentukannya adalah salah. Hal yang sama dapat dilihat pada frasa ‘lain-lain hal’ sedangkan hakikatnya kita merujuk ‘hal’ bukannya ‘lain-lain’. Seharusnya pembetukan frasa berkenaan ialah ‘hal-hal lain’ kerana ‘hal’ tersebut yang banyak bukannya ‘lain’. Hal ini berpunca daripada kebiasaan sebutan dan ‘sedap’ bunyi sebutan yang diterima oleh penutur lisan bahasa Melayu kerana pada sesetengah keadaan sebutannya konsisten. Misalnya kita tidak akan menyebut ‘tua kelapa’ bagi merujuk ‘kelapa yang sudah tua’, sebaliknya dalam apa-apa juga keadaan kita akan menyebut ‘kelapa tua’ bagi merujuk frasa nama berkenaan.

Pembentukan Hukum D-M
Pada dasarnya, terdapat peraturan tertentu untuk mengatur susunan kedudukan konstituen-konstituen kata nama dalam pembentukan frasa nama. Peraturan-peratran tersebut menentukan perkara yang hadir dahulu dan yang perlu hadir kemudian ataupun selepas konstituen pertama. Hukum D-M tergolong dalam bahagian frasa nama. Pada dasarnya (D) merujuk aspek yang ‘Diterangkan’ manakala (M) merujuk aspek yang ‘Menerangkan’. Menurut hukum tatabahasa, sesuatu perkara yang mahu ‘diterangkan’ harus dinyatakan dahulu sebelum disusuli perkataan yang ‘menerangkan’. Misalnya apabila kita mahu merujuk pisang yang digoreng, seharusnya kita menyatakan ‘pisang’ sebagai kata nama yang mahu diterangkan barulah disusuli ‘goreng’ sebagai perkataan yang menerangkan pisang berkenaan. Maka, seharusnya susunan frasanya menjadi ‘pisang goreng’ bukannya ‘goreng pisang’ kerana ‘goreng pisang’ merujuk ‘goreng’ sebagai perkataan yang mahu diterangkan iaitu kata kerja dan ‘pisang’ sebagai kata yang menerangkan perkataan goreng. Maka apabila disebut ‘goreng pisang’ kita seharusnya merujuk frasa kerja (perbuatan menggoreng pisang) bukannya frasa nama.
Dengan kata lain, dalam pembentukan hukum D-M, unsur yang ‘Diterangkan’ merupakan unsur inti yang diletakkan pada kedudukan pertama dan unsur yang ‘Menerangkan’ merupakan unsur penerang yang diletakkan pada kedudukan kedua. Contohnya:

Bil. Unsur Diterangkan (D) Unsur Menerangkan (M) Keterangan Frasa
1 - Kelapa - tua - buah kelapa yang sudah tua
2 - Orang - muda - orang yang masih muda
3 - Guru - sains - guru yang mengajarkan sains
4 - Serbuk - cili - serbuk yang dibuat daripada cili
5 - Sos - tomato - sos yang dibuat daripada tomato
6 - Restoran - Zaini - restoran kepunyaan Zaini
7 - Kedai Buku - Harris - kedai buku kepunyaan Harris
8 - Keledek - goreng - keledek yang telah digoreng
9 - Kacang - rebus - kacang yang sudah direbus
10 - Rendang - daging - rendang yang dibuat daripada daging.
11 - Susu - lembu - susu yang diambil daripada lembu
12 - Lembu - susu - lembu yang mengeluarkan susu

Kebanyakan kekeliruan yang timbul dikenal pasti berpunca daripada kebiasaan sebutannya dalam bahasa Inggeris yang struktur pembentukannya berbeza daripada struktur Bahasa Melayu. Misalnya dalam bahasa Inggeris ‘Restoran Yusof’ disebut sebagai ‘Yusof Restaurant’. Hakikatnya dalam bahasa Melayu kita memperkatakan ‘Restoran’ yang dimiliki oleh Yusof, maka seharusnya kita meletakkan unsur ‘Restoran’ pada kedudukan pertama sebagai aspek yang ‘Diterangkan’ barulah diikuti oleh ‘Yusof’ sebagai unsur yang ‘Menerangkan’ iaitu yang memiliki restoran berkenaan. Frasa berkenaan seharusnya disebut sebagai ‘Restoran Yusof’. Dari sudat makna, jika disebut ‘Yusof Restoran’, maka sebenarnya kita merujuk kepada ‘Yusof’ sebagai ‘restoran’. Bukankah perkara ini ganjil kerana Yusof ialah manusia bukannya sebuah restoran.
Dalam sesetengah keadaan, terdapat frasa yang boleh disusun secara terbalik tetapi membentuk makna yang berbeza, bergantung kepada unsur yang disebut dahulu. Misalnya frasa nama ‘susu lembu’ merujuk maksud ‘susu yang diambil daripada lembu’. Manakala ‘lembu susu’ merujuk maksud ‘lembu yang dipelihara untuk tujuan mendapatkan susunya’. Maka dari segi ayat haruslah disebut mengikut maksud yang ingin disampaikan. Contohnya;
1. Ahmad minum susu lembu pada setiap pagi.
2. Ahmad memelihara beberapa ekor lembu susu.

Ulasan:

Ayat 1 merujuk kepada susu. Manakala ayat 2 merujuk kepada lembu yang dipelihara bagi mendapatkan susunya. Maka apabila ayat 1 diubah kepada ‘lembu susu’ maka dari segi maksud, maknanya agak ganjil kerana tidak mungkin ‘Ahmad minum lembu’ sedangkan hakikatnya ‘Ahmad minum susu’. Manakala ayat 2 pula jika diubah kepada ‘susu lembu’ juga menimbulkan kekacauan maksud ayat kerana tidak mungkin ‘Ahmad memelihara susu’, sedangkan maksud yang tepat ialah “Ahmad memelihara lembu’.

Kekeliruan Hukum D-M
Dalam pembentukan frasa nama yang berkaitan dengan Hukum D-M, terdapat beberapa kekeliruan kerana kebiasaan penggunaan yang diterima pakai dalam pertuturan harian sebagai frasa yang betul. Hal ini berpunca daripada pemahaman masyarakat (masyarakat memahami frasa tersebut) terhadap frasa berkenaan, sedangkan hakikatnya dari segi hukum tatabahasa perkara ini menyalahi hukum pembentukan frasa nama.
Antara frasa nama yang kerap menimbulkan kekeliruan ialah;

Bil. Bentuk Yang Salah Bentuk Yang Betul
1. - lain-lain hal - hal-hal lain
2. - lain-lain perkara - perkara-perkara lain
3. - lain-lain masalah - masalah-masalah lain
4. - lain-lain kata - kata-kata lain
5. - warung goreng pisang - warung pisang goreng
6. - Adnin Kedai Runcit - Kedai Runcit Adnin
7. - tomato sos - sos tomato
8. - pencuci serbuk - serbuk pencuci
9. - Tan Klinik Gigi - Klinik Gigi Tan
10. - petrolium gas - gas petrolium

Semua bentuk di atas bertentangan dengan pembentukan hukum D-M dari segi maksud frasa berkenaan kerana unsur utama (‘Diterangkan’) terletak di belakang unsur yang ‘Menerangkan’. Semua bentuk di atas merupakan terjemahan terus mengikut struktur bahasa Inggeris

Penggunaan Kata Pemeri dan Kata Nafi yang masih khilaf

Penggunaan kata pemeri dalam Bahasa Melayu yang berfungsi sebagai pemeri hal atau perangkai antara subjek ayat dengan frasa utama dalam predikat bukanlah sesuatu yang wajib sebagaimana penggunaan ‘is’, ‘are’ ataupun ‘a’ dalam struktur Bahasa Inggeris.

Penggunaannya agak terbatas dan kurang digalakkan dalam pembentukan ayat-ayat Bahasa Melayu. Namun demikian terdapat kecenderungan penggunaannya dalam pembentukan ayat-ayat yang salah ataupun tidak gramatis khususnya apabila digunakan pada awal ayat di hadapan frasa kerja ataupun kata kerja.

Kesalahan Contoh:

1. Adalah diberitahu bahawa mesyuarat PIBG tersebut akan ditangguhkan ke minggu depan.

2. Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa anak bulan Syawal tidak kelihatan.

3. Tingkah lakunya yang sombong itu adalah menyebabkan orang ramai benci kepadanya.

Ayat-ayat di atas seharusnya menggugurkan kata pemeri ‘adalah’ bagi membentuk ayat-ayat yang betul dan gramatis.

Terdapat dua kata pemeri yang digunakan sebagai pemeri hal dalam Bahasa Melayu iaitu ‘ialah’ dan ‘adalah’.

i) Penggunaan Kata Pemeri ‘Ialah’

Kata pemeri ini digunakan di hadapan frasa nama ataupun kata nama untuk menunjukkan pertalian antara subjek dan predikat ayat ataupun dengan kata lain untuk memerihalkan subjek ayat.

Ayat Contoh:

1. Yang turut hadir dalam majlis hari jadinya ialah beberapa orang guru.

2. Antara sebab utama pelajar melepak ialah pengaruh daripada rakan-rakan sebaya.

3. Perkara yang paling penting sekarang ialah pemulihan ekonomi negara.

Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri ‘Ialah’

Kesalahan yang biasa dilakukan semasa penggunaan kata pemeri ‘ialah’ merupakan penggabungannya dengan kata nafi ‘bukan’ dan ‘tidak’.

Kesalahan Contoh:

1. Mereka ialah bukan pelajar sekolah tersebut.

2. Pelajar-pelajar itu didenda kerana ialah tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut.

Ayat sepatutnya:

1. Mereka bukan pelajar sekolah tersebut.

2. Pelajar-pelajar itu didenda kerana tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut.

Satu lagi kesalahan penggunaan ‘ialah’ berlaku apabila digabungkan dengan kata kerja ataupun kata adjektif. Sepatutnya ‘ialah’ digunakan bersama-sama dengan kata nama sahaja.

Kesalahan Contoh:

3. Mereka ialah memberitahu kami tentang kejadian tersebut.

4. Orang tua itu ialah terjatuh ke dalam longkang ketika menunggang basikal.

Ayat sepatutnya:

3. Mereka yang memberitahu kami tentang kejadian itu.

4. Orang tua itu terjatuh ke dalam longkang ketika menunggang basikal.

Ulasan:

Dalam keempat-empat contoh kesalahan di atas, disebabkan penggunaan kata pemeri yang tidak perlu, maka kata pemeri yang digunakan perlu digugurkan.

ii) Penggunaan Kata Pemeri ‘Adalah’

Kata pemeri ‘adalah’ boleh digunakan secara lebih meluas berbanding kata pemeri ‘ialah’. Kata pemeri ini dapat digunakan di hadapan kata adjektif, frasa sendi nama dan dapat hadir bersama binaan kata nafi ‘tidak’ yang digabungkan dengan kata adjektif (adalah + kata nafi ‘tidak’ + adjektif).

Ayat Contoh:

1. Tawaran biasiswa tersebut adalah khusus untuk pelajar Bumiputera sahaja.

2. Kenyataan yang diberikannya adalah tidak benar.

3. Buku-buku itu adalah hasil daripada pengalamannya semasa menjadi tentera.

4. Tindakannya ketika menyelesaikan masalah itu adalah tidak wajar.

Kesalahan ayat:

Kata pemeri ‘adalah’ tidak boleh digunakan bersama kata nafi ‘bukan’ dan dalam binaan frasa kerja.

Kesalahan Contoh;

1. Buku-buku itu adalah bukan untuk kamu.

2. Kegagalannya adalah disebabkan oleh kemalasannya mengulang kaji pelajaran.

3. Adalah dimaklumkan bahawa ujian Bahasa Melayu akan diadakan pada hari esok.

4. Tuan-tuan adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong itu akan dibatalkan.

Ayat sepatutnya;

1. Buku-buku itu bukan untuk kamu.

2. Kegagalannya disebabkan oleh kemalasannya mengulang kaji pelajaran.

3. Dengan ini dimaklumkan bahawa ujian Bahasa Melayu akan diadakan pada hari esok.

4. Tuan-tuan dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong itu akan dibatalkan.

Ulasan:

Penggunaan kata pemeri dalam contoh kesalahan ayat di atas tidak perlu dan mesti digugurkan. Secara ringkasnya, penggunaan kata pemeri bukanlah sesuatu yang amat perlu dalam ayat-ayat Bahasa Melayu sebagaimana struktur ayat Bahasa Inggeris. Penggugurannya dalam ayat-ayat tertentu tidak menjejaskan makna ayat.

iii) Penggunaan Kata Nafi ‘Bukan’ dan ‘Tidak’

Secara umum terdapat dua perkataan kata nafi dalam Bahasa Melayu iaitu ‘bukan’ dan ‘tidak’

Kata nafi ‘bukan’ digunakan dalam binaan Frasa Nama dan Frasa Sendi Nama.

Ayat Contoh:

1. Itu bukan sekolah saya. (Frasa nama)

2. Orang tua itu bukan bapa saya. (Frasa nama)

3. Hadiah itu bukan untuk kami. (Frasa sendi nama)

4. Dia bukan orang kampung kami. (Frasa nama)

Kata nafi ‘tidak’ pula digunakan dalam binaan Frasa Kerja dan Frasa Adjektif.

