Laman sesawang yang memaparkan pelbagai maklumat tentang penggunaan, pengajaran dan pemelajaran bahasa Melayu secara maya. Laman sesawang ini diharap boleh menjadi laman sumber bersifat interaktif yang dapat membantu para pengguna bahasa Melayu, khasnya para pelajar dan guru-guru dalam memperkasakan dan menobatkan penggunaan bahasa Melayu secara gramatis selaras sengan perkembangan bahasa kita yang kian pesat.
09 Februari 2016
Selamat datang ke blog cikgubmanda.blogspot.com. Hari ini ada sedikit ruang untuk saya berada dalam blog ini selepas sekian lama saya tidak berkesempatan mengemaskininya. Insya-Allah selepas ini saya akan berusaha untuk kembali aktif sebagai blogger laman ini demi kemaslahatan bersama. Saya juga berharap agar laman ini boleh menjadi ruangan yang sesuai untuk menyalurkan pelbagai maklumat mengenai Bahasa Melayu serta perkara-perkara berkaitan dengan pendidikan dan pengetahuan am serta isu semasa.
Jumpa lagi.
Wassalam
07 Ogos 2012
Blog http://cikguanda.blogspot.com telah diselidiki oleh webstats.com dengan empat bintang. Maklumat ini boleh dilihat dalam enjin carian google.com dengan menaip kata carian cikguanda.
Statistik :
Asas penilaian webstats.com ke atas laman blog dan sesawang seluruh dunia ialah seperti berikut :
Webutation - Website Reputation
webutation.net makes the web a safer place
Webutation is an open community about Website Reputation and •collects user feedback and customer experience about websites.
•tests websites against spyware, spam and scams with smart scanning technology in realtime.
•queries ◦Google Safebrowsing against badware and phising fraud (which is used in Firefox as well and updates every half hour).
◦Website Antivirus which scans sites against adware (popups), spyware (outgoing links) and viruses.
◦WOT which collects some reviews about websites.
◦Norton Safe Web
•as well as many other website feedback resources.
We rely on your support to make the web a safer place...
Please rate websites to help others...
Quick & Easy Bookmarklet:
• Webutation Check « Just move this link into your bookmark-bar.
How are the ratings calculated?
We use a sophisticated algorithm that uses information from a variety of information sources to determine the Webutation rating scores.
A big part is the feedback that webutation users leave in their ratings and comments.
Additionally we use the information from numerous other trusted sources to access a website´s trustworthiness: •tools like Google Safebrowsing or Norton Antivirus to check for malicious software and other dangerous elements
•phishing and malware blacklists like phishtank.com to warn you against scamming sites
•WOT (was schreibt man dazu?)
Menurut webstats.com juga carian paling banyak dibuat oleh pengunjung ialah mengenai rakyat malaysia berbilang kaum yang mencecah 295,000 (dikemaskini pada 21.11.2011), diikuti oleh contoh karangan kegunaan pokok pisang dengan 236,000 carian (21.10.2011), karangan tentang tempat-tempat menarik di malaysia dengan 92,200 carian (12.06.2012) dan item lain mencecah lebih 10,000 carian.
Hal ini memperlihatkan ramai pengunjung yang berminat membuat carian berhubung dengan isu semasa dan karangan contoh bagi calon-calon
10 November 2011
GENRE NOVEL TINGKATAN 3 MENGIKUT ZON
Mulai sesi persekolahan 2012, murid di seluruh negara akan menggunakan teks novel yang baharu mengikut zon tetapi bilangan novel yang terpilih sebanyak tiga buah sahaja berbanding empat buah novel semasa di tingkatan 1 dan 2. Berikut disenaraikan novel yang ditetapkan mengikut zon:
GENRE NOVEL MENGIKUT ZON YANG DITETAPKAN
Zon
Negeri-negeri yang terlibat
Judul Novel Tingkatan 3
1
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu dan Kelantan
6:20
(Siti Jasmina Ibrahim)
2
Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, dan Pahang
Merenang Gelora
(Ruslan Ngah)
3
Johor, Sabah, Sarawak dan WP Labuan
Cempaka Putih Untukmu
(Rohani Deraman)

06 September 2011
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2011
Jika anda berminat mendapatkan koleksi soalan peperiksaan percubaan 2011 daripada negeri-negeri di seluruh Malaysia sila klik pautan SOALAN di atas.
14 Mei 2011
CATATAN SEORANG GURU (ii)
Seorang pujangga pernah menukil cheritera,
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta...
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Kata orang,
Dialah kandil kemerlap pada malam gelita
Diala purnama berkaca dalam cerah cahaya
Dialah dian yang membakar diri
Dialah memberi tanpa meminta balasnya budi
Dialah menghulur tanpa diketahui tangan kirinya
Dialah anak jati yang bersemangat tinggi
Dia, guru itu
Saban hari, kerjanya mengajar tulis, baca, kira
Di situ, anak-anak mengenal erti huruf dan suku kata
Di situ, anak-anak mengerti makna kata dan gunanya
Di situ, anak-anak memahami erti, ilmu itu apa?
Wajah hatinya sebersih wajah nabi.
Hari ini kuajar mengenal huruf agar esok nanti mengenal kata,
Hari ini kau kenal makna esok nanti kau tahu bual bicara,
Hari ini seorang guru mencatat cerita hidupnya dalam diari kecil sahaja
esok nanti catatanya menjadi riwayat seorang Perdana Menteri.
Dialah, guru itu
Dialah yang melukis dengan berus cinta dan kanvas putihnya
Dialah yang mencorak garis, kotak, bulat, bujur dan segala bentuknya
Dialah yang menghias bunga, daun, ranting dan segala bentuk pohonnya
Dialah, guru itu
Hari ini masih mengajar di situ dan saban pagi muridnya memanggilnya, guru
Dialah nanti orang panggil guru meski jalannya bertongkat kayu
Dialah nanti orang panggil guru meski nanti hanya tinggal nisannya yang kaku.
WAN BUANAN WAN HUSSAIN
Inderapura, Kuantan
Mei 2011

28 April 2011
BUNTING PROGRAM SIVIK
20 April 2011
ARAHAN TUGASAN
Perhatian :
Semua murid tingkatan 2D, 3B, 3F dan 5E dikehendaki muat turun bahan pembelajaran dengan klik pautan BAHAN di atas. Anda akan dibawa ke laman lain berkait dengan pembelajaran hari ini atau mingu ini. Sila patuhi arahan yang ditetapkan bagi setiap bahan.

23 Mac 2011
KEPUTUSAN SPM 2010
Hari ini 23 Mac 2011, keputusan SPM 2010 diumumkan. 22 calon mendapat keputusan semua A dalam 10 atau 9 mata pelajaran yang diambil. Mata pelajaran Bahasa Melayu di MRSM Kuantan berada pada kedudukan ke-3 daripada 38 buah MRSM seluruh Malaysia. Semua calon daripada 214 orang yang menduduki SPM mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (100% A).
Tahniah buat semua pentadbiran, guru dan calon yang berusaha untuk mencapai impian itu.

03 Februari 2011
Isu-isu Pendidikan Bahasa Melayu (Bahagian 1)
1. Isu Falsafah - Apa dan Mengapa
Falsafah merupakan induk segala pemikiran, konsep dan kegiatan manusia sepanjang zaman. Segala yang difikirkan, yang direncanakan dan dilaksanakan oleh manusia berlatarkan falsafah tertentu. Bidang pendidikan bahasa tidak terkecuali daripada fitrah tersebut. Untuk menghayati isu falsafah yang berkaitan dengan pendidikan bahasa, pertama-tama perlu dipecahkan persoalan pokok yang berkaitan dengan apakah bahasa, bagaimanakah bahasa diperoleh dan mengapakah bahasa diajarkan dan dipelajari?
Isu apakah bahasa sudah dibincangkan sejak ratusan tahun sebelum Masihi, khususnya oleh ahli-ahli falsafah Yunani dan kemudian dilanjutkan oleh ahli falsafah dan ahli linguistik Barat sehingga abad mutakhir. Ahli falsafah Islam turut memberikan kupasan tentang isu tersebut walaupun historiografi linguistik, yang kebetulan didominasi oleh orang Barat, tidak menonjolkan peranan dan sumbangan pemikiran ahli falsafah Islam dalam bidang itu. Secara ringkas, konsep bahasa menurut pandangan sarjana Barat berkaitan dengan tiga pandangan yang bertentangan.
Yang pertama melihat bahasa sebagai suatu sistem yang arbitrari atau sewenang-wenang. Falsafah yang melatari pandangan ini ialah naturalisme dan behaviourisme.Yang kedua pula melihat bahasa sebagai suatu bahagian dan proses akal. Falsafah yang melatarinya ialah mentalisme. Yang ketiga melihat bahasa sebagai suatu sistem sosial. Falsafah yang melatarinya ialah fungsionalisme. Ketiga-tiganya dihuraikan dalam kerangka falsafah yang tidak memperlihatkan tolak ansur atau pencarian jalan tengah. Kesan daripada tiga falsafah yang saling bertentangan walaupun pada hakikatnya dapat disepadukan itu ialah munculnya tanggapan yang berlainan tentang matlamat dan kaedah sesuatu bahasa diajarkan (lihat perbincangan selanjutnya tentang matlamat pendidikan bahasa dan kaedah pendidikan bahasa).
Menurut pandangan Islam, bahasa merupakan salah satu fakulti yang terdapat dalam akal dan potensi berbahasa telah dikurniakan sebelum manusia lahir ke dunia. Dengan demikian, bahasa bersifat ternurani. Al-Qur’an menggambarkan perihal potensi itu melalui dialog Allah sebagai khaliq dengan anak-anak Adam yang masih di alam roh dalam suatu baiah atau kontrak tauhid (al-A`raf, ayat 172). Chomsky menamai bahasa sebagai bahagian dalam akal sebagai innate capacity dan kalangan ahli linguistik mentalisme menamai bahagian dalam otak yang menampung potensi bahasa sebagai Alat Pemerolehan Bahasa (Language Acquitision Device). Daripada sudut ciri kenuranian bahasa, terdapat keselarasan antara pandangan sarjana Barat yang beraliran mentalisme dengan penjelasan agama Islam, sama halnya dengan keselarasan hurian ahli astronomi Barat dengan penjelasan agama Islam perihal sistem peredaran planet di orbitnya masing-masing atau tentang hakikat saintifik yang lain.
Pandangan bahawa bahasa merupakan suatu tingkah laku sebagaimana yang dipercayai oleh pendukung behaviorisme dapat diterima selama pengertian bahasa tidak dihadkan pada tingkah laku yang spontan atau tidak berhubungan dengan akal. Memang penguasaan bahasa dapat dibentuk melalui proses pelaziman, tetapi kaedah itu bukan satu-satunya cara bahasa diperoleh oleh manusia. Sementara itu, tidak ada pula salahnya anggapan bahawa bahasa merupakan gambaran sistem sosial, iaitu seperti yang dipertahankan oleh ahli fungsionalisme.
Oleh itu, dalam menghadapi polemik yang berkaitan dengan isu falsafah tentang apakah bahasa, para pendidik bahasa perlu bersikap terbuka dan tidak taksub pada mana-mana aliran sehingga membentur kelenturan pemikirannya dan juga kaedah melaksanakan pendidikan bahasa. Memang salah satu sifat kesarjanaan Barat ialah mewujudkan dikotomi dalam kebanyakan hal, seperti antara sains dengan agama, antara akal dan intuisi dengan bukti empiris, antara dunia dengan akhirat, antara subjektif dengan objektif dan lain-lain lagi, sedang Islam senantisa memilih jalan tengah dengan mengambil manfaat mana-mana aspek yang baik daripada sesuatu jurusan pandangan, dan dalam kebanyakan hal memadukan dua unsur yang sebenarnya menyatu atau saling melengkapi.
Selanjutnya, isu falsafah yang berkaitan dengan bidang pendidikan bahasa ialah matlamat pendidikan bahasa atau isu yang berkaitan dengan mengapakah bahasa diajarkan dan dipelajari. Dalam tradisi Barat, matlamat pendidikan pada zaman awalnya, iaitu pada zaman Yunani beberapa ratus tahun sebelum Masihi sehingga beberapa ratus tahun sesudah Masihi, pendidikan bahasa berkaitan secara langsung dengan pembinaan bangsa dan negara. Secara lebih jelas, pendidikan bahasa merupakan bahagian pendidikan umum yang berkaitan dengan soal etika, politik, undang-undang dan pandangan kosmos masyarakat.
Kemudian timbul matlamat yang lebih khusus berdasarkan falsafah bahasa yang melatarinya. Mereka yang berpegang pada mentalisme mengajarkan bahasa sebagai suatu sistem yang teratur untuk mencapai keupayaan bahasa penutur yang unggul, dan dengan demikian berpusat pada penguasaan rumus-rumus bahasa, khususnya tatabahasa. Mereka yang berpegang pada behaviorisme lebih menumpukan perhatian pada matlamat membentuk seperangkat kebiasaan berbahasa yang dianggap mereka alamiah dan tidak dibuat-buat. Mereka yang berpegang pada fungsionalisme pula menitikberatkan penguasaan kemahiran berkomunikasi dalam konteks sosial yang beragam-ragam.