Ayat Contoh:

1. Bapa saya tidak tidur semalaman kerana menunggu kepulangan kakak. (Frasa kerja)

2. Kami tidak menjemputnya hadir dalam majlis itu. (Frasa kerja)

3. Pemergiannya ke kota tidak direstui oleh ibunya yang sudah tua. (Frasa kerja)

4. Dia merasakan bahawa pembahagian harta pusaka bapanya tidak adil. (Frasa adjektif)

Kesalahan umum yang kerap dilakukan dalam binaan kata nafi ialah penggunaannya pada frasa yang tidak tepat. Dengan kata-kata lain disalahgunakan pada frasa yang tidak seharusnya digunakan kata nafi berkenaan.

Kesalahan Contoh;

1. Buku ini tidak untuk pelajar tingkatan tiga.

2. Orang tua itu tidak dari kampung kami.

3. Wang yang diperolehnya tidak daripada rezeki yang halal.

4. Dia marah kerana anaknya bukan mendengar nasihat yang diberikannya.

5. Tindakannya bukan wajar semasa menangani masalah itu.

Ayat sepatutnya;

1. Buku itu bukan untuk pelajar tingkatan tiga.

2. Orang tua itu bukan dari kampung kami.

3. Wang yang diperolehnya bukan daripada rezeki yang halal.

4. Dia marah kerana anaknya tidak mendengar nasihat yang diberikannya.

5. Tindakannya tidak wajar semasa menangani masalah itu.

Ulasan:

Kata nafi ‘bukan’ boleh digunakan pada frasa kerja dan frasa adjektif jika menunjukkan maksud bertentangan, namun harus digunakan bersama kata hubung ‘tetapi’.

Ayat Contoh:

1. Dia bukan hendak belajar tetapi hendak bermain-main sahaja.

2. Mereka bukan hendak memukul kamu tetapi hendak membantu kamu.

3. Kata-katanya bukan membawa kebaikan tetapi hanya membawa keburukan.

4. Dia bukan sahaja malas tetapi nakal juga.

Pembentukan imbuhan men- dan men-i

Pembentukan imbuhan kerap kali mengelirukan pelajar. Dalam penggunaan imbuhan MeN...kan dan MeN...i, pelajar sering kali membuat kesilapan dengan menggunakan imbuhan tersebut secara bertukar ganti seolah-solah kedua-dua imbuhan tersebut membawa maksud yang sama. Dalam bab ini, kita akan melihat dan meneliti secara lebih mendalam pembentukan dan perbezaan imbuhan MeN...kan dan MeN...i dalam Bahasa Melayu yang kerap menimbulkan kekeliruan kepada pelajar.

Pembentukan Imbuhan MeN...kan

Imbuhan MeN...kan membentuk kata kerja transitif yang terbit daripada kata dasar yang terdiri daripada beberapa jenis golongan kelas kata. Penggunaan golongan kata tertentu akan menunjukkan makna yang tertentu apabila menerima imbuhan MeN...kan.

Pembentukannya akan dibincangkan secara ringkas kerana yang penting ialah meneliti perbezaan maknanya dengan imbuhan MeN...i. Teliti beberapa jenis golongan kata berikut yang menunjukkan beberapa maksud yang berbeza:

Kata Dasar Imbuhan MeN...kan Maksud

Buku (kata nama) Membukukan Menjadikan buku

Darat (kata nama) Mendaratkan Membawa ke darat

Gemuk (kata adjektif) Menggemukkan Menjadikan gemuk

Jatuh (kata kerja) Menjatuhkan Menyebabkan jatuh

Beli (kata kerja) Membelikan Membeli untuk

Tindih (kata kerja) Menindihkan Menggunakan alat

Pagar (kata kerja) Memagarkan Menjadikan sebagai

Dua (kata bilangan) Menduakan Menjadikan dua

Untuk memahami lebih jelas lagi maksud yang terbentuk daripada kelas kata tersebut lihat beberapa contoh ayat berikut:

Ayat Contoh;

1. Pemain pertahanan pasukan itu telah menjatuhkan penyerang pasukan lawan dalam kawasan penalti.

2. Lelaki itu telah menduakan isterinya dengan berkahwin lagi.

3. Dia telah membukukan pengalamannya semasa zaman pemerintahan Jepun.

4. Mereka telah membasahkan kepala masing-masing dengan air sungai itu.

5. Ahmad melontarkan basikal adiknya ke dalam kolam.

Analisis

Semua ayat yang menerima imbuhan MeN...kan menunjukkan maksud bahawa objek tepatnya (kata nama selepas kata kerja) kena secara langsung oleh perbuatan iaitu kena ‘jatuhkan’, kena ‘duakan’, kena ‘bukukan’ kena ‘basahkan’ dan kena ‘lontarkan’.

Maksud Dalam Imbuhan MeN...kan

Secara umum, imbuhan apitan MeN...kan menunjukkan dua maksud yang kerap dikelirukan.

i) Maksud sesuatu perbuatan itu dilakukan secara langsung kena ke atas objek tepat dalam ayat dan menjadi alat atau bahan untuk melakukan perbuatan ke atas objek sipi

Contoh:

Amin melontarkan sepotong kayu ke arah lembu itu.

(objek tepat) (objek sipi)

Dalam konteks ayat di atas Amin menggunakan ‘sepotong kayu’ (objek tepat) untuk melakukan perbuatan ke atas ‘lembu itu’ (objek sipi).

Teliti contoh ayat berikut yang sama maksud pembentukannya dengan ayat di atas.

Ayat contoh;

1. Petani itu memagarkan kawat berduri ke seluruh ladangnya.

2. Orang tua itu memukulkan sebatang tongkat ke atas anaknya.

3. Dia menghadiahkan rantai mutiara kepada isterinya.

4. Kanak-kanak itu membalingkan bola kepada rakannya.

5. Sultan Selangor telah berkenan mengurniakan bintang kebesaran kepada ahli sukan tersebut sempena Hari Keputeraan baginda.

ii) Maksud sesuatu perbuatan dilakukan ‘untuk’ objek tepat

Hal ini bermaksud sesuatu perbuatan itu dilakukan untuk orang lain iaitu pelaku melakukan perbuatan untuk objek tepat manakala objek sipi merupakan sesuatu yang dilakukan perbuatan ke atasnya.

Contoh:

Amin membacakan adiknya buku cerita itu.

(objek tepat) (objek sipi)

Dalam konteks ayat di atas bermaksud Amin membaca buku untuk adiknya bukan untuk dirinya, manakala buku iaitu objek sipi merupakan alat yang dibaca dan adiknya sebagai objek tepat merupakan penerima perbuatan Amin.

Jika buku cerita mahu dijadikan objek tepat, maka akhiran ‘kan’ mesti digugurkan seperti dalam ayat berikut:

Contoh:

Amin membaca buku cerita itu untuk adiknya.

(objek tepat) (objek sipi)

Untuk lebih jelas, teliti ayat-ayat berikut:

Ayat contoh;

1. Ibu menjahitkan kakak sehelai baju kurung sutera.

(maksud menjahit untuk kakak)

2. Rahim mencarikan isterinya buah mempelam muda

(maksud mencari buah mempelam muda untuk isterinya)

3. Dia melukiskan adiknya sekeping gambar helang.

(maksud melukis gambar helang untuk adik)

Ringkasnya imbuhan MeN...kan menunjukkan maksud objek tepat sebagai alat atau bahan untuk melakukan perbuatan ke atas sesuatu. Selain itu, juga membawa maksud sesuatu perbuatan itu dilakukan untuk benda lain iaitu ‘untuk objek tepat’, manakala perbuatannya dilakukan ke atas ‘objek sipi.

Pembentukan Imbuhan MeN...i.

Imbuhan MeN...i juga terbentuk daripada beberapa kelas kata dasar dan membawa makna yang tertentu. Teliti pembentukannya secara ringkas dan cuba buat perbandingan dengan pembentukan imbuhan MeN...kan.

Kata Dasar Imbuhan MeN...i Maksud

Pagar Memagari Meletakkan sesuatu

(kata Nama) sebagai pagar

Pukul Memukuli Melakukan perbuatan

(kata kerja) berkali-kali pada objek

Duduk Menduduki Melakukan perbuatan

(kata kerja) pada objek

Kirim Mengirimi Menyebabkan objek

(kata kerja) menerima sesuatu

Untuk memahami lebih jelas lagi maksud yang terbentuk daripada kelas kata tersebut lihat beberapa contoh ayat berikut:

Ayat contoh;

1. Dia akan mengirimi bapanya sepucuk surat pada setiap bulan.

2. Jepun telah menduduki Tanah Melayu selama lebih kurang empat tahun.

3. Dia memukuli lembu yang memasuki kebunnya dengan sebatang kayu.

Analisis

Dalam ketiga-tiga ayat di atas, semua objek kena secara tidak langsung. Objek-objek tersebut menerima sesuatu daripada perbuatan yang dilakukan oleh pelaku. Contohnya dalam ayat (1) ‘bapa’ sebagai objek tepat menerima surat bukannya benda yang dikirimkan kepada seseorang.

Maksud Imbuhan MeN...i

Secara umum, imbuhan apitan MeN...i, menunjukkan maksud objek tepat menerima sesuatu daripada pelaku perbuatan, manakala benda yang diterima daripada perbuatan itu dinyatakan sebagai objek sipi.

Maksud ayat juga menunjukkan bahawa objek tepat tidak bergerak tetapi objek sipi yang bergerak menuju ke arah objek tepat. Lihat dan teliti contoh ayat-ayat di bawah;

Ayat contoh;

1. Petani itu memagari ladangnya dengan kawat berduri.

2. Orang tua itu memukuli anaknya dengan sebatang tongkat.

3. Dia menghadiahi isterinya seutas rantai mutiara.

4. Kanak-kanak membalingi rakannya dengan sebiji bola.

5. Sultan Selangor telah berkenan mengurniai ahli sukan itu bintang kebesaran sempena Hari Keputeraan baginda.

Bandingkan ketiga-tiga ayat yang menerima apitan MeN...i dengan ayat-ayat yang menerima apitan MeN...kan seperti yang dibincangkan terdahulu.

Adakalanya apitan MeN...i menunjukkan maksud perbuatan yang berulang-ulang dilakukan ke atas objek tepat. Teliti ayat (2) yang menunjukkan maksud anaknya menerima pukulan berulang kali. Dalam konteks ayat (1), (3), (4) dan (5) ladangnya menerima kawat berduri, isterinya menerima rantai mutiara, rakannya menerima balingan dan ahli sukan menerima kurniaan.

Perbezaan Makna Dalam Imbuhan MeN...kan dan
Imbuhan MeN...i

Sekiranya pelajar meneliti pembentukan kedua-dua imbuhan tersebut, pelajar akan mendapati terdapat perbezaan yang ketara di antara kedua-dua imbuhan itu.

Perbezaan yang paling ketara ialah apabila kedua-dua imbuhan apitan ini menggunakan kata dasar yang sama dan menerima dua objek iaitu objek tepat dan objek sipi. Lihat contoh ayat berikut untuk pemahaman yang lebih jelas.

Ayat contoh;

1. Amin melontarkan sepotong kayu ke arah lembu itu.

(objek tepat) (objek sipi)

2. Amin melontari lembu itu dengan sepotong kayu.

(objek tepat) (objek sipi)

3. Amin membacakan adiknya buku cerita itu.

(objek tepat) (objek sipi)

4. Amin membaca buku cerita itu untuk adiknya.

(objek tepat) (objek sipi)

Ulasan ringkas:

Ayat (1) dan (2) menggunakan kata dasar yang sama iaitu lontar (kata kerja) tetapi menggunakan apitan yang berbeza. Oleh itu pembentukan objek dan maknanya juga berbeza. Perkataan ‘melontarkan’ menunjukkan maksud ‘sepotong kayu’ sebagai objek tepat menjadi alat atau bahan yang digunakan untuk melakukan perbuatan. Manakala perkataan ‘melontari’ menunjukkan maksud ‘lembu itu’ sebagai objek, menjadi penerima perbuatan ‘melontari’. Oleh itu jika ayat (1) menerima apitan MeN...kan, maksudnya menunjukkan lembu itu menjadi alat atau bahan untuk perbuatan melontar, ini pasti mustahil kerana tidak mungkin Amin mampu mengangkat lembu itu dan melontarkannya.

Rumusan

Kekeliruan yang kerap berlaku di kalangan pelajar dari segi pembentukan kedua-dua apitan tersebut disebabkan para pelajar kurang memahami maksud perkataan yang digunakan dan kekeliruan membezakan objek tepat dan objek sipi. Oleh itu, para pelajar perlu meneliti imbuhan apitan MeN...kan dan MeN...i dengan meneliti kesesuaian maksud ayat dengan penggunaan objek tepat dan objek sipi yang dinyatakan dalam ayat.

Para pelajar juga perlu meneliti logik ayat dari segi maksud sama ada sesuai atau tidak.

Salah Penggal Perkataan

Layout frasa "Tampal muka cikgu kawan-kawan di sini" pada cover buku ini disebut dengan istilah 'salah penggal'.

Frasa itu terdiri daripada 6 perkataan. Keenam-enam perkataan itu terdiri daripada 4 gugus perkataan, istilah Inggerisnya word cluster.

Gugus perkataan adalah 'unit makna'. Gugus tidak boleh dipisahkan sebab maknanya akan rosak apabila dibaca.