Dapat dirumuskan bahawa semua matlamat pendidikan bahasa yang timbul daripada aliran falsafah Barat itu mewujudkan tiga jalur pemikiran. Yang pertama ialah matlamat yang berpaksi pada penguasaan sistem bahasa. Yang kedua pula ialah matlamat yang berpaksi pada kemahiran bahasa. Yang ketiga pula ialah matlamat yang berkaitan dengan penguasaan kemahiran komunikatif. Bagi pendidik bahasa, ketiga-tiga matlamat itu dapat sebenarnya dapat ‘didamaikan’. Penguasaan sistem bahasa (tatabahasa, sebutan, intonasi, ejaan, laras bahasa dan sebagainya) memang perlu untuk melahirkan pengguna bahasa yang berdisiplin dan yang dapat menggunakan bahasa yang teratur dan santun, terutama dalam konteks yang rasmi, ilmiah dan profesional. Tidak ada pengguna bahasa yang dapat dikatakan baik bahasanya jika ia hanya tahu menggunakan bahasa dengan berasaskan prinsip wacana tetapi tidak mengendahkan aspek tatabahasa sehingga ayatnya tidak keruan subjek dan predikatnya dan binaan katanya tidak sempurna, sebagai contoh.
Demikian juga, penguasaan kemahiran bahasa yang melibatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis pun penting dalam memenuhi keperluan komunikasi dan kehidupan seseorang, di peringkat individu dan di peringkat masyarakat. Tentu sahaja dalam pencapaian kemahiran berbahasa yang empat itu, diperlukan penguasaan sistem bahasa dan pelbagai ragam menurut konteks sosial sekali gus. Akhirnya, orang yang dikatakan menguasai bahasa tentu bukan orang yang hanya menguasai rumus-rumus bahasa dan menguasai kemahiran berbahasa tetapi tidak menguasai pelbagai situasi sosial yang wujud di sekelilingnya. Maka kemahiran komunikatif yang ditekankan oleh pendukung fungsionalisme tetap penting dalam pendidikan bahasa.
Sebagai rumusan, tiada mana-mana matlamat pendidikan bahasa yang lebih unggul atau lebih penting daripada yang lain jika dilihat sebagai suatu keseluruhan dan keperluan. Setiap satu ada peranan dan sumbangannya dalam pembentukan pengguna bahasa yang baik. Dikotomi seperti “kemahiran linguistik” lawan “kemahiran komunikatif” yang sering dibesar-besarkan oleh penganut mentalisme lawan penganut fungsionalisme, pada hemat saya, hanya mitos yang dilahirkan oleh sarjana Barat sebagai gimik semata-mata untuk melariskan jenama kesarjanaan mereka. Pada kita orang Islam dan orang yang rasional, tidak ada pertentangan antara dua jenis kemahiran itu kerana kedua-duanya saling melengkapi. Mustahil kita patut melahirkan pengguna bahasa yang hanya menguasai kemahiran linguistik dengan tidak pula menguasai kemahiran komunikatif kerana ia tetap perlu sentiasa berkomunikasi dalam konteks masyarakatnya dan juga dalam konteks lingkungan masyarakat yang lebih besar, seperti masyarakat majmuk dan masyarakat antarabangsa. Demikian pula, mustahillah kita patut melahirkan pengguna bahasa yang menguasai kemahiran komunikatif tetapi gagal menguasai kemahiran linguisitk, kerana kemahiran linguistik merupakan asas kemahiran komunikasi.
Matlamat pendidikan bahasa menurut kaca mata Islam, sebagaimana yang saya rumuskan dalam disertasi kedoktoran saya, bertitik tolak pada empat tujuan pokok. Pertama, menyempurnakan konsep diri manusia, baik di peringkat individu mahupun masyarakat, kerana bahasa merupakan salah satu unsur utama pembentuk konsep diri manusia yang sama pentingnya dengan akal. Kedua, pendidikan bahasa menjadi asas pemerolehan dan pengembangan bahasa, selaras dengan tuntutan menguasai ilmu kepada manusia. Oleh itu bahasa perlu dikuasai sebagai ilmu asas untuk pemerolehan dan pengembangan ilmu-ilmu umum dan khusus, dan hal ini telah ditegaskan oleh Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin. Ketiga, pendidikan bahasa menjadi wahana penyaluran sistem nilai, pandangan sarwa dan segala unsur budaya masyarakat untuk kesinambungan tamadun manusia. Keempat, pendidikan bahasa membuka ruang penelitian tentang bahasa sebagai satu sistem dan hal ini berkaitan dengan seruan agama agar manusia mengkaji seluruh kejadian di alam buana ini untuk meningkatkan tauhidnya.
~Kembara Bahasa~
Kuala Lumpur, 29 Januari 2011

Isu-isu Pendidikan Bahasa Melayu (Bahagian 2)
2. Isu Perkaedahan
Prof. Dr. Awang Sariyan
Isu perkaedahan dalam pendidikan bahasa berkaitan rapat dengan isu falsafah tentang apa dan mengapa yang telah dibincangkan dalam bahagian pertama makalah. Isu perkaedahan ini berkaitan dengan persoalan bagaimana bahasa diperoleh. Golongan mentalis sebenarnya tidak pernah menganjurkan sebarang kaedah pendidikan bahasa yang formal, tetapi ahli-ahli pedagogi mengambil inspirasi daripada falsafah mentalisme dengan menekankan penguasaan rumus-rumus bahasa, khususnya tatabahasa.
Dalam pendidikan bahasa yang beroreintasikan mentalisme, memang tatabahasalah yang menjadi pusat perhatian pendidik, dengan harapan anak didik akan mencapai penguasaaan bahasa penutur jati yang unggul, iaitu yang menguasai rumus-rumus ternurani bagi bahasa itu.
Kaedah yang tergambar daripada orientasi itu ialah pengajaran bahasa secara formal dan deduktif, dengan pengenalan rumus bahasa, huraiannya dan latihan untuk mengukuhkan penguasaan rumus itu. Pengajaran dan pemelajaran menjadi agak kaku, kering dan serius, sehingga bagi kebanyakan pelajar, pelajaran bahasa menjadi seakan-akan suatu bentuk hukuman atau penyiksaan daripada sesuatu yang menyeronokkan, kecuali bagi pelajar peringkat tinggi yang berfikiran analitis dan kritis dan yang tujuannya belajar bahasa untuk meningkatkan ilmu bahasanya.
Sebagai penerapan rumus, pelajar diberi penekanan dalam karang-mengarang dengan tumpuannya pada penggunaan bahasa yang baik dan teratur. Kegiatan lisan agak minimum dalam kaedah pengajaran yang bersumberkan falsafah mentalisme. Namun, pada hemat saya, keadaan sedemikian bukanlah semestinya yang patut berlaku kerana ahli mentalisme tidak menyarankan kaedah begitu. Barangkali ahli pedagogi yang terlalu taksub akan aliran itulah yang menyalahtafsirkannya.
Ahli pedagogi yang bersumberkan falsafah behaviourisme pula menekankan kaedah pengajaran yang dapat membentuk kebiasaaan berbahasa yang alamiah dalam kalangan anak didik. Bahasa yang alamiah bagi mereka ialah bahasa pertuturan yang digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Penekanan diberikan lebih pada aspek lisan, sesuai dengan slogan behaviouris bahawa “Bahasa ialah pertuturan”. Rumus-rumus bahasa tidak diajarkan secara formal tetapi melalui proses pelaziman atau pembiasaan pola-pola, lumrahnya melalui latih tubi. Pola kebiasaan berbahasa meliputi unsur-unsur linguistik yang bermula dengan unsur terkecil, iaitu bunyi, kemudian morfem dan kata, frasa, klausa dan ayat.
Kaedah yang membedah bahasa kepada unsur-unsur itu didasarkan pada linguistik struktural yang melihat bahasa sebagai binaan pada aras-aras tertentu, daripada yang terkecil hingga yang terbesar. Konsep bahasa sebagai wacana tidak diterapkan dalam kaedah ini kerana ayat dianggap sebagai unit terbesar oleh ahli bahasa struktural. Antara kaedah yang bernaung di bawah pendekatan behaviouris/strukturalis termasuklah kaedah tentera, kaedah terus, kaedah dengar ajuk, kaedah fonik dan kaedah induktif.
Kaedah yang terbit daripada falsafah fungsionalisme pula ialah kaedah komunikatif yang menitikberatkan penguasaan pelbagai ragam dan laras bahasa untuk disesuaikan dengan konteks komunikasi dalam sistem sosial. Proses pendidikan bahasa berfokus pada bentuk-bentuk komunikasi yang diperlukan dalam kehidupan bermasyarakat, seperti ucapan, undangan, penerimaan, penghargaan, tahniah, kaedah menarik perhatian, menyoal, meminta, menghindari, mengkritik, menegur, mengadu, mengarahkan, mendakwa, menafikan, menyetujui, membantah, mendesak, menyarankan, melaporkan, menilai, mohon maaf, memberikan alasan dan sebagainya. Asasnya ialah tujuh fungsi utama bahasa sebagaimana yang digariskan oleh Halliday, iaitu fungsi instrumental, fungsi pengaturan, fungsi pewakilan, fungsi interaksi, fungsi persendirian, fungsi heuristik dan fungsi imaginatif.
Pendidik sekali lagi diingatkan supaya tidak terjebak oleh jenama dan label. Pendidik bahasa perlu bersikap eklektik, iaitu memilih dan memadukan mana-mana kaedah yang wajar dan sesuai dengan sesuatu keperluan dan suasana pengajaran dan pemelajaran. Pengenalan rumus bahasa tetap penting sebagai asas penguasaan sistem bahasa yang mantap tetapi tidak semestinya sentiasa diperkenalkan secara formal dan deduktif.
Pelaziman pula dapat digunakan sebagai salah satu kaedah tetapi bukan satu-satunya kaedah untuk memandaikan anak didik menguasai bahasa. Perlu diingat bahawa setiap manusia yang normal mempunyai potensi bahasa yang normal juga, dan potensi itu dapat digilap serta dikembangkan dengan pelbagai cara yang kreatif. Sesungguhnya kita bukan mengisi tempayan yang kosong kerana Alat Pemerolehan Bahasa telah dikurniakan Tuhan kepada setiap manusia yang normal sebelum ia lahir ke dunia lagi. Tambahan pula akal manusia bersifat kreatif dan inovatif sehingga dapat mengembangkan apa-apa sahaja maklumat bahasa yang disampaikan, sama ada melalui proses terjemahan, taakulan, tafsiran, analogi, peluasan dan bahasan.
Oleh itu, kepercayaan bahawa manusia berbahasa berdasarkan peniruan satu perangkat kebiasaan berbahasa ternyata jauh daripada kebenaran. Pengenalan pelbagai bentuk bahasa yang dapat memenuhi keperluan komunikasi dalam masyarakat pula memang merupakan keperluan dalam pendidikan bahasa. Namun penguasaan pelbagai ragam bahasa menurut konteks sosial semata-mata dengan pengabaian sistem bahasa tidak mungkin melahirkan pengguna bahasa yang faham akan bahasa sebagai sistem yang kompleks tetapi pada waktu yang sama penuh dengan adab dan aturan. Bahasa sebaik-baiknya digunakan dengan kesedaran akan adanya rumus dan sistem yang melatarinya, bukan sekadar penzahiran maklumat, idea dan perasaan semata-mata sebagaimana yang barangkali disalahfahami oleh sebilangan pengikut fungsionalisme.
Gagasan yang ingin saya tegaskan ialah bahawa usahlah mana-mana pendidik bahasa berpegang pada satu-satu kaedah secara tegar sehingga tidak bersedia membuka pintu hatinya kepada kaedah lain yang wajar dan sesuai. Kaedah hanyalah cara, sama sahaja analoginya dengan jalan yang mungkin sahaja lebih daripada satu untuk sampai ke destinasi yang tertentu. Yang penting ialah destinasinya, sementara jalan hanyalah wasilah atau cara untuk sampai ke destinasi.
Pendidikan bahasa bermatlamat menjadikan pengguna bahasa tahu menggunakan bahasa untuk berfikir dan berkomunikasi, dengan berasaskan suatu sistem yang teratur (tatabahasa, ucapan, tulisan), melalui empat kemahiran bahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis) dalam konteks keperluan dan situasi yang berbagai-bagai. Maka kaedah bersepadu yang menggabungjalinkan sistem bahasa dengan kemahiran bahasa dan isi serta konteks bahasa semestinya dijadikan landasan yang praktis.
Di Malaysia, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang dilaksanakan sejak 1987 merupakan upaya untuk memenuhi kaedah pendidikan bahasa yang unggul dan praktis serta tidak cenderung memihak mana-mana kaedah atas asas jenama. Demikian juga pelaksanaan pendidikan bahasa yang bersepadu di Singapura pada hemat saya dapat memenuhi konsep kaedah pendidikan bahasa yang sewajarnya. Diharapkan KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) yang kelak disusuli oleh KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah) dilaksanakan sebagai upaya peningkatan kurikulum bersepadu yang telah berlangsung sejak tahun 1987.
~Kembara Bahasa~
31 Januari 2011
SUMBER :

Isu-isu Pendidikan Bahasa Melayu (Bahagian 3)
Prof. Dr. Awang Sariyan
Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia-Beijing Foreign Studies University
3. Isu Sistem Bahasa
Isu yang hingga kini masih menyelubungi minda sejumlah pendidik bahasa Melayu berkaitan dengan isu sistem bahasa, ialah kemantapan beberapa aspek bahasa yang menyentuh tatabahasa, kosa kata, ejaan dan sebutan. Isu yang lebih besar daripada itu ialah kurang jelasnya sebilangan pendidik tentang diglosia yang seharusnya menjadi kayu ukur dalam penentuan ketepatan berbahasa menurut konteks. Percampurbauran antara bentuk bahasa yang rasmi dengan yang basahan, baik dalam hal kosa kata, tatabahasa dan sebutan masih menjadi fenomena yang agak nyata.