Frasa "Tampal muka cikgu kawan-kawan di sini" terdiri daripada gugus seperti di bawah:

(i) tampal

(ii) muka cikgu

(iii) kawan-kawan

(iv) di sini

BUKAN:

(i) tampal muka (ini BETUL gugusnya)

(ii) cikgu kawan- (ini SALAH gugusnya)

(iii) kawan di (ini SALAH gugusnya)

(iv) sini (ini SALAH gugusnya)

Jika saiz cover itu besar, pemenggalan boleh dibuat begini:

(i) tampal (ini BETUL gugusnya)

(ii) muka cikgu kawan-kawan (ini BETUL gugusnya)

(iii) di sini

Jika begini pun BETUL:

(i) tampal muka cikgu (ini BETUL gugusnya)

(ii) kawan-kawan di sini (ini BETUL gugusnya)

ataupun begini juga BETUL:

(i) tampal muka

(ii) cikgu kawan-kawan

(iii) di sini

02 Mei 2009

Bagaimana membina perenggan

  • Bagi karangan A, iaitu karangan yang memerlukan anda menulis antara 200-250 patah kata, pastikan anda tidak menulis melebihi 250 patah kata kerana tulisan selepas 250 patah kata tidak akan dibaca. Tuliskan jumlah perkataan yang betul.
  • Saya cadangkan, 3 isi dengan jumlah kata @60 patah satu perenggan jadi jumlah 180.
  • 30 kata untuk pendahuluan dan 30 untuk penutup, jadi jumlah besar ialah 240 patah kata. Rancang perenggan anda dengan hati-hati. Ini sangat penting. Pemerenggan sangat penting. Rujuk Karangan Respons Terbuka.
  • Anda mesti menuliskan fakta dengan jelas. Isi/fakta itu mesti menjawab soalan yang diberikan. Isi yang umum akan menyebabkan markah anda tidak mendapat kepujian atau cemerlang.
  • Jangan lupa masukkan peribahasa dalam karangan sekurang-kurangnya satu tetapi peribahasa tersebut mestilah tepat dan relevan dengan isi atau ayat tersebut. Kalau dapat memetik kata-kata pemimpin atau kaitan dengan surat khabar atau televisyen lebih baik kerana anda peka dengan isu-isu semasa.
  • Karangan yang cemerlang ialah karangan yang dapat memperlihatkan kematangan calon.

Sumber: http://cikguliz.blogspot.com/search/label/SP

Panduan Menjawab Karangan A

Karangan Bahagian A - Bahan Rangsangan

a. Karangan yang ditulis mestilah berasaskan tema bahan rangsangan yang
diberikan.
b. Bahan rangsangan boleh terdiri daripada gambar tunggal, gambar bersiri, iklan,
graf, carta, poster dan sebagainya.
c. Karangan yang ditulis mesti mempunyai pengenalan atau pendahuluan.
Bahagian ini amat penting kerana mencerminkan isi yang ditulis seterusnya.
d. Pendahuluan mesti membincangkan tema bahan rangsangan secara khusus
dan mesti ditulis ringkas, padat serta ditulis dalam satu perenggan (anggaran
20 patah perkataan).
e. Pelajar perlu menyatakan 3 isi yang relevan dengan tema dan mesti diolah
dengan baik.
f. Isi mesti berkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain
(anggaran 70 patah perkataan setiap satu isi).
g. Isi mesti disusun mengikut kepentingan dan disusun rapi.
h. Kesimpulan mestilah ditulis dalam satu perenggan (anggaran 20 patah
perkataan). Ia mestilah ringkas, padat dan dapat merumus tema yang
dibincangkan.

Ciri-ciri Karangan Yang Baik

a. Tema bahan rangsangan dihuraikan dengan baik dan jelas.

b. Isi yang ditulis mestilah berkaitan dengan tema dan sebaik-baiknya isi

tersirat.

c. Perenggan mesti kemas dan sesuai.

d. Satu perenggan, satu isi dengan huraian isi serta contoh.

e. Perenggan dan isi mesti berkaitan dengan yang sebelumnya.

f. Susunan ayat mesti lengkap dan mudah difahami.

g. Penggunaan bahasa mesti dipelbagaikan.

h. Gunakan peribahasa, cogan kata atau ungkapan yang menarik.

i. Gunakan penanda wacana yang sesuai.

j. Isi diolah dengan baik untuk menunjukkan kematangan.

k. Mesti mengelakkan penggunaan bahasa pasar.

l. Tulisan mesti jelas dan mudah dibaca.

Kriteria Pembahagian Markah

a. Kefahaman dan kebolehan pelajar memahami tema bahan rangsangan yang

diberikan sama ada relevan atau tidak.

b. Keupayaan pelajar mengemukakan sekurang-kurangnya 3 isi dan setiap isi

haruslah disertakan dengan huraian lanjut dan contoh yang sesuai.

c. Setiap isi, fakta dan contoh yang dikemukakan harus juga sesuai dengan

keadaan semasa dan mempunyai kematangan fikiran.

d. Aspek bahasa pelajar pula akan dinilai dari segi penulisan yang lancar dan

kemas, tiada kesalahan tatabahasa yang berat, perenggan yang betul dan

kemas, menggunakan tanda bacaan dan huruf besar yang tepat.

Aspek-aspek Yang Dinilai

a. Karangan menepati tema bahan rangsangan.

b. Pengolahan isi, gaya bahasa, penyampaian isi dan kematangan isi

dikembangkan.

c. Ejaan dan struktur ayat.

d. Isi yang ditulis sama ada yang tersurat atau tersirat.

e. Peribahasa, cogan kata atau ungkapan menarik yang digunakan.

f. Pendahuluan atau pengenalan.

g. Penutup atau kesimpulan karangan.

h. Tulisan yang jelas.

i. Pemerengganan.

j. Kesantunan bahasa.

Kelemahan Calon

a. Pengenalan tidak menarik.

b. Isi tidak menepati tema.

c. Isi tidak dihuraikan.

d. Huraian yang tidak bertepatan dengan isi pokok.

e. Perenggan tidak disusun dengan sempurna.

f. Banyak kesalahan ejaan.

g. Tulisan buruk sehingga sukar dibaca.

h. Bahasa yang berbelit-belit dan ayat terlalu panjang.

i. Penggunaan perbendaharaan kata yang terhad.

j. Isi yang diulang-ulang.

k. Hanya menghuraikan isi tersurat sahaja.

l. Kesalahan tatabahasa seperti sendi nama di, dari dan daripada.

©2009 Zainudin bin Dirin

Sumber: http://www.cemerlangbm.com/spm_kertas1_a_ulasan.html

06 April 2009

Maklumat ketika menjawab soalan BM K2

Sumber : blog cikgu razak


1. Calon boleh menulis jawaban dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Ibu Bapa perlu tahu bahawa pelajar dibenarkan menjawab dalam tulisan rumi atau jawi. Ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak menjawab dalam tulisan jawi jika anak mereka mahir dalam tulisan jawi. Arahan ini tertera pada kertas soalan Bahasa Melayu.

2. Untuk soalan novel, calon diberi pilihan untuk menggunakan mana-mana 8 novel yang tersenarai ketika menulis jawaban.
Ibu bapa dan pelajar perlu tahu bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan novel yang digunakan oleh sebuah negeri ketika proses P&P di dalam bilik darjah. Namun demikian KPM tidak melarang pelajar daripada menggunakan mana-mana novel ketika mempersembahkan jawaban. Arahan ini tertera pada soalan 4 iaitu: Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut : (8 novel yang disenaraikan). Namun demikian lebih baik pelajar menggunakan novel yang dipelajari di sekolah ketika menjawab soalan.

3. Untuk soalan 3(c) dan 3 (d), ikut arahan seperti tertera pada kertas soalan. Pada tahun 2008, calon tidak perlu menulis semula ayat. Untuk tahun 2009, sila lihat semula arahan soalan tersebut.
Untuk soalan tersebut, pelajar hanya perlu menyenaraikan jawaban yang betul sahaja.

4. Pelajar perlu menjawab dalam ayat yang gramatis.
Rakan guru dan ibu bapa perlu sentiasa mengingatkan pelajar dan anak-anak supaya menjawab soalan rumusan, pemahaman, tatabahasa dan novel dalam ayat yang lengkap dan gramatis.

03 April 2009

76 Isu Karangan

ISU-ISU DALAM PENULISAN KARANGAN

Sumber : http://cikgumiebm.blogspot.com/

ISU-ISU UNTUK PENULISAN KARANGAN
BERDASARKAN TOPIK UJIAN LISAN BAHASA MELAYU SPM SEBELUM TAHUN 2002

Isu-isu yang dipaparkan di bawah merupakan topik Ujian Lisan Bahasa Melayu SPM sebelum tahun 2002. Bukan sahaja, topik-topik ini masih relevan untuk dirangkumkan bersama dengan topik-topik yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 & 5 kini malahan, pelajar boleh menghubungkaitkan topik-topik ini dengan dimensi individu, keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa dalam penulisan karangan.
Topik-topik ini juga dilihat boleh diguna pakai dalam membina item untuk soalan Merumuskan Karangan dan Pemahaman 2a dalam Kertas 2.

1 PERINDUSTRIAN
-Jenis-jenis
-Kebaikan & keburukan penggunaan teknologi moden
-Prestasi negara dalam perindustrian

2 INDUSTRI DESA
-Jenis-jenis
-Usaha-usaha dan tujuan memajukan industri desa
-Sambutan terhadap hasil keluaran industri desa Halangan-halangan

3 PEMBALAKAN
-Kesan Pembalakan
-Usaha -usaha mengekalkan kawasan hutan
-Isu pembalakan haram

4 TEMPAT REKREASI
-Fungsi dan peranan taman rekreasi
-Sambutan masyarakat terhadap taman rekreasi
-Penyediaan kemudahan di taman rekreasi

5 PENSWASTAAN
-Faedah - faedah penswastaan
-Perkembangan penswastaan di Malaysia
-Penglibatan pihak swasta dalam bidang tertentu

6 INDUSTRI PERIKANAN
- Masalah yang dihadapi oleh nelayan
-Penggunaan teknologi moden dalam industri perikanan
-Perkembangan dan sumbangan industri perikanan 7 AGENSI KERAJAAN
- Jenis-jenis agensi kerajaan
-Peranan dan fungsi agensi kerajaan
-Keberkesanan agensi kerajaan

8 KEMPEN
-Tujuan diadakan kempen
-Sambutan masyarakat terhadap kempen
-Keberkesanan kempen

9 INDUSTRI PELANCONGAN
-Usaha dan cara memajukan industri pelancongan
-Kesan industri pelancongan kepada negara
-Perkembangan industri pelancongan

10 PERUMAHAN
-Masalah perumahan pada hari ini
-Isu yang berkaitan dengan pemaju perumahan
-Usaha mengatasi masalah perumahan

11 LEBUH RAYA
-Perkembangan lebuh raya hari ini
-Fungsi lebuh raya
-Isu yang berkaitan dengan lebuh raya

12 PENGIKLANAN
-Isu pengiklanan
-Pengaruh iklan
-Kesesuaian iklan

13 SUKAN
-Perkembangan sukan di Malaysia
-Faedah-faedah bersukan
-Usaha-usaha meningkatkan mutu sukan
-Sains Sukan
-Masalah dalam bidang sukan

14 KEPENDUDUKAN
-Isu rakyat termiskin
-Migrasi dan perpindahan penduduk
-Isu kepadatan penduduk
-Kualiti hidup

15 BADAN KEBAJIKAN DAN SUKARELA
-Penglibatan masyarakat dalam badan kebajikan
-Sumbangan dan peranan badan kebajikan sukarela
-Masalah-masalah yang dihadapi

16 PENCEMARAN ALAM
-Punca-punca pencemaran alam
-Usaha-usaha mengatasi
-Kesan daripada pencemaran alam

17 GOTONG-ROYONG
-Kebaikan amalan gotong royong
-Amalan gotong royong pada hari ini
-Cara-cara menggalakkan gotong royong

18 SAMBUTAN HARI PERAYAAN DAN KEBESARAN
-Cara-cara menyambut hari perayaan dan kebesaran
-Kesan-kesan mengadakan sambutan hari perayaan
-Suasana sambutan hari perayaan

19 ADAT RESAM DAN ISTIADAT
-Adat resam pelbagai kaum
-Fungsi dan peranan adat resam
-Amalan adat resam pada hari ini

20 PENGANGGURAN
-Punca-punca pengangguran
-Usaha-usaha mengatasi pengangguran
-Kesan daripada pengangguran

21 TENAGA KERJA ASING
-Faktor-faktor kedatangan tenaga kerja asing
-Usaha-usaha pengawalan tenaga kerja asing
-Kebaikan dan keburukan tenaga kerja asing

22 KESEDARAN SIVIK
-Usaha memupuk kesedaran sivik
-Kebaikan mempunyai kesedaran sivik
-Sikap masyarakat pada hari ini

23 PERPADUAN KAUM
-Kepentingan dan faedah perpaduan kaum
-Usaha-usaha memupuk perpaduan kaum
-Perpaduan kaum pada hari ini

24 KEPENGGUNAAN
-Kepentingan pendidikan kepenggunaan
-Peranan dan fungsi persatuan pengguna
-Masalah yang dihadapi oleh pengguna