Pada saat kita memperkatakan bahasa yang baik, timbul polemik tentang bahasa yang alamiah yang kononnya tidak perlu tertakluk pada rumus-rumus bahasa, yang malangnya kadang-kadang dikaitkan dengan tohmahan bahawa rumus-rumus bahasa itu dikhayalkan oleh ahli bahasa, bukan daripada realiti penggunaan bahasa. Masalah yang dihadapi oleh sesetengah pendidik dan pelajar ialah tidak dapat membuat garis pemisah yang jelas antara bentuk bahasa yang rasmi dengan bahasa yang basahan atau tidak rasmi. Tentulah dalam konteks bahasa yang basahan, seperti dalam perbualan, tidak terterap sepenuhnya segala rumus bahasa seperti tatabahasa dan sebutan baku.
Namun dalam bidang-bidang yang rasmi, profesional, ilmiah dan berkaitan dengan budaya tinggi, kod bahasa yang patut dipilih ialah yang mewakili kod “bahasa terbina”, bukan kod “bahasa terhad” (daripada istilah "elaborated code" dan "restricted code" yang diperkenalkan oleh Bernstein seperti yang telah dijelaskan dalam bahagian yang lebih awal).
Maka itu, kedengaran di sana sini orang yang masih mempersoalkan rumus tatabahasa yang berkaitan dengan binaan ayat aktif, ayat pasif, ayat majmuk dan sebagainya. Masih banyak ayat yang tidak keruan binaannya oleh subjek dan predikatnya tidak padu, seperti ayat yang berbunyi "Menurut Kementerian Sains dan Alam Sekitar menyatakan bahawa banyak sungai yang telah tercemar".
Masih terdapat di sana sini penggunaan ayat pasif yang bercampur aduk antara yang menerapkan rumus ayat pasif diri pertama dan diri kedua dengan rumus ayat pasif diri ketiga. Ayat pasif diri ketiga seperti "Perkara yang mereka bincangkan mendapat sambutan penonton." seakan-akan tidak dapat dikesan kesilapan rumus sintaksisnya sebagaimana masih agak leluasa juga orang mengungkapkan ayat pasif diri pertama seperti "Buku yang dibincangkan oleh kami itu penting sebagai asas pegangan hidup." yang jelas tidak memenuhi rumus sintaksis bahasa Melayu baku.
Masih juga nyaring suara tentang kekeliruan penggunaan imbuhan yang betul, seperti dalam hal imbuhan apitan "me-…-kan" dan "me-…-i" dan yang lain. Masih ada yang tidak dapat membedakan makna "mengirimkan" daripada "mengirimi", "menghadiahkan" daripada "menghadiahi" dan contoh-contoh lain yang sejenis dengannya. Masih nyata kekeliruan bilakah akhiran "-kan" perlu atau tidak perlu digunakan dalam contoh seperti "isikan borang ini" atau "isi borang ini", "tuliskan ringkasan karangan" atau "tulis ringkasan karangan", "berikan pendapat" atau "beri pendapat".
Dalam hal penggunaan kata berimbuhan yang lain, masih agak nyata kekeliruan tentang penggunaan variasi awalan "me-", iaitu sama ada "me-", "mem-", "men-", "meng-" atau "menge-". Maka berterusan isu kekeliruan adakah bentuk yang betul "memastikan
atau "mempastikan", "mencintai" atau "menyintai", "mewujudkan" atau "mengwujudkan", "meyakinkan" atau "menyakinkan" dan sekian banyak yang lain lagi.
Apabila dijelaskan bahawa bentuk kata terbitan yang betul ialah "berbahaya", bukan "merbahaya" (kerana tiada awalan "mer-" yang diimbuhkan pada kata "bahaya"), masih banyak orang yang ragu dan tidak faham akan alasannya. Tidak kurang juga yang terus keliru dengan mengatakan bahawa bentuk kata "pemelajaran" menyalahi rumus morfofonem bahasa Melayu kerana bunyi /b/ dalam kata "belajar" tidak patut dan tidak pernah dilenyapkan apabila menerima awalan "pe-", walhal kata "pemelajaran" terbit daripada kata kerja "mempelajari" yang sama sahaja polanya dengan bentuk "pemerhatian" (daripada kata kerja "memperhatikan"), "pemersatuan" (daripada kata kerja "mempersatukan"), "pemerolehan" (daripada kata kerja "memperoleh") dan beberapa patah kata lain yang menerima awalan rangkap "pemeR-", sebagai kata nama terbitan daripada kata kerja berawalan rangkap "mempeR-".
Ketiadaan atau kurang sedarnya sesetengah orang tentang konsep bahasa rasmi dan bahasa basahan turut menyebabkan timbul perbalahan tentang sebutan baku. Orang yang tidak melihat bahasa sebagai sistem yang bertatatingkat, iaitu menganggap bahasa setara belaka dalam semua hal, berasa pelik bin ajaib apabila diberi penegasan tentang perlunya sebutan baku digunakan. Seakan-akan tidak disedarinya bahawa sebutan baku itu ditegaskan penggunaannya dalam laras bahasa yang rasmi, bukan dalam perbualan, hatta dalam mimpi. Semua bahasa yang maju memiliki ragam sebutan formalnya, yang memang tidak sama betul dengan ragam sebutan bahasa sehari-hari.
Demikian juga, apabila ditekankan penggunaan kosa kata yang terpilih, sesuai dengan konteks rasmi, ada sesetengah kalangan yang beranggapan bahawa saran itu sama sekali tidak alamiah dan tidak praktis kerana kata-kata yang ‘terlarang’ itu lazim digunakan dalam perbualan sehari-hari. Maka ada orang yang mengatakan bahawa larangan penggunaan kata seperti "bikin" bagi "buat" sebagai perbuatan orang yang mengada-ngada. Orang seperti itu ternyata tidak mempunyai maklumat tentang bagaimana kamus dalam semua bahasa besar menetapkan, atau sekurang-kurangnya memberikan panduan tentang penggunaan kata yang rasmi, yang baku, yang basahan, yang larangan dan sebagainya. Dalam kamus bahasa Inggeris, hal sebegitu ternyata cukup diberi perhatian. Demkian juga dalam kamus bahasa Melayu yang baik.
Dalam pada itu, tetap saya akui bahawa memang ada beberapa aspek khusus yang belum mencapai tahap kebakuan yang tinggi. Hal ini tidak berlaku dalam bahasa Melayu sahaja, misalnya dalam hal kosa kata dan beberapa bentuk binaan kata terbitan dengan menggunakan imbuhan. Tentang kosa kata, memang mudah kita terjebak oleh fahaman sama ada bersikap tulen melulu atau terbuka melulu. Pada dasarnya kita perlu mengutamakan kosa kata yang sedia ada dalam bahasa Melayu, atau melakukan inovasi dengan menggunakan sistem morfologi bahasa Melayu. Bagi kata yang tiada padanan dalam bahasa Melayu, dibolehkan kita mencipta bentuk yang baru dengan mengambil bentuk asal kata itu tetapi diubahsuaikan menurut sistem sebutan dan morfologi bahasa Melayu.
Oleh sebab adanya beberapa aspek sistem bahasa Melayu yang belum mantap betul dan masih memerlukan ijtihad ahli-ahli bahasa, lalu terdapatlah pandangan yang berbeda dalam kalangan ahli bahasa, maka dibesar-besarkan orang perihal isu mazhab yang kononnya menyukarkan guru mengajar dan murid belajar bahasa. Dalam buku kecil "Penjelasan Isu Mazhab dalam Bahasa" (1996), saya telah membuktikan bahawa peratusan aspek bahasa yang belum seragam betul itu tidaklah besar dan dalam sesetengah aspek, seperti ejaan di bawah 0.1%.
Ada pula yang mengatakan bahawa perubahan daripada tatabahasa Za`ba menjadikan bahasa Melayu terlalu moden dan oleh itu sukar dipelajari dan diajarkan. Telah saya tunjukkan juga dalam beberapa banyak tulisan saya bahawa rumus bahasa yang dikemukakan oleh Za`ba sebahagian besarnya masih dipertahankan, tetapi mungkin dengan istilah yang berlainan, misalnya "ayat bangun membuat" menjadi "ayat aktif", "ayat bangun kena buat" menjadi "ayat pasif". Perubahan istilah itu sama sekali tidak mengubah rumus atau aturan yang dikemukakan oleh Za`ba. Sebilangan orang yang membesar-besarkan isu itu rupanya tidak pula mematuhi rumus bahasa Za`ba dan hanya memainkan sentimen bergantung pada nama besar beliau, tetapi sebaliknya menyimpang daripada tatabahasa susunan Za'ba.
Maka itu, amat penting para pendidik mempunyai kekuatan penguasaan sistem bahasa untuk diterapkan dalam pengajaran bahasa kepada anak didik. Sesudah lebih setengah abad sistem pendidikan kita berlangsung di negara yang merdeka, sewajarnya aspek-aspek asas sistem bahasa telah mantap. Tidak sewajarnya timbul lagi ajaran sesat di sesetengah sekolah seperti "Kata 'kerana', 'dengan', 'untuk' dan sebagainya tidak boleh digunakan di pangkal ayat". Dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain, tidak timbul masalah salah faham yang sedemikian berat sehingga mengatakan kata tugas seperti "with, to, because" dan lain-lain menyalahi tatabahasa.
Demikian juga, anak didik perlu dimantapkan penguasaan sistem bahasanya dan perlu senantiasa disedarkan tentang pentingnya menguasai ragam bahasa rasmi di sisi ragam bahasa basahan supaya mereka dapat menggunakan bahasa yang sesuai menurut konteks.
~Kembara Bahasa~
Kuala Lumpur, 2 Februari 2011
sumber : http://www.facebook.com/profile.php?ref=profile&id=667161165#!/notes/kembara-bahasa/isu-isu-pendidikan-bahasa-melayu-bahagian-3/197239750286657

Kepada Murid 2D, 3B, 3F dan 5E sila klik pautan di atas untuk mendapatkan maklumat, bahan, latihan dan arahan tugasan...patuhi arahan yang sedia ada. Anda juga boleh mendapatkan maklumat berhubung perkara di atas menerusi Kumpulan Kelas Bahasa Melayu Kita di :
http://www.facebook.com/profile.php?ref=profile&id=667161165#!/home.php?sk=group_169911643021700&ap=1
Selamat bercuti dan selamat belajar.
"Orang yang rajin berusaha dan tidak mengenal putus asa ialah orang yang berjaya"

Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik?
"Kaedah pengajaran yang saya gunakan adalah betul... tapi hasil yang saya harapkan masih tidak tercapai."
"Kalau begitu, adakah teknik-teknik yang kau gunakan itu betul juga"
"Teknik-teknik yang saya pakai tidak mungkin salah lagi"
"Oh ya! Strategi pengajaran macam mana pula..."
"Apa itu stra..."
PENDAHULUAN
Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.
Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama lain. Walau pun difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan pedagogi tetapi kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep-konsep tersebut.
Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua-kedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatan pengajaran. Akhir sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran.
KAEDAH DAN TEKNIK
Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.
Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi. Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak.
Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza.
Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu panah, gerakan tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas.
Dalam zama atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak begitu berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai segala teknik memanah dengan seratus perstus, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik.
Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini.
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN
Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.
Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.
Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.
Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.
Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.
Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.
Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.
PENDEKATAN
Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.
Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.
Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian.
PENDEKATAN PENGAJARAN
Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.
Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.
Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.
Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.
Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.
Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.
Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.
STRATEGI
Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya.
Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan.
Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak seekor ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga erta sember yang paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak.
Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu dapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lebing.
Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang pada pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai.
STRATEGI PENGAJARAN
Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.
Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.
Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.
Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.
KESIMPULAN
Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum
Rujukan
Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya.
Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur.
Kaye, Barrington (1970) "Participation In Learning", George Allen & Unwin, London.
Kemp, Jennold E (1987) "Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk menggubal Unit Dan Kursus" Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia", Fajar Bakti, Petaling Jaya.
Tang, Chee Yee (1988) "Pandua Latihan Mengajar", Fajar Bakti, Petaling Jaya.
Thompson, Brenda (1974) "Learning To Teach", Sidgwick & Jackson, London.
Wragg, E.C. (1974) "Teaching Teaching", Douglas David & Charles Ltd., West Vancouver.

24 Januari 2011
KAEDAH PENGAJARAN
Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, kaedah adalah merujuk kepada cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atau yang biasa). Manakala pengajaran pula adalah perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar (seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang dipentingkan dan lain-lain yang berkenaan dengannya). Bagi Abd Ghafar Md Din di dalam bukunya bertajuk Prinsip dan Amalan Pengajaran pula, beliau mendefinisikan pengajaran adalah satu proses penyampaian iaitu untuk menyampaikan maklumat. Cara penyampaian maklumat ini dikatakan sebagai kaedah dan teknik pengajaran. Kaedah pula beliau merujuk kepada peringkat dimana suatu teknik pengajaran dipraktikkan.
Terdapat dua perkataan yang hampir sama maksudnya dengan kaedah iaitu teknik dan pendekatan. Mok Soon Seng (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992). Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Jika guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz Al-Qur`an dengan mendengar bacaan dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi kefahaman kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Melihat kepada contoh-contoh yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok Soon Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987), nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri penemuan, Forebel dan sebagainya.
Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Pada anggapan beliau, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran. Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tindakan dan
aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi kefahaman kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain. Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.