25 HOBI DAN KEGIATAN MASA LAPANG
-Jenis-jenis hobi
-Fungsi dan tujuan bergiat dalam sesuatu hobi
-Usaha-usaha menggalakkan masyarakat mempunyai hobi

26 WARGA TUA
-Sikap masyarakat terhadap warga tua
-Usaha-usaha membantu warga tua
-Kebaikan membantu warga tua

27 KANAK-KANAK
Isu kanak-kanak terbiar
-Penggunaan tenaga kerja dalam kalangan kanak-kanak
-Tanggungjawab masyarakat terhadap kanak-kanak

28 KESIHATAN
-Kepentingan kesihatan
-Cara-cara menjaga kesihatan
-Tahap kesihatan rakyat
-Gaya Hidup Sihat

29 MAJIKAN DAN PEKERJA
-Tanggungjawab majikan terhadap pekerja
-Kualiti kerja dan produktiviti
-Etika kerja

30 TELEVISYEN / VIDEO / FILEM
-Pengaruh terhadap masyarakat
-Kesesuaian rancangan terhadap masyarakat
-Fungsi dan peranannya
-Cetak Rompak

31 PASAR RAYA / PASAR TANI / PASAR MALAM
-Perkembangan di Malaysia
-Kebaikan dan keburukannya
-Sebab-sebab tempat tersebut menjadi tumpuan

32 AMALAN MEMBACA
-Sikap membaca di kalangan masyarakat
-Usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat
-Faedah membaca

33 PERUBATAN MODEN
-Perkembangan perubatan moden
-Kesan penggunaan ubat-ubat moden
-Kemudahan perubatan di Malaysia

34 PERUBATAN TRADISIONAL
-Peranan dan pengaruh bomoh
-Perbandingan p.moden dengan p.tradisional
-Keberkesanan penggunaan perubatan tradisional

35 SAINS DAN TEKNOLOGI
-Kemajuan dan perkembangan
-Ciptaan-ciptaan baru
-Kesan sains dan teknologi

36 PENDIDIKAN
-Perkembangan pendidikan di Malaysia
-Masalah pendidikan di Malaysia
-Kepentingan pendidikan

37 AKTIVITI KOKURIKULUM
-Jenis-jenis aktiviti kokurikulum
-Kebaikan dan faedah menyertai kokurikulum aktiviti kokurikulum pelajar
-Halangan pelaksanaan

38 KEBUDAYAAN
-Kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia
-Konsep kebudayaan kebangsaan
-Pengaruh luar dalam kebudayaan

39 NILAI-NILAI MURNI
-Usaha memupuk nilai murni
-Kepentingan mempunyai nilai-nilai murni
-Nilai murni di kalangan masyarakat hari ini

40 KHAZANAH BUMI / HUTAN
-Jenis-jenisnya
-Usaha-usaha mengekalkan khazanah tersebut
-Sumbangan kepada negara

41 PERLADANGAN
-Isu tenaga kerja di bidang peladangan
-Perkembangan dan sumbangannya kepada negara
-Usaha-usaha memajukan sektor perladangan

42 PERUNDANGAN
-Peranan dan fungsi undang-undang
-Keberkesanan undang-undang
-Jenayah di negara kita

43 PERTANIAN TRADISIONAL
-Kebaikan dan keburukan pertanian tradisional
-Sebab-sebab pertanian tradisional masih diamalkan
-Kesesuaian pertanian tradisional pada zaman moden

44 PERTANIAN MODEN
-Kebaikan dan Keburukan pertanian moden
-Penggunaan teknologi moden dalam pertanian
I-su pasaran dan harga hasil pertanian

45 TANAH
-Masalah tanah terbiar
-Penerokaan tanah secara haram
-Kesan pembangunan yang pesat

46 SEMANGAT KEBANGSAAN/ PATRIOTIK
-Usaha-usaha memupuk semangat kebangsaan
-Kepentingan semangat kebangsaan kepada negara
-Penghayatan semangat kebangsaan di kalangan masyarakat

47 HAL-EHWAL SEMASA
-Perkembangan politik tanah air
-Masalah-masalah sosial di negara
-Kemajuan negara dalam bidang ekonomi

48 PERMAINAN TRADISIONAL
-Jenis-jenisnya
-Fungsi dan peranannya pada masyarakat
-Usaha bagi menghidupkan dan mengekalkannya

49 KEKELUARGAAN
-Hubungan kekeluargaan sekarang
-Cara-cara mengekalkan hubungan kekeluargaan
-Kepentingan kekeluargaan di kalangan masyarakat
-Kempen Utamakan Keluarga

50 PROJEK PERUMAHAN
-Tujuan diadakan projek perumahan
-Kebaikan dan keburukan projek perumahan
-Jenis-jenis projek perumahan

51 KOPERASI DAN PERSATUAN
-Jenis-jenis dan peranan
-Fungsi dan tanggungjawab koperasi @ persatuan
-Sambutan terhadap koperasi @ persatuan
-Program Usahawan Muda

52 PENYAKIT BERBAHAYA
Jenis-jenisnya
Cara-cara mencegahnya
Punca-punca penyakit berjangkit

53 MUZIK
-Dunia muzik hari ini
-Kerjaya dalam bidang muzik
-Kebaikan dan keburukan muzik

54 SEJARAH
-Tempat-tempat bersejarah
-Pemulihan tempat-tempat bersejarah
-Permasalahan dalam mengekalkan tempat -tempat bersejarah

55 PERNIAGAAN /PERDAGANGAN
-Jualan murah
-Barang-barang tempatan dan barang import
-Kebaikan berniaga
-Karnival Jualan Mega

56 AMALAN PEMAKANAN
-Jenis-jenis makanan dalam kalangan masyarakat di Malaysia
-Makanan seimbang
-Kebersihan tempat menjual makanan

57 JIMAT CERMAT
-Tujuan berjimat cermat
-Cara-cara menggalakkan berjimat cermat
-Faedah-faedah mengamalkan berjimat cermat

58 PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR
-Perkembangan di Malaysia
-Cara-cara menggalakkan masyarakat makan ikan
-Masalah yang dihadapi oleh penternak ikan
-Projek akuakultur

59 DISIPLIN PELAJAR
-Tahap disiplin pelajar hari ini
-Punca-punca yang menimbulkan masalah disiplin
-Usaha-usaha mengatasi masalah disiplin

60 MEDIA CETAK
-Jenis-jenis media cetak
-Pengaruh media cetak
-Peranan dan fungsi media cetak
-Masa depan media cetak

61 ALAT PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN
-Jenis-jenis alat pengangkutan dahulu dan sekarang
-Isu berkaitan dengan kenderaan awam
-Peranan dan fungsi pengangkutan

62 SEMANGAT KEJIRANAN
-Pentingnya semangat kejiranan
-Usaha meningkatkan semangat kejiranan
-Permasalahan kejiranan hari ini

63 PROJEK PENGINDAHAN KAWASAN /KECERIAAN
-Tujuan dan fungsi mengindahkan kawasan
-Cara-cara mengekalkan keindahan
-Permasalahan dengan pengindahan kawasan
-Peranan sekolah dan pelbagai pihak

64 KESELAMATAN NEGARA
-Peranan pasukan keselamatan
-Keadaan keselamatan negara pada hari ini
-Kerahan tenaga rakyat
-Program Latihan Khidmat Negara

65 ALAM SEKITAR
-Keadaan alam sekitar hari ini
-Usaha-usaha mengekalkan alam sekitar
-Tujuan mengekalkan keindahan alam sekitar
-Kesan kemusnahan alam sekitar

66 PELABELAN
-Kepentingan dan fungsi penggunaan label
-Keberkesanan penggunaan label
-Isu permasalahan penggunaan label

67 BENCANA ALAM
-Jenis-jenis bencana alam
-Punca-punca bencana alam
-Usaha menghadapi bencana alam

68 SENI MEMPERTAHANKAN DIRI
-Jenis-jenis seni mempertahankan diri
-Perkembangan seni mempertahankan diri
-Kebaikan dan keburukan seni mempertahankan diri

69 KEMUDAHAN AWAM
-Jenis-jenis kemudahan awam di Malaysia
-Sikap dan tanggungjawab masyarakat
-Permasalahan kemudahan awam

70 BUAH-BUAHAN TEMPATAN
-Kebaikan dan kelebihannya
-Sambutan masyarakat terhadapnya
-Usaha memajukan industri buah-buahan tempatan
-Prospek pemasaran
-Halangan

71 SEKOLAH
-Sekolah Idaman
-Kempen 3K
-Hari Kantin
-Anugerah Cemerlang
-Ponteng sekolah
-Program Peningkatan Akademik
-Motivasi
-Sekolah Bestari

72 INTERNET & KOMPUTER/ MULTIMEDIA
-Kebaikan dan kelebihannya
-Sambutan masyarakat terhadapnya
-Kesan penggunaan internet
-Dasar Langit Terbuka
-Kafe Siber

73 KEPIMPINAN
-Peranan Pemimpin
-Ciri-ciri Pemimpin
-Kepentingan pemimpin

74 VANDALISME @ RAGUT
-Sebab-sebab Berlaku
-Langkah Mengatasi
-Peranan Semua Pihak
-Kesan

75 KEMALANGAN JALAN RAYA
-Sebab-sebab Berlaku
-Langkah Mengatasi
-Peranan Semua Pihak
-Kesan

76 SLOGAN-SLOGAN KERAJAAN
-Definisi Slogan
-Sambutan masyarakat terhadapnya
-Usaha Memastikan Matlamat Tercapai

Analisis Soalan SPM

ANALISIS SOALAN KOMSAS (2001-2008)

Jenis/Tahun

Prosa Moden

Prosa Klasik

Puisi

November 2001

Tragedi

[Antologi Kerusi]

Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu

Bapanya

[Antologi Anak Laut]

Aku Menjadi Lebih Berani

[Antologi Anak Laut]

Jun 2002

Sebutir Pasir di Kaki

[Antologi Kerusi]

Pertarungan Tuah dengan Jebat

[Antologi Anak Laut]

Syair Jong Pecah

[Antologi Kerusi]

November 2002

Seri Nara

[Antologi Anak Laut]

Kezallman Membawa Padah

[Antologi Kerust]

Gurindam Baris Hadapan

[Antologi Anak Laut]

Jun 2003

Titik-titik Perjuangan

[Antologi Anak Laut]

SikapTerburu-buru

Akan Membawa Padah

[Antologi Anak Laut]

Keindahan Yang Hilang

[Antologi Kerusi]

November 2003

Menatap Wajahnya

[Antologi Anak Laut]

Asal Usul Raja Kecil

[Antologi Kerusi]

Tukang Gunting

[Antologi Kerusi]

Jun 2004

Aku, Kris, dan Kristal

[Antologi Kerusi]

Kepahlawanan Tun Beraim Bapa

[Antologi Kerusi]

Pantun Mengenang Nasib

[Antologi Anak Laut]

November 2004

Budi yang Tak Terbeli

[Antologi Anak Laut]

Sikap Terburu-buru

Akan Membawa Padah

[Antologi Anak Laut]

Seloka Pandai Pak Pandir

[Antologi Kerust]

Jun 2005

Seri Nara

[AntologiAnakLaut]

Kezaliman Membawa Padah

[Antologi Kerust]

Syair Dandan Setia dan Intan

Terpilih

[Antologi Anak Laut]

November 2005

Puteri Li Po

[Antologi Kerusi]

Cerita Bayan Tidak Menurut Kata lbu

Bapanya

[Antologi Anak Laut]

Sejarah

[Antologi Kerusi]

Jun 2006

Jangan Bunuh Rama-rama

[Antologi Kerusi]

Sikap Terburu-buru

Akan Membawa Padah

[Antologi Anak Laut]

Pembeli Masa Sudah

[Antologi Anak Laut]

November 2006

Kerana Manisnya Epal

[Antologi Anak Laut]

Kepahlawanan Tun Beraim Bapa

[Antologi Kerusi]

Syair PembunuhanAngrenl

[Antologi Anak Laut]

I

Jun 2007

Mariah

[Antologi Kerusi]

Pertarungan Tuah Dengan Jebat

[Antologi Anak Laut]

Di Kota Kecilku

[Antologi Kerusi]

November 2007

Titik-Titik Perjuangan

[Antologi Anak Laut]

Asal Usul Raja Kecil

[Antologi Kerusi]

Gurindam Memelihara Anggota Dan Hati Daripada Kejahatan

[Antologi Kerusi]

Jun 2008

Pusaran

[Antologi Anak Laut]

Kezaliman Membawa Padah

[Antologi Kerusi]

Manusia Dan Kesejahteraan

[Antologi Anak Laut]

November 2008

Di Sisi Rinda

[ Antologi Kerusi ]

Peminangan Puteri Gunung Ledang

[ Antologi Anak Laut ]

Pantun Lapan Kerat

[ Antologi Kerusi ]

Bahan belum pernah diuji

Annyss Sophillea

Lambaian Malar Hijau

Serunai Malam

[ Antologi Anak Laut]

Virus Zel Untuk Abah

[ Antologi Kerusi ]

Sabor

[ Antologi Kerusi ]

Pantun Kiasan

Seloka Pak Kaduk

Anak Laut

Derita Pertama

Jalan-Jalan raya Kotaku

Pantun Enam Kerat

Syair Kelebihan Ilmu

Duhai Pentafsir

Di Ruang Gemanya

ANALISIS SOALAN TATABAHASA ( 3b )

TAHUN

SOALAN

2004 (N)

Tulis petikan di bawah ini dalam bentuk cakap ajuk

2005 (J)

Tukar ayat pasif di bawah menjadi ayat aktif

2005 (N)

Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif

2006 (J)

Cerakinkan ayat majmuk menjadi 6 ayat tunggal

2006 (N)

Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal

2007 (J)

Buat 6 ayat perintah

2007 (N)

Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif

2008 (J)

Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang

2008 (N)

Tentukan pola ayat dasar

2009

Kemungkinan :

1. Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

( Kali akhir tahun 2004 )

2. Gabung ayat tunggal menjadi ayat majmuk

( Kali akhir sebelum 2004 )

3. Tentukan kata dan frasa dalam ayat

Contoh : senaraikan kata kerja transitif dalam ayat diberi.