MEMILIH KAEDAH PENGAJARAN
Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Ia meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan, dan penilaian dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan.
Perkembangan pendidikan dari masa ke semasa telah membawa banyak perubahan dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas. Corak pengajaran masa kini telah mengalami banyak perubahan dan bertambah maju. Pengajaran dalam konteks masa kini boleh ditafsirkan sebagai satu proses, komunikasi, sains dan seni.
Pada umumnya, kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu. Ia berbeza dengan pendekatan di mana ia merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa yang pendek. Dengan erti kata lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih (Edward M. Anthony, 1963). Huraian ini bermakna kaedah-kaedah yang dipilih untuk proses pengajaran dan pembelajaran harus berdasarkan kepada suatu pendekatan yang berkaitan dengan model, prinsip dan teori pembelajaran.
Kaedah mengajar adalah menjadi teknik mengajar apabila kaedah itu dilaksanakan dengan teknik yang sesuai. Di bawah konteks pendidikan, teknik mengajar boleh ditakrifkan sebagai kemahiran guru digunakan untuk pengelolaan dan perlaksanaan kaedah mengajar dalam
sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, prosedur kaedah bercerita boleh digunakan sebagai teknik menyampaikan sesebuah cerita.
Tujuan memilih berbagai-bagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid supaya mencapai objektif pengajaran guru. Oleh itu teknik pengajaran yang dipilih haruslah berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan dan minat murid. Misalnya menurut kajian Piaget, dalam perkembangan kognitif kanak-kanak yang berumur 6 hingga 11 tahun, teknik mengajar yang sesuai digunakan untuk menyampaikan sesuatu konsep ialah bercerita dan permainan dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit.
Sesuatu kaedah pengajaran hendaklah dipilih berasaskan suatu pendekatan. Dalam satu pendekatan pengajaran, boleh digunakan pelbagai kaedah. Contoh dalam pendekatan induktif (iaitu pengajaran yang bermula daripada yang spesifik kepada yang umum), pelbagai kaedah boleh digunakan seperti kaedah projek, kaedah inkuiri, kaedah sokratik, dan kaedah penyelesaian masalah.
Faktor-Faktor Pemilihan Kaedah Pengajaran
Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah:
1. Kaedah mestilah sesuai dengan tujuan dan matlamat pelajaran
2. Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai
3. Kaedah juga haruslah sesuai sifat semulajadi (nature) pelajaran yang diajar
4. Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar
5. Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru
6. Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan
7. Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada
An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.
Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu:
1. Tujuan am (learning goal)
2. Objektif pelajar (specific objective)
3. Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran
4. Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar
5. Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur pencapaian pelajar
Menurut Cangelosi (1992), “Learning goal is the overall purpose of the teaching unit. It indicates what students are expected to learn. Specific objective, define the learning goal. That is a number of specific skills, abilities, and/or attitude that the student to/or must acquire.” (ms. 24). Daripada penjelasan Cangelosi tadi, Perrott (1986) telah menerangkan semua aktiviti itu dalam tiga istilah yang lebih mendasar, iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Tiga perkara ini dan juga langkah-langkah yang dikemukakan sebelum ini merupakan asas pengajaran yang berkesan, di samping pengetahuan yang patut ada pada guru. Langkah-langkah ini disusun demikian rupa untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran sesuatu yang menarik dan berkesan. Ini yang dikatakan pengajaran yang
berkesan (effective teaching). Pengajaran dan pembelajaran yang baik, menarik dan berkesan tidak dapat diwujudkan jika tidak memenuhi kriteria tertentu seperti yang dibincangkan di atas. Guru yang mampu menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini ialah guru yang berdedikasi, mempunyai wawasan yang jelas dan mengajar dengan penuh
semangat untuk mencapai objektif yang terancang dengan langkah-langkah yang tersusun
dengan menggunakan ABBM yang menarik dan dengan pergerakannya yang cukup lincah. Inilah dia guru yang efektif (effective teacher).
“…effective teacher is one who is able to demonstrate the
ability to bring about intended learning goals”. Parrott (1986:5)
Secara praktisnya, terdapat beratus-ratus kaedah pengajaran yang digunakan untuk menyampaikan pelajaran. Biarpun begitu, adalah perlu bagi guru untuk mengetahui bagaimana untuk menentukan proses dan apakah kaedah terbaik yang ingin disampaikan kepada pelajar agar ia mudah difahami juga mudah untuk seseorang pengajar melakukannya. Oleh itu, faktor pemilihan kaedah pengajaran seharusnya diketahui dan diikuti kepada semua pengajar yang ingin memulakan pengajaran. Ini adalah sebagai satu proses pemilihan yang
betul dimana ia akan menjadikan proses penyampaian lebih menarik dan berkesan. Terdapat 5 faktor yang perlu bagi memilih kaedah pengajaran yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran iaitu:
1. Objektif pengajaran
2. Bahan pengajaran dan pembelajaran
3. Jangkamasa pengajaran
4. Latar belakang dan jumlah pelajar
5. Iklim dan suasana tempat mengajar

10 Januari 2011
TEKNIK PENGAJARAN TATABAHASA
Pengajaran Tatabahasa
Baru-baru ini, beberapa orang guru termasuklah guru pelatih yang sedang menjalani latihan praktikum telah menanyakan soalan tentang teknik atau cara yang menarik untuk mengajarkan tatabahasa kepada murid-murid. Mereka mengatakan bahawa kebiasaannya murid-murid kurang berminat untuk belajar tatabahasa.
Pengenalan
Pengajaran tatabahasa yang dijalankan di dalam kelas selalunya kurang menarik dan membosankan murid-murid, malahan ada juga guru yang kurang berminat untuk mengajar murid dalam bahagian ini. Fenomena yang biasanya berlaku di sekolah ialah pengajaran tatabahasa diajarkan secara induktif. Hal ini bermakna aspek tatabahasa diajarkan secara langsung dengan menerangkan hukum atau rumus tatabahasa iaitu sesuatu yang khusus terlebih dahulu, kemudian barulah dibincangkan contoh-contohnya yang umum. Sepatutnya pengajaran tatabahasa boleh dipelbagaikan bentuknya. Oleh itu, guru-guru perlu kreatif untuk memilih teknik pengajaran yang menarik dan bekesan kepada murid-murid. Bagi murid pula, mereka kebiasaannya kurang berminat untuk belajar tatabahasa kerana menganggap perkara itu menyusahkan tambahan pula teknik yang digunakan tidak menarik perhatian murid.
Teknik yang Sesuai
Sebenarnya banyak teknik yang boleh digunakan untuk mengajarkan tatabahasa kepada murid-murid. Seelok-eloknya guru harus berbincang dengan pelajar itu sendiri tentang teknik yang disukai oleh mereka. Dengan berdasarkan pengalaman saya sendiri, murid-murid lebih berminat dengan teknik yang menarik seperti nyayian, nasyid, lakonan, dialog, kuiz serta forum. Jika ditinjau daripada respons pelajar, antara teknik yang menarik dan sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran tatabahasa adalah menerusi teknik nyayian. Dengan perkataan lain, perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh guru ialah teknik tersebut perlulah menarik perhatian pelajar dan tidak membosankan mereka. Selain itu, teknik pengajaran juga perlu berpusatkan pelajar dan guru cuma menjadi fasilitator atau pembimbing mereka. Di samping itu, pendekatan yang selalu dicadangkan oleh pakar-pakar pengajaran tatabahasa adalah dengan menggunakan pendekatan deduktif iaitu bermula dengan generalisasi atau contoh-contoh, kemudian barulah dibincangkan rumus atau peraturan yang khusus.
Teknik Nyanyian
Seperti yang telah dinyatakan tadi, antara teknik pengajaran tatabahasa yang menarik dan tidak membosankan pelajar ialah teknik nyanyian atau dengan menggunakan lagu. Hal ini demikian kerana, banyak lagu yang mengandungi lirik yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di samping menyanyikan lagu, murid-murid diminta merujuk lirik lagu tersebut. Oleh itu, guru perlu menyediakan lirik lagu tersebut terlebih dahulu dan mengedarkannya kepada pelajar. Berikan arahan dan bincangkan tugasan yang perlu dibuat oleh mereka selepas menyanyikan lagu tersebut. Sebagai contohnya, guru-guru boleh meminta murid menyenaraikan jenis kata yang terdapat dalam lirik lagu itu seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sendi. Selain itu, gunakan lirik lagu untuk mengesan kesalahan tatabahasa untuk mengelakkan rasa bosan para pelajar untuk mempelajari tatabahasa.
Bahan Lain yang Sesuai
Selain lirik lagu, guru-guru juga boleh menggunakan sajak untuk membincangkan aspek tatabahasa yang terdapat dalam sajak tersebut. Sebagai contohnya, pelajar-pelajar tingkatan 4 boleh menggunakan sajak Harga Remaja (Antologi Harga Remaja) untuk membincangkan aspek penggolongan kata, seperti kata nama dan kata kerja. Oleh itu, selain mengkaji aspek sastera dan maksud sajak, murid-murid juga boleh menggunakan sajak itu untuk belajar tatabahasa secara tidak langsung. Walau bagaimanapun, guru-guru perlu merancang dan mengkaji aspek tatabahasa yang hendak dibincangkan dalam pengajaran dan pembelajaran itu terlebih dahulu sebelum pelaksanaannya dilakukan di dalam kelas.
Bahan Komsas
Karya-karya komsas selain sajak, iaitu cerpen, prosa tradisional, novel, pantun, syair dan gurindam juga boleh digunakan untuk pegajaran tatabahasa. Hal ini bermakna, semasa pengajaran komponen sastera, guru-guru juga boleh menyelitkan aspek tatabahasa dalam perbincangan dengan pelajar. Dengan kata lain, pengajaran tatabahasa tidak diajarkan secara langsung tetapi secara tidak langsung. Hal ini dapat mengatasi masalah kebosanan dan kurangnya minat murid untuk mempelajari tatabahasa.
Bahan Cetakan
Bagi pelajar-pelajar tingkatan 6, guru-guru perlu menggunakan bahan cetakan seperti keratan akhbar, majalah atau risalah untuk membincangkan aspek tatabahasa. Jadi, secara tidak langsung pelajar-pelajar mendapat manfaat yang berganda iaitu selain memahami atau mencari isi penting daripada petikan itu, mereka juga dapat mengesan kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat di dalamnya. Sekurang-kurangnya teknik ini tidak membosankan pelajar kerana guru telah menetapkan fokus tentang perkara yang hendak dibincangkan daripada sesuatu bahan atau petikan tersebut. Di samping itu, guru juga boleh menyelitkan aspek tatabahasa ini setiap kali semasa membincangkan karangan, rumusan karangan, dan juga semasa mengalih bentuk teks. Perkara ini perlu dilakukan kerana setiap latihan yang dinyatakan itu tadi melibatkan aspek tatabahasa. Sebagai contohnya, semasa menulis karangan, rumusan karangan dan mengalih bentuk teks, pelajar-pelajar terpaksa membina ayat-ayat yang melibatkan pelbagai aspek tatabahasa. Selain itu, perkara ini juga membuktikan bahawa pengetahuan tatabahasa pelajar dalam Kertas 1 perlu diaplikasikan dalam Kertas 2 STPM.

Kepentingan Set Induksi dalam P & p
Set induksi memang penting dalam satu-satu pengajaran yang dijalankan oleh guru di dalam kelas. Namun demikian, ada guru yang seolah-olahnya sudah melupakan set induksi ini. Pada hal, set induksi ini telah dipelajari dan dipraktiskan semasa menjalani latihan praktikum sebelum menjadi guru dahulu. Kebiasaannya, guru akan terus membincangkan topik yang hendak diajar tanpa menggunakan set induksi yang bersesuaian dengan topik tersebut. Sebenarnya, set induksi ini penting untuk menarik perhatian pelajar agar menumpukan perhatian terhadap topik atau perkara yang hendak dibincangkan oleh guru di dalam kelas. Sekiranya set induksi tidak digunakan dalam pengajaran, sudah pasti pelajar akan berasa bosan dan kurang memberikan perhatian terhadap pengajaran guru. Oleh itu, guru-guru haruslah menggunakan set induksi yang mudah tetapi menarik perhatian pelajar di dalam kelas.
Antara set induksi yang boleh digunakan adalah seperti gambar, surat khabar, majalah, benda-benda maujud seperti raket badminton, gunting, topi, kopiah, komputer riba, telefon bimbit, radio dan sebagainya. Sebagai contohnya, jika guru-guru hendak membincangkan sajak Tukang Gunting, guru-guru bolehlah menggunakan gunting sebagai set induksinya. Bagi pengajaran sajak Anak Laut, guru boleh menggunakan gambar nelayan atau perahu sebagai set induksinya.
Sekiranya guru-guru hendak membincangkan karangan tentang industri pelancongan, guru-guru boleh menggunakan gambar pantai, atau tempat-tempat percutian di Malaysia, atau lagu 'Cuti-cuti Malaysia'. Gambar pantai
Selain itu, sekiranya guru-guru hendak membincangkan karangan tentang kebaikan dan keburukan kad kredit, guru-guru bolehlah menggunakan kad kredit yang sebenar atau gambar kad kredit.
Gambar kad kredit
Selepas bahan rangsangan yang dijadikan set induksi itu dipaparkan atau ditunjukkan, kemukakanlah beberapa soalan yang berkaitan dengan bahan itu untuk merangsang pemikiran pelajar. Di samping itu, dengan menggunakan set induksi, murid