4. Analisis bentuk ayat

Contoh : Nyatakan satu ayat majmuk komplemen daripada petikan.

CARA MENULIS JAWABAN SOALAN CAKAP AJUK & CAKAP PINDAH

Saya ada beberapa soalan yang mahu dikemukakan:

(1) Bagaimanakah cara menulis jawapan menukar cakap ajuk kepada cakap pindah dengan cara yang betul. Adakah dengan menulis satu perenggan (6 ayat) atau boleh ditulis dengan cara ceraian 6 ayat.

(2) Bagaimanakah cara menulis jawapan soalan 3 (c dan 3 (d) Bahasa Melayu SPM kertas 2
Bermula tahun lepas tidak perlu menyalin semula ayat. Tetapi adakah hanya menulis 2 perkataan yang salah dengan pembetulannya atau nyatakan juga kesalahan jenis apa contohnya ejaan, imbuhan, istilah, kata, atau tatabahasa.

Jawaban :
1. Pelajar boleh menulis jawaban dalam satu perenggan atau ditulis dengan cara ceraian enam ayat.

Panduan menukar caka ajuk kepada cakap pindah dan sebaliknya :

1. Kenal pasti jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seruan. Jawaban akan berkaitan dengan jenis ayat tersebut. Contoh :

Dia menyatakan/ menjelaskan/ menerangkan/ memberitahu ( Jika ayat penyata )
Dia bertanya/ dia ingin tahu/ dia meminta penjelasan/ dia memerlukan maklumat
( Jika ayat tanya )
Dia melarang/ Dia tidak mengizinkan/ Dia menyuruh/ Dia mengarahkan/ Dia
memerintahkan ( jika ayat perintah )
Dengan sedih/ dengan marah/ dia terkejut/ dia kagum ( jika ayat seruan )

2. Penutur dan jalan cerita mesti betul dan perlu ikut susunan.
Contoh :

Kassim : Saya akan bertolak ke Johor Bahru pada jam dua petang

Jawaban 1 : Karim menyatakan bahawa dia akan bertolak ke Johor Bahru pada jam dua
petang (X)
Watak telah ditukar

Jawaban 2 : Kassim menyatakan bahawa dia akan bertolak ke Johor Bahru pada jam
tiga petang. (X)
Maklumat telah ditukar

Jawaban 3 : Karim mengatakan saya akan bertolak ke Johor Bahru pada jam dua petang
(X) kerana struktur masih ayat cakap ajuk.

3. Elakkan menggunakan kata tanya apa, bila, bagaimana. mengapa dan di mana.


Soalan 2 :

Mulai SPM Julai 2008, pelajar tidak diminta untuk menyalin semula soalan. Arahan ini tertera dengan jelas pada kertas soalan. Maka pelajar boleh memilih sama ada memberi jawaban terus atau menyatakan perbandingan jawaban antara betul dan salah

Cara 1
1. Martabak, insurans dan lut sinar

Cara 2

Kesalahan ejaan Pembetulan ejaan
Murtabak Martabak
Insuran Insurans
Lutsinar Lut sinar

AMARAN : Pastikan pelajar menurut arahan yang tertera pada soalan 3c dan 3d iaitu pelajar tidak dibenarkan memberi lebih daripada satu jawaban untuk setiap kesalahan ejaan, imbuhan, kata dan tatabahasa.

Selamat belajar.

BUKU TEKS

Sumber : Laman Web Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran

Konsep
Buku teks dibina menggunakan pendekatan secara menyeluruh bagi memastikan wujudnya kesepaduan antara kandungan, persembahan, bahan grafik, bahasa dan istilah serta aktiviti dan latihan.

Ciri - ciri Buku Teks

Ciri-ciri buku teks adalah seperti berikut:

Buku teks ditulis berasaskan Bidang Pembelajaran dan Hasil Pembelajaran seperti yang terdapat di dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.

Buku teks mengandungi pengetahuan dan kemahiran serta pembelajaran melalui pengalaman yang mengandungi penggabungjalinan antara teori dan praktikal.

Buku teks menekankan pelbagai aktiviti dan latihan serta amali.

Buku teks mengandungi bahan grafik yang berfungsi, sesuai dan menarik.

Buku teks merangsang murid membaca dan berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) serta kemahiran berfikir strategi berfikir (KBSB)

Buku teks memupuk nilai murni dan sikap positif, budaya kerja yang relevan dan menerapkan unsur-unsur patriotisme

Buku teks menitikberatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).


Organisasi Buku Teks
Buku teks terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

Bahagian Awalan.
Bahagian Isi Kandungan.
Bahagian Akhiran.

Perkara Penting Dalam Penulisan Buku Teks
Kandungan

Buku teks mengandungi kandungan yang berasaskan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.

Skop dan kedalaman isi pelajaran hendaklah sesuai mengikut kandungan dan peruntukan waktu di dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.

Fakta mestilah betul, tepat, terkini, dan tekal.

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dan Kemahiran Berfikir Strategi berfikir (KBSB) harus menjadi satu landasan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya daya imaginasi dapat dijana dan diperkembangkan.

Persembahan
Persembahan bahan ialah cara mengolah bahan penulisan dalam menyampaikan isi pelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Persembahan bahan hendaklah:

Berasaskan prinsip pengajaran dan pembelajaran, iaitu mudah kepada sukar.

Menggunakan strategi berpusatkan murid (student-centered).

Mudah difahami oleh murid.

Dipelbagaikan serta mempunyai ciri mesra pengguna (user – friendly) dan menarik serta merangsang murid dalam pembelajaran.

Aktiviti
Aktiviti yang disediakan hendaklah :

Dapat mencapai Hasil Pembelajaran yang ditetapkan dalam Huraian Sukatan Pelajaran.

Mengandungi arahan yang jelas, tepat, dan mudah difahami.

Dapat dilaksanakan oleh murid secara individu, berpasangan, atau berkumpulan.

Pelbagai bentuk dan jenis aktiviti untuk mencungkil kebolehan dan melibatkan murid secara aktif.

Mencabar dan menggalakan murid ke arah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Penumpuan terhadap pembelajaran melalui pengalaman dalam aktiviti amali yang dijalankan.

Latihan
Latihan yang disediakan mengandungi arahan yang jelas, tepat dan mudah difahami serta mempunyai pelbagai jenis, iaitu:

Berbentuk soalan peperiksaan awam.

Berbentuk pengukuhan, pengayaan dan penilaian.

Meliputi soalan berpandu dan bebas.

Mengandungi arahan yang jelas, tepat, dan mudah difahami.

Terdapat pemeringkatan daripada mudah kepada sukar dan mencakupi domain kognitif, efektif ,dan psikomotor.

Mencabar dan menggalakkan murid ke arah kemahiran belajar, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Bahan Grafik
Bahan grafik di dalam buku teks hendaklah:

Dapat menyampaikan pengetahuan dan menjelaskan sesuatu konsep dengan betul dan tepat.

Bersesuaian, berfungsi, menarik, kreatif, dan lengkap.

Menarik dan merangsang minat murid ke arah pembelajaran.

Pelbagai bentuk, menarik, dan kreatif.

Mempunyai saiz yang sesuai dengan ruang dan reka letak serta menepati perspektif, dan perkadaran.

Mempunyai kapsyen atau label.

Menggunakan situasi tempatan dan bahan yang hampir dengan persekitaran murid.

Bahasa dan Istilah
Penulisan buku teks ini mestilah menggunakan Bahasa Melayu baku/British English dan merujuk kepada Daftar Istilah bidang berkaitan yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.


Bahasa yang digunakan mudah, jelas, dan ringkas sesuai dengan peringkat murid.


Tatabahasa, tanda baca, struktur ayat serta ejaan mestilah betul dan tepat.


Istilah yang digunakan hendaklah tepat, terkini, dan tekal.

Perkara yang mesti dielakkan

Buku teks tidak boleh mengandungi perkara berikut:
(i)Unsur Sensitif
Unsur yang menimbulkan prasangka dan diskriminasi, menjatuhkan maruah serta merendahkan martabat terhadap kaum, agama, kebudayaan, jantina, usia, dan pekerjaan.

(ii)Unsur Negatif
Melibatkan sikap, pemikiran dan tingkah laku yang bertentangan dengan nilai murni masyarakat Malaysia.

(iii)Unsur Subversif
Semua perkara yang bertentangan dengan dasar negara.


Komen Penulis:

Para pelajar mesti memanfaatkan sumber yang ada agar sesi pemelajaran anda menepati silibus yang sedia digubal oleh KPM.

Ulang kaji

ULANG KAJI TATABAHASA

TATABAHASA: KESALAHAN BAHASA YANG LAZIM
BEBERAPA KESALAHAN TATABAHASA YANG LAZIM


Sumber : Blog Cikgu Azhar

1 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di dengan imbuhan di
a) salah - disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara
- di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan
b) betul - di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara
- diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan

2 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan ke
a) salah - keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan
b) betul - ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, kekasih

3 Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada
a) dari - rumus A (arah), T (tempat), M (masa) = dari
- dari belakang, dari Perak, dari semalam
b) daripada - punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad
- sumber atau asal kejadian sesuatu benda
- perbezaan dan perbandingan
- daripada guru besar, daripada getah, daripada markah

4 Mengulang kata selepas penanda jamak (banyak)
a) salah - semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli
b) betul - semua guru, segala alat, kebanyakan ahli

5 Tidak menggandakan kata bilangan himpunan
a) salah - beratus orang, beribu penonton, berguni padi
b) betul - beratus-ratus orang, beribu-ribu orang, berguni-guni padi

6 Kesalahan penggunaan kata darjah penghabisan
a) salah - paling tinggi sekali, terlalu mahal sekali
b) betul - paling tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali

7 Menggandakan kata selepas saling
a) salah - saling hormat-menghormati, saling bermaaf-maafan
b) betul - saling menghormati, hormat-menghormati, saling bermaafan

8 Pembentukan ayat pasif
a) Surat itu telah dihantar oleh kami. (salah)
Surat itu telah kami hantar. (betul)
b) Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (salah)
Laporan itu perlu anda siapkan. (betul)
c) Majalah itu telah mereka edarkan. (salah)
Majalah itu telah diedarkan oleh mereka. (betul)

9 Penggunaan –kan menggantikan akan
a) salah - sayangkan, rindukan, bencikan, cintakan
b) betul - sayang akan, rindu akan, benci akan, cinta akan

10 Menjarakkan imbuhan pinjaman
a) salah - juru taip, ko kurikulum, pasca moden, anti dadah
b) betul - jurutaip, kokurikulum, pascamoden, antidadah


TATABAHASA: PENGAKRONIMAN
PENGAKRONIMAN

Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.

Contohnya:
Bernama - Berita Nasional Malaysia
Gapena - Gabungan Penulis Nasional
Mara - Majlis Manah Rakyat
ubahsuai - ubah sesuai
kugiran - kumpulan gitar rancak

Kata akronim boleh ditulis dengan tiga cara.
1) Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas.
Contohnya:
LUTH - Lembaga Urusan dan Tabung Haji
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

2) Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.
Contohnya:
tabika - taman bimbingan kanak-kanak
purata - pukul rata
jentolak - jentera tolak

3) Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan/atau suku kata itu menjadi kata nama khas, kata itu ditulis bermula dengan huruf besar.
Contohnya:
Pernas - Perbadanan Nasional
Intan - Institut Tadbiran Awam Negara
Petronas - Petroleum Nasional
Proton - Perusahaan Otomobil Nasional
Posted by Azhar Salleh at 10:41 AM 0 comments
Labels: TATATABAHASA
TATABAHASA: PEMAJMUKAN
PEMAJMUKAN
Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Contohnya:
jalan raya tengah hari lebuh raya warga kota
bandar raya atur cara kereta api sari kata
ambil alih urus setia susun atur reka bentuk
maklum balas kemas kini kertas kerja gambar rajah

Kata yang telah mantap dieja sebagai satu perkataan.
antarabangsa
beritahu
bumiputera
jawatankuasa
kakitangan
kerjasama
olahraga
matahari
setiausaha
sukarela
suruhanjaya
tandatangan
tanggungjawab
warganegara
pesuruhjaya

Perkataan yang tergolong dalam golongan kata tertentu dieja bercantum juga
peribadi (kn)
peribahasa (kn)
dinihari (kn)
hulubalang (kn)
perikemanusiaan (kn)
sukacita (ka)
dukacita (ka)
kepada (ksn)
daripada (ksn)
apabila (kh)
manakala (kh)
padahal (kh)
darihal (kh)
barangkali (kh)
kadangkala (kh)
apakala (kh)
walhal (kh)
bagaimana (kt)

Pengimbuhan kata majmuk
Kata yang menerima awalan atau akhiran sahaja ditulis sebagai dua perkataan.
Contohnya:
diambil alih menerima pakai kenal pastikan
diguna semula bercampur aduk berurus niaga

Kata yang menerima apitan ditulis sebagai satu perkataan.
Contohnya:
pengambilalihan pengenalpastian mencampuradukkan
pengemaskinian diurusniagakan kedayaserapan
menggarispusatkan menyatupadukan persuratkhabaran
penguatkuasaan penambahbaikan menguatkuasakan

Penggandaan kata majmuk
Kata yang dieja bercantum hendaklah digandakan keseluruhan kata atau unsur.
Contohnya:
tandatangan-tandatangan setiausaha-setiausaha
pesuruhjaya-pesuruhjaya warganegara-warganegara
jawatankuasa-jawatankuasa kakitangan-kakitangan

Kata yang ditulis terpisah digandakan pada unsur atau kata pertama sahaja.
Contohnya:
alat-alat tulis gambar-gambar rajah
balai-balai raya suku-suku kata
garis-garis pusat kapal-kapal terbang
Menteri-Menteri Besar Naib-Naib Canselor
Penolong-Penolong Pendaftar Ketua-Ketua Menteri

TATABAHASA: PENGGANDAAN
PENGGANDAAN

Proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.
Tiga Jenis Penggandaan
a) penggandaan penuh
b) penggandaan separa
c) penggandaan berentak

Penggandaan Penuh
Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar, sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak.
Contohnya:
pulau-pulau suku-suku tinggi-tinggi
cantik-cantik buku-buku kura-kura
tiba-tiba mata-mata fail-fail
pemimpin-pemimpin kehendak-kehendak pelatih-pelatih
persatuan-persatuan petugas-petugas pelajar-pelajar

Penggandaan Separa
Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian daripada kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Penggandaan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.

Contohnya:
berlari-lari sepandai-pandai berturut-turut
kejar-mengejar tolong-menolong kasih-mengasihi
lelaki tetamu sesiku

Penggandaan Berentak
Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Penggandaan ini dibahagikan kepada tiga jenis.

Contohnya:
Pengulangan vokal Pengulangan konsonan Bebas
sayur-mayur gunung-ganang anak-pinak
kuih-muih mundar-mandir saudara-mara
hina-dina bolak-balik titik-bengik

Kata ganda perlu diletakkan tanda sempang (-).

Karangan Bahan Rangsangan

Sumber : Blog Cikgu Azman

Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat semakin kecewa dengan kegagalan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar.

Jelaskan punca-punca dan langkah mengatasinya.


Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?

Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa era globalisasi ini. Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.

Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonoh yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.

Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggung jawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.

Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekolah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.

Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.

Kemelut ini mudah dibendung jika ibu bapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibu bapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibu bapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.

Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.

Khilaf Bahasa - Soal Jawab Bersama Khidmat Bahasa DBP2

Salam sejahtera wan buanan wan hussain,


Soalan : bagaimana hendak membezakan penggunaan kata sendi nama dan kata hubung? bagaimana hendak pastikan ketepatan penggunaan kata sendi nama dan kata hubung menurut konteks dalam ayat yang dibina?

Jawapan : Kata sendi dan kata hubung merupakan dua kelompok kata dalam kategori kata tugas. Kata tugas ialah perkataan yang hadir dalam ayat, klausa,atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penguat, dan sebagainya. Kata sendi ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama seperti di,ke,dari, daripada dan sebagainya. Kata hubung ialah kata penghubung dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk. Contoh kata hubung ialah dan,atau, serta,yang, kerana,kalau dan sebagainya. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, halaman 235


Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.


Komen saya,

Jika kita ingin menggunakan sesuatu perkataan dari mana-mana golongan kata pastikan kita mengetahui tentang maksud kata, fungsi kata dalam ayat dan di mana hendak menempatkan perkataan itu dalam ayat.

Endah bahasa, cantik bicara.

02 April 2009

KHILAF BAHASA - Soal dan Jawab Bersama Khidmat Bahasa DBP

Salam sejahtera wan buanan wan hussain,


Soalan : saya ingin mengetahui maksud kata mendaur ulang yang ditemui dalam laman sesawang. Apakah kata dasar kata ini dan bagaimanakah cara penggunaannya yang tepat dalam ayat?

Jawapan : Mengikut sumber rujukan kami tiada perkataan mendaur ulang. Walau bagaimanapun, Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata daur ialah jangka masa tertentu; daur besar jangka masa 120 tahun; daur kecil jangka masa lapan tahun, windu. Mohon kerjasama tuan untuk memberikan alamat laman sesawang tersebut kepada pihak kami untuk tindakan pantau tegur bahasa.


Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.


Sehubungan itu, saya berharap para pelajar dan pengguna bahasa tidak memadankan sesuatu perkataan dengan mana-mana imbuhan (awalan, akhiran, apitan atau sisipan) sesuka hati. Jika itu berlaku, maka sudah tentulah wujud perkataan yang direka-reka sahaja. Hal itu tentunya boleh menjejaskan perkembangan bahasa dan berlakunya penyelewengan penggunaan bahasa.

Cintailah Bahasa Kita

27 Mac 2009

koleksi Frasa / Unsur bahasa Menarik

Sebenarnya untuk mendapatkan frasa-frasa yang kita inginkan dalam apa bentuk atau jenis penulisan kita bukanlah mudah. Kita mesti banyak membaca tulisan/karangan oranglain untuk menambahkan khazanah/perbendaharaan kata-kata dalam benak kita. Dan dalam pembacaan tersebut, kita akan terjumpa frasa-frasa yang menarik hati kita, lantas kita catatkan dalam buku nota. Dan kerja tersebut tidak berakhir disitu saja. Kita digalakkan untuk melatih diri kita untuk menggunakan frasa-frasa yang kita temui itu dalam karangan atau tulisan kita. Barulah kita tahu, faham dan serasi dengan frasa-frasa tersebut. Jika frasa-frasa yang kita temui atau kita cipta tidak dipergunakan (malah disimpan seperti KAMUS), maka sampai bila pun tulisan/karangan kita tidak sampai kemana.

Sebagai contoh: MENTARI TELAH PENAT BERSINAR yang membawa makna hari telah masuk ke senja. Siapa yang mula mencipta frasa tersebut, tidak diketahui. Jadi, kalau kita pengapkan (simpan) saja seperti kamus tanpa dipraktikkan, kita akan terus menulis ditakuk lama seperti HARI TELAH PETANG atau SENJA. Kesenian perkataannya tiada langsung. Harap maaf kalau tulisan saya ini tidak menepati maksud yang dikehendaki.

1) Frasa bagi menggambarkan kegembiraan
hatiku terlonjak keriangan
bibirnya mengukirkan senyuman
deraian ketawa memecahkan kesunyian
menguntumkan senyuman yang melebar sehingga jelas kelihatan barisan giginya yang putih
wajahnya yang kelihatan berseri-seri itu menandakan keriangan yang benar-benar dirasai

2)Frasa bagi menggambarkan kesedihan
hatiku sebak menahan kepiluan
deraian manik-manik putih menitis di pipinya yang gebu
airmata bergenang di kelopak matanya yang bulat bersinar
duka yang terlara
hatiku remuk-redam menanggung kekecewaan
hatiku hancur-luluh bak kaca yang terhempas di lantai

3)Frasa bagi menggambarkan ketakutan
peluh sejuk mengalir di tubuhku
aku tercegat, berdiri kaku, membisu seribu bahasa
tubuh menggigil, menggeletar ketakutan
darah berderau
mata terbeliak, terperanjat

4)Frasa bagi mewujudkan unsur suspens
lembaga hitam berlalu pergi sepantas kilat di hadapan
derapan tapak kaki kedengaran
burung hantu bersahutan di tengah-tengah malam yang buta
anjing menyalak pada malam bulan yang sedang mengambang
daun-daun kering berguguran setelah ditiup angin kencang
angin bersiulan di luar pintu
awan hitam menandakan hujan akan turun dengan lebatnya

oklah setakat di sini sahaja saya sempat berkongsi dengan Alex frasa-frasa menarik , diharapkan ianya dapat membantu Alex sewaktu menulis karangan nanti. Jika saya ada idea lagi, saya akan menambahkannya di ruangan ini. Akhir kalam....wassalam daripada hamba yang hina ini.

Frasa-frasa yang boleh digunakan sewaktu menulis karangan yang berjenis fakta:

kemelut kehidupan - krisis/masalah di dalam kehidupan
mentelah lagi - tambahan lagi (in addition); digunakan sebagai penanda wacana
menjadi ukurtara terhadap kemajuan ekonomi - penanda yang dapat dijadikan bukti kemajuan ekonomi (an indication)
muat turun dari lelaman - download
taksiran harta - anggaran/jumlah harta yang dipunyai
bersekongkol dengan kumpulan ekstremis - bersubahat/berkomplot dengan orang jahat
menyelongkar rahsia - membongkar/mencari
tinjauan secara rambang - 'survey' secara agak-agak
jaringan kerjasama - 'networking'

kita perlu mengorak langkah
kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
manifestasi kesanggupan bangsa
manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
masalah sosial dan susila yang meruncing
masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
melangkah dengan seribu kekuatan
melontarkan soalan yang cukup penting
melupakan cita-cita yang lebih luhur
membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
membetulkan ketidaktepatan fakta
membimbing mereka memenuhi impian
membina impian masa depan yang lebih gemilang
membongkar kepincangan
membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
mempengaruhi minda generasi muda
mempertahankan perasaan saling bersefahaman
mempertingkat dan memperteguh kefahaman
mempraktikkan elemen tolak ansur
memudaratkan kesejahteraan rakyat
menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
menampilkan wajah baru yang disulami tekad
menangkis tuduhan yang tidak berasas
mencapai tahap yang mencemaskan
mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
mendapat perhatian dan liputan media massa
mendepani masa depan yang tidak menentu


-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
-mengambil langkah sederap
-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri
-mengundang kontroversi
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-
menjulang negara ke puncak jagat
-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
-menyambut gamitan menara impian
-menyebabkan imej negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul
-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat
-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
-pembentukan masyarakat sakinah
-
pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum menjelma
-petanda kehancuran generasi
-pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis


"Ikutlah resmi padi makin tunduk makin berisi.
Janganlah diikut resmi lalang makin tinggi makin tiada berisi."

Guru perlu tahu perkara ini…

Ditulis oleh : Fadzli / Friday, 27 March 2009

Pembangunan profesionalisme guru bertujuan untuk membangunkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang membolehkan guru mempunyai kompetensi untuk menjadi guru berkesan.

Perkara yang perlu dibangunkan ialah:

§ Pengetahuan umum pedagogi: yang terkandung di dalamnya strategi pengajaran, pengurusan kelas, pengetahuan tentang murid dan pembelajaran (learning)

§ Pengetahuan isi kandungan (subject matter) : pengetahuan tentang isi kandungan sesuatu bidang yang hendak diajar

§ Pengetahuan isi kandungan khusus pedagogi: kaedah mengajar sesuatu mata pelajaran (otomotif berbeza dengan bidang vokasional lain), pengetahuan tentang kurikulum dan bahan kurikulum

§ Pengetahuan tentang pelajar dan konteks pelajar , famili dan sekolah

§ Perkaitan antara teori dan praktis

§ Pengetahuan tentang strategi, teknik dan instrumen untuk mengekalkan suasana pembelajaran

§ Pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk berinteraksi dengan pelajar dari pelbagai budaya dan agama

§ Pengetahuan dan kemahiran menggunakan teknologi dalam pengajaran dengan berkesan

Berdasarkan keperluan di atas, banyak perkara perlu dikuasai oleh guru. Tidak semua perkara ini diperolehi semasa persediaan guru di institut pendidikan guru (IPG) atau institut pengajian tinggi (IPT). Sebahagian besar diperolehi pengalaman, kajian, pengamatan (observation) dan pembelajaran dari rakan guru yang lain.

(petikan dokumen Pembangunan Profesionalisme Guru Vokasional & Kemahiran)

06 Februari 2009

MENGARANG GAYA TFFP

Saya memperkenalkan satu kaedah mengembangkan isi karangan. Kaedah ini saya namakan TFFP, dan merupakan satu komponen dalam kaedah mengarang menggunakan formula yang saya perkenalkan beberapa tahun yang lalu. Yang berikut ialah penerangan ringkas tentang penggunaan kaedah TFFP.Makalah ini memperkenalkan satu kaedah menulis perenggan isi yang senang diikuti dan digunakan apabila menjawab soalan karangan jenis pendapat, perbincangan, atau fakta, mahupun jenis-jenis lain yang bercorak deskriptif. Malah jika dikuasai dengan baik, kaedah ini juga dapat membantu calon menulis karangan-karangan jenis lain termasuk karangan jenis syarahan, perbahasan, keperihalan, dan seumpamanya. Kaedah ini dinamakan Kaedah TFFP. Kaedah ini agak berlainan daripada panduan-panduan yang pernah diketengahkan sebelum ini. Hal ini demikian kerana penulisan ayat isi bagi sesuatu perenggan dipecahkan kepada empat bahagian iaitu:
i. Ayat Topik ( T )
ii. Huraian Frasa 1 (F1)
iii. Huraian Frasa 2 (F2)
iv. Penegasan/Rumusan Perenggan. (P)
Ayat Topik (T)Ayat Topik ialah ayat untuk mengetengahkan isi bagi karangan. Isi pula ialah idea utama atau perkara penting yang merujuk kepada soalan karangan yang ditulis. Pelajar dinasihati menggarisi kata kunci dalam soalan sebelum menyenaraikan isi karangan. Amalan ini akan mengelakkan karangan yang ditulis itu terkeluar daripada tajuk perbincangan.
Ayat topik digalakkan untuk ditulis dengan memasukkan dua unsur penting dalam dua frasa. Frasa pertama menjadi fokus isi. Frasa kedua pula merupakan pelengkap kepada fokus isi berkenaan. Ayat isi yang hanya menyertakan fokus sahaja tidak begitu baik kerana tidak lengkap dan tidak menampakkan kematangan fikiran orang yang menulisnya. Cuba bandingkan kedua-dua ayat yang yang berikut:
1(a) Satu langkah untuk mengatasi krisis air adalah dengan melaksanakan kempen.
1(b) Satu langkah untuk mengatasi krisis air adalah dengan melaksanakan kempen yang lebih berkesan.
2(a) Punca gejala cetak rompak terus berleluasa adalah disebabkan tidak ada tindakan yang tegas.
2(b) Punca gejala cetak rompak terus berleluasa adalah disebabkan tidak ada tindakan yang tegas dilaksanakan terhadap pembeli, penjual, dan pengilang yang terlibat.
3(a) Antara kesan pelaksanaan sekolah satu sesi adalah pelajar mempunyai lebih banyak masa untuk belajar.
3(b) Antara kesan pelaksanaan sekolah satu sesi adalah pelajar mempunyai lebih banyak masa untuk belajar di bawah penyeliaan guru-guru.
Ayat 1(b), 2(b), dan 3(b) lebih mantap kerana lebih jelas dan lengkap. Semasa membuat huraian, ayat 1(b), 2(b), dan 3(b) memberi ruang yang lebih bagi pelajar menunjukkan kematangan fikiran mereka. Justeru pelajar mempunyai lebih banyak idea untuk dikembangkan. Perkara ini akan membantu pelajar untuk mengatasi masalah ketidakcukupan jumlah perkataan dalam karangan.
Biasanya ayat topik atau isi utama ialah isi karangan yang telah ditetapkan oleh pelajar semasa membuat draf atau perancangan menulis karangan. Cara inilah yang biasanya diajar oleh guru-guru di sekolah. Amalan merancang atau menulis isi terlebih dahulu sebelum menulis adalah baik kerana mengelakkan pelajar daripada lupa. Jadi, pelajar dinasihati supaya mengamalkan cara ini setiap kali menulis karangan. Yang penting, guru-guru perlu melatih pelajar supaya menulis ayat topik yang terdiri daripada dua frasa yang boleh dihuraikan dengan lebih panjang.
Frasa 1 dan Frasa 2Seperti yang disarankan, ayat topik hendaklah terdiri daripada dua frasa. Contohnya, cuba lihat ayat-ayat topik yang berikut:
i. Satu langkah untuk mengatasi krisis air adalah dengan melaksanakan kempen yang lebih berkesan.
ii. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap orang yang mencuri air.
iii. Langkah lain yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi krisis bekalan air adalah dengan mengawal penebangan hutan di kawasan tadahan.
iv. Seterusnya, krisis bekalan air juga dapat ditangani dengan menggantikan saluran paip yang rosak dengan paip yang tahan lebih lama.
Jika diperhatikan ayat-ayat topik yang disenaraikan, setiap ayat dibina dengan menggunakan dua frasa yang utama dan boleh dihuraikan secara berasingan.
Ayat (i) misalnya, Frasa 1 (F1) ialah melaksanakan kempen. Frasa 2 (F2) pula ialah yang lebih berkesan.
Dalam ayat (ii) F1 ialah mengambil tindakan tegas, dan F2 pula ialah orang yang mencuri air. Semasa membuat huraian, pelajar boleh menghuraikan kedua-dua frasa tersebut secara berasingan sebelum merumuskan kedua-dua dalam satu atau dua ayat yang lengkap. Contoh-contoh boleh disertakan semasa menghuraikan kedua-dua frasa berkenaan. Begitu juga halnya dengan isi-isi yang lain. Perkara penting yang perlu dikuasai oleh pelajar ialah cara untuk membahagikan ayat isi mereka kepada frasa-frasa yang dapat dihuraikan dengan sistematik.
Penegasan/Rumusan Perenggan (P)
Setiap perenggan wajar disimpulkan dengan rumusan bagi perenggan berkenaan. Penanda wacana yang disesuaikan wajar digunakan bagi menunjukkan bahawa perenggan tersebut telah ditutup dengan baik. Contohnya:
i. Jadi, dengan kempen yang lebih berkesan, krisis air yang berlaku sekarang dapat diatasi dengan lebih cepat.
ii. Oleh hal yang demikian, pihak berkuasa wajar bertindak tegas terhadap orang yang mencuri air untuk memastikan krisis air dapat ditangani secepat yang mungkin.
iii. Justeru, penebangan hutan di kawasan tadahan perlu dikawal agar krisis air tidak terus mengancam kehidupan masyarakat.
iv. Jadi, penggantian saluran paip yang lama perlu disegerakan agar krisis air yang berlaku sekarang tidak berterusan.
Menulis perenggan isi
Setelah mengenal pasti perkara-perkara tersebut, maka pelajar boleh menulis perenggan mengikut kaedah yang dicadangkan iaitu kaedah T, F1, F2, dan P. Dalam setiap perenggan, keempat-empat perkara tersebut perlu dititikberatkan supaya perenggan yang ditulis itu lengkap dan menarik. Selain itu calon dapat menulis dalam jumlah perkataan yang lebih banyak.Ayat (i) dapat dihuraikan dengan mudah apabila pelajar menghuraikannya mengikut frasa yang telah ditetapkan. Frasa 1 boleh dihuraikan seperti yang berikut:
Huraian F1 (melaksanakan kempen)
Kempen merupakan cara yang paling mudah untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Pelbagai media boleh digunakan oleh menyalurkan maklumat tentang kepentingan amalan penjimatan air. Contohnya, surat khabar, radio, dan televisyen ialah media yang sentiasa dekat dengan masyarakat. Selain itu kempen secara langsung dari rumah ke rumah juga wajar dilaksanakan.
Huraian F2 (yang lebih berkesan)
Selama ini kempen yang dilaksanakan kurang berkesan kerana tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Pihak yang berkenaan melaksanakannya tidak ubah seperti melepaskan batuk di tangga. Kini tibalah masanya pihak-pihak nyang terbabit bertindak dengan lebih agresif agar kempen penjimatan air mencapai matlamat yang diharapkan.
Kedua-dua huraian ini dicantumkan dalam satu perenggan bersama-sama ayat isi dan juga rumusan perenggan. Maka perenggan tersebut akan menjadi sebuah perenggan yang lengkap seperti yang berikut.
Satu langkah untuk menjimatkan air adalah dengan melaksanakan kempen yang lebih berkesan. Kempen merupakan cara yang paling mudah untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Pelbagai media boleh digunakan untuk menyalurkan maklumat tentang kepentingan amalan penjimatan air. Contohnya, surat khabar, radio, dan televisyen ialah media yang sentiasa dekat dengan masyarakat. Selain itu kempen secara langsung dari rumah ke rumah juga wajar dilaksanakan. Selama ini kempen yang dilaksanakan kurang berkesan kerana tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Pihak yang berkenaan melaksanakannya tidak ubah seperti melepaskan batuk di tangga. Kini, tibalah masanya pihak-pihak yang terbabit bertindak dengan lebih agresif agar kempen penjimatan air mencapai matlamat yang diharapkan. Jadi, dengan kempen yang lebih berkesan, krisis air yang berlaku sekarang dapat diatasi dengan lebih cepat. (110 perkataan)
Dengan berdasarkan penjelasan yang diberi, pelajar-pelajar boleh mencuba untuk membahagikan ayat-ayat topik yang berikut kepada F1 dan F2. Selepas itu cuba huraikan setiap frasa itu dengan jelas dan cantumkan huraian-huraian itu supaya menjadi perenggan isi yang lengkap.a.
a. Antara punca pencemaran sungai ialah pembuangan sisa toksik oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
b. Aktiviti kokurikulum mendidik pelajar supaya menjadi lebih berdisiplin.
c. Salah satu cara untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya adalah dengan menguatkuasakan undang-undang yang tegas terhadap pengguna jalan raya yang ingkar.
Perenggan contoh
Ayat topik : Punca gejala cetak rompak terus berleluasa adalah disebabkan tidak ada tindakan yang tegas dilaksanakan terhadap pembeli, penjual, dan pengilang yang terlibat.
F1 : tidak ada tindakan yang tegas
F2 : terhadap pembeli, penjual, dan pengilang yang terlibat.Huraian lengkapPunca gejala cetak rompak terus berleluasa adalah disebabkan tidak ada tindakan yang tegas dilaksanakan terhadap pembeli, penjual, dan pengilang yang terlibat.
Selama ini tindakan yang dilaksanakan bersifat mengikut musim. Pegawai yang diamanahkan untuk bertindak memiliki sikap tidak ubah seperti pahat dengan pemukul. Tindakan hanya dilakukan dalam tempoh yang terhad. Selain itu tindakan yang dijalankan juga tidak begitu tegas dan hanya untuk memenuhi rutin kerja pegawai-pegawai yang terbabit. Ada juga unsur-unsur penyelewengan yang berlaku sehingga menyebabkan gejala ini tidak dapat diatasi. Satu bentuk tindakan yang menyeluruh patut dikuatkuasakan terhadap semua pihak yang menyebabkan gejala ini berlaku. Tindakan patut dikenakan terhadap pembeli, penjual, dan pengilang bahan-bahan cetak rompak. Ketiga-tiga golongan ini merupakan penyebab utama berlaku gejala tersebut. Tindakan terhadap satu pihak sahaja tidak akan meninggalkan kesan yang diharapkan. Oleh yang demikian satu bentuk tindakan yang lebih tegas patut dilaksanakan meliputi semua pihak yang terbabit dalam gejala ini. (140 perkataan)
Rasionalnya, jika satu perenggan isi mengandungi lebih daripada 100 perkataan, karangan calon sudah pasti dapat memenuhi kehendak jumlah perkataan seperti dalam soalan. Oleh itu calon layak mendapat markah yang tinggi dengan syarat isi-isi tersebut adalah mantap, bahasa baik dan bervariasi, menepati tajuk, dan dipersembahkan dengan baik. Selain itu contoh-contoh dapat diberi dengan lebih banyak iaitu semasa menghuraikan kedua-dua frasa dalam ayat topik secara berasingan. Maka cara ini dapat membantu calon mengatasi beberapa kelemahan dalam menulis karangan, terutama dari aspek jumlah perkataan.

TEMA DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU

TEMA KARANGAN TINGKATAN 4

TEMA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 4Unit 1 : SENARIO MASYARAKAT KITA
Masyarakat Malaysia Alaf Baru
Tradisi Kejiranan Dalam Masyarakat
Unit 2 : AMBANG REMAJA
Remaja dan Cabaran
Remaja dan Keluarga
Disiplin Remaja dan Kokurikulum
Unit 3 : DUNIA SEMAKIN CANGGIH
Kad Elektronik
Budaya Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi
E-mel dan andaUnit 4 : KERANAMU Malaysia
Patriotisme
Malaysia Alaf Baru
PengorbanankuUnit 5 : MELESTARIKAN ALAM SEKITAR
Pendidikan Alam Sekitar
Kualiti Udara
Pencemaran Sungai KitaUnit 6 : RIADAH
Hobi, Sukan dan Rekreasi
Cabaran di Puncak Kinabalu
Hobi dan CabarannyaUnit 7 : GENERASI KITA
Wawasan Generasi Kita
Patriotisme Generasi Muda
Generasi PelapisUnit 8 : GAYA HIDUP SIHAT
Amalan Gaya Hidup Sihat
Remaja dan Kesihatan
Obesiti dan Pencegahannya
Unit 9 : KERJAYA
Minggu Kerjaya
Cita-cita dan Kerjaya
Surat PermohonanUnit 10 : WARISAN BANGSA
Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah
Warisan Seni Bina MelayuTradisional
Pemuliharaan Warisan SejarahUnit 11 : INDUSTRI PELANCONGAN MALAYSIA
Kebudayaan dan Pelancongan
Malaysia dan Destinasi PelanconganWarna-warna Malaysia

TEMA KARANGAN TINGKATAN 5

UNIT 1 : RUMAH TERBUKA RAKYAT MALAYSIA
Rumah Terbuka AidilfitriRumah Terbuka MalaysiaKemanusiaan SejagatUNIT 2 : PENDIDIKAN ALAF INIE-PendidikanPendidikan MayaKepentingan Ilmu Dalam Era GlobalisasiUNIT 3 : PENGANGKUTAN ALAF INITren ERLKejayaan Negara dalam Perindustrian Tren LajuHarapan Masa DepanUNIT 4 : BANDAR PINTAR MALAYSIABandar dalam TamanPutrajaya Mercu Tanda Kemajuan NegaraPerpaduan Menjamin KeamananUNIT 5 : ALAM PEKERJAANKerjaya Masa DepanKejayaan dalam kerjayaImpian, Usaha dan KejayaanUNIT 6 : PENDIDIKAN INDUSTRIPendidikan Industri di IPTPendidikan Industri Teras Pembangunan NegaraCabaran Pendidikan IndustriUNIT 7 : BIOLEMBANGANKejayaan Melalui PertanianBioteknologi dalam PertanianPerkembangan PertanianUNIT 8 : PELABURANPelaburan Mengubah Masa DepanPelaburan Menerusi Saham AmanahPelaburan Dalam Sektor HartanahUNIT 9 : TELEPERUBATANKesihatan Sepanjang HayatAmalan Pemakanan SeimbangCegah Sebelum ParahUNIT 10 : SUKAN SEANTERO DUNIAMalaysia Jaguh Sukan SEASukan Mengharumkan Nama NegaraMalaysia Penganjur Sukan AntarabangsaUNIT 11 : KOMUNIKASI GLOBALMykad Ciptaan Kita Internet dan Dunia Tanpa SempadanSeni Sastera Khazanah BangsaUNIT 12 : PELESTARIAN BUDAYA WARISANMemelihara Budaya BangsaAnugerah Seni NegaraAdat Perkahwinan Masyarakat Malaysia

KOLEKSI SOALAN KARANGAN RESPONS TERBUKA

Masyarakat Malaysia masih kurang memberikan pengiktirafan kepada golongan yang terlibat dalam bidang sastera berbanding dengan masyarakat negara maju.
Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memartabatkan golongan ini.
2005 (J)
Sastera tradisional seperti pantun, syair, gurindam, seloka dan cerita rakyat semakin kurang diminati.
Huraikan peranan pelbagai pihak untuk mempopularkan sastera tradisional ini.
2005 (N)
”Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat” bermaksud perpaduan dapat diwujudkan melalui kerjasama anggota masyarakat.
Berdasarkan maksud peribahasa tersebut, tulis cerpen yang menggambarkan kerjasama dalam kehidupan masyarakat majmuk.
2006 (J)
Remaja kini kurang berminat untuk membaca karya yang bertemakan semangat patriotik.
Berikan saranan anda bagaimana untuk menggalakkan remaja supaya membaca karya-karya yang bertemakan semangat patriotik.
2006 (N)
Penghayatan nilai-nilai murni dalam karya sastera dapat membentuk peribadi yang baik dalam kalangan pembaca.
Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.
2007 (J)
Pembacaan karya-karya sastera dapat meningkatkan penguasaan bahasa, kemahiran menghasilkan karya kreatif dan penerapan nilai-nilai murni dalam diri murid.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
2007 (N)
Tulis sebuah cerpen atau skrip drama yang berakhir dengan dialog di bawah.
Adam : Aku menyesal; segala-gala yang aku lakukan selama ini
memang salah !
Haris : Syukurlah, engkau telah sedar! Masih belum terlambat
untuk engkau kembali ke pangkal jalan
2008 (J)
Peribahasa ’ Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam’ membawa maksud bahawa orang yang kurang pandai kalau rajin belajar akan berjaya juga akhirnya.
Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa di atas.
2008 (N)
5. Yang kurik itu kundiYang merah itu sagaYang baik itu budiYang indah itu bahasa.Pantun di atas menjelaskan bahawa budi bahasa penting dalam kehidupan manusia. Bincangkan kepentingan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat.
DIMENSI SERANTAU/ GLOBAL/ ANTARABANGSA
TAHUN
SOALAN
2004 (N)
Dunia hari ini penuh dengan persaingan. Untuk mendapatkan pekerjaan, kelulusan akademik semata-mata tidak cukup. Banyak faktor lain yang perlu dikuasai untuk membolehkan seseorang itu berjaya dalam kerjaya yang akan diceburi sesuai dengan perkembangan dunia tanpa sempadan.
Tulis sebuah rencana tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang pelajar untuk menghadapi persaingan kerja pada masa akan datang.
2005 (J)
Hubungan baik antara Malaysia dengan negara-negara jiran wajar dipelihara.
Bincangkan.
2005 (N)
Pada masa ini, persengketaan dan peperangan masih berlaku di beberapa tempat. Hal ini telah menjejaskan keharmonian sosial dan perkembangan ekonomi dunia.
Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.
2006 (J)
Malaysia mementingkan kesejahteraan dan keamanan dunia sejagat. Oleh sebab itu, kita tidak menyokong sebarang bentuk keganasan dan peperangan sebagai jalan penyelesaian sesuatu masalah.
Huraikan peranan yang wajar dimainkan oleh negara kita untuk terus mengekalkan kesejahteraan dan keamanan dunia.
2006 (N)
Masalah jerebu yang berlaku dirantau ini dapat ditangani secara berkesan melalui kerjasama dengan negara-negara jiran.
Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani masalah tersebut.
2007 (J)
Anda mengambil bahagian dalam pertandingan bahas di peringkat daerah. Tajuk perbahasan itu ialah ’ Kemasukan Pekerja Asing Membawa Kebaikan Kepada Negara’.
Tulis hujah-hujah anda sebagai pencadang dalam pertandingan itu.
2007 (N)
Kemiskinan masih menjadi masalah utama di kebanyakan negara, walaupun terdapat banyak negara kaya di dunia.
Sarankan bentuk sumbangan yang dapat diberikan oleh negara-negara kaya untuk membantu negara-negara miskin.
2008 (J)
Rakyat Malaysia yang berada di luar negara dapat memainkan peranan untuk mempromosikan negara kita dalam pelbagai aspek pada peringkat antarabangsa.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
2008 (N)
Penyertaan setiap negara dalam pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa dapat mengeratkan hubungan masyarakat dunia.Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
DIMENSI MASYARAKAT/ KERAJAAN/ NEGARA
TAHUN
SOALAN
2004 (N)
Anda mempunyai tokoh sanjungan kerana pencapaian cemerlang tokoh tersebut dalam bidang yang diceburinya. Tokoh sanjungan ini menjadi pendorong untuk anda mencapai kejayaan dalam kehidupan.
Nyatakan tokoh sanjungan anda itu dan jelaskan sebab-sebab kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada anda untuk mencapai kecemerlangan.
2005 (J)
Anda akan menyertai pertandingan syarahan sempena Kempen Budi bahasa dan Nilai-Nilai Murni. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah ” Budi Bahasa Amalan Mulia”
Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.
2005 (N)
Pencapaian beberapa jenis sukan di negara kita perlu ditingkatkan. Sehubungan itu, Kementerian Belia dan Sukan juga persatuan sukan perlu mengatur strategi bagi mengembalikan kegemilangan mutu sukan negara.
Tulis rencana tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berkenaan bagi meningkatkan mutu sukan negara.
2006 (J)
Masyarakat berperanan penting bagi mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara kita.
Jelaskan aktiviti-aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh masyarakat untuk menjayakan hasrat tersebut.
2006 (N)
Industri pertanian memberikan sumbangan yang semakin penting dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Berikan saranan anda tentang peranan pelbagai pihak dalam memajukan industri pertanian di negara kita
2007 (J)
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjayakan kempen antimerokok yang telah dilancarkan oleh kerajaan. Sebagai rakyat yang prihatin, anda ingin menulis sebuah rencana dalam akhbar tempatan.
Tajuk rencana itu ialah ’ Kesan Buruk Tabiat Merokok Terhadap Kesihatan ’.
Tulis rencana itu selengkapnya.
2007 (N)
Kerajaan telah menubuhkan banyak institusi pendidikan berasaskan kemahiran seperti Kolej Komuniti, institut Latihan Perindustrian dan Pusat Giat Mara. Antara tujuannya termasuklah untuk melatih golongan belia supaya lebih bersedia dalam menghadapi alam pekerjaan.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
2008 (J)
Anda mewakili sekolah dalam pertandingan pidato peringkat negeri. Tajuk pidato ialah ’Dadah Membawa Padah’.
Tulis teks pidato itu selengkapnya.
2008 (N)
Penyakit demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes merupakan ancaman yang membimbangkan negara.Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya penyakit ini dan langkah-langkah bagi menanganinya.
DIMENSI KELUARGA
TAHUN
SOALAN
2004 (N)
Anda akan mewakili sekolah anda dalam satu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan tersebut ialah ” Keluarga Bahagia Penjana Masyarakat Harmoni ”
Tulis syarahan itu selengkapnya.
2005 (J)
Ada pihak yang berpendapat bahawa masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja berpunca daripada kegagalan institusi keluarga.
Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.
2005 (N)
Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu pendidikan anak-anak sebenarnya bermula di rumah.
Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.
2006 (J)
Peranan ibu bapa, sokongan ahli keluarga dan usaha diri sendiri banyak mempengaruhi kejayaan seseorang pada masa depan.
Berikan komen anda tentang pernyataan di atas.
2006 (N)
Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia. Jasa mereka kepada kita tidak ternilai harganya. Sempena sambutan Hari Keluarga, anda diminta untuk menyampaikan ceramah bertajuk ”Menghargai Jasa Ibu Bapa”
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.
2007 (J)
Keluarga anda mengadakan majlis rumah terbuka bersempena dengan sambutan hari perayaan. Ramai saudara, rakan dan jiran mengunjungi majlis tersebut.
Jelaskan kebaikan-kebaikan mengadakan majlis rumah terbuka.
2007 (N)
Pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu banyak membawa kebaikan kepada keluarga dan negara.
Jelaskan kebaikan-kebaikan pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu
2008 (J)
Hubungan baik antara ahli keluarga dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga.
Bincangkan.
2008 (N)
Setiap orang ingin akan kawasan petempatan yang terancang untuk tinggal bersama-sama keluarga tersayang.Jelaskan ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman anda sekeluarga.
DIMENSI DIRI/ INDIVIDU/ REMAJA
TAHUN
SOALAN
2004 (N)
Golongan remaja merupakan aset penting kepada negara pada masa hadapan. Mereka bakal menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga yang memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara daripada pelbagai ancaman.
Sebagai remaja yang berwawasan, bincangkan peranan anda untuk mencapai ketiga-tiga hasrat tersebut
2005 (J)
Pelbagai cabaran perlu anda hadapi sebelum sesuatu cita-cita itu dicapai.
Jelaskan cabaran-cabaran tersebut serta langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk mengatasinya.
2005 (N)
Remaja memang suka mengikut trend semasa dari segi gaya hidup dan berpakaian. Trend ini akan mempengaruhi budaya hidup masyarakat Malaysia pada masa akan datang.
Ulas pernyataan di atas
2006 (J)
Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah sempena Hari Kesihatan Sedunia. Tajuk syarahan anda ialah “Amalan Gaya Hidup Sihat”.
Sediakan teks syarahan anda selengkapnya
2006 (N)
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) penting dalam kehidupan pada masa ini.
Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan menguasai kemahiran ICT
2007 (J)
Setiap individu perlu mengamalkan sifat berjimat-cermat.
Huraikan cara-cara anda melaksanakan amalan ini.
2007 (N)
Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk syarahan anda ialah ’Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti ’
Sediakan teks syarahan itu selengkapnya.
2008 (J)
Kitar semula merupakan satu daripada kaedah pengurusan bahan terbuang.
Jelaskan kebaikan-kebaikan amalan kitar semula
2008 (N)
Sebagai setiausaha sidang redaksi majalah sekolah, anda ditugaskan untuk menyediakan satu laporan tentang Majlis Anugerah Cemerlang yang diadakan di sekolah anda.Sediakan laporan itu selengkapnya

KARANGAN RESPONS TERBUKA ( SPM 2008 N )

1. Sebagai setiausaha sidang redaksi majalah sekolah, anda ditugaskan untuk menyediakan satu laporan tentang Majlis Anugerah Cemerlang yang diadakan di sekolah anda.Sediakan laporan itu selengkapnya.
2. Setiap orang ingin akan kawasan petempatan yang terancang untuk tinggal bersama-sama keluarga tersayang.Jelaskan ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman anda sekeluarga.
3. Penyakit demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes merupakan ancaman yang membimbangkannegara.Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya penyakit ini dan langkah-langkah bagi menanganinya.
4. Penyertaan setiap negara dalam pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa dapat mengeratkan hubunganmasyarakat dunia.Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
5. Yang kurik itu kundiYang merah itu sagaYang baik itu budiYang indah itu bahasa.Pantun di atas menjelaskan bahawa budi bahasa penting dalam kehidupan manusia.Bincangkan kepentingan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat.

ULASAN BM 1 2008 (N)

Soalan 5 : Kepentingan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat.Tema 2 ( Tingkatan 4 ) : Ambang Remaja.Fokus : Kepentingan amalan berbudi bahasaIsi jawaban :1. Mengeratkan hubungan antara individu dengan orang lain/ menjalin kemesraan dalam masyarakat2. Mengelakkan pertelingkahan dan prasangka antara kaum dan agama3. Mengukuhkan jati diri remaja4. Mencapai matlamat Wawasan 2020 - negara maju dengan masyarakat yang berbudi bahasa.

PENANDA WACANA

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh penanda wacana seperti berikut:1. Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping2. Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya3. Penyataan semula: iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan4. Contoh: contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai5. Rumusan: rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata6. Tempat: berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan7. Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya8. Sebab dan kesan: oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu9. Bandingan: seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan10. Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan11.Pengesahan: sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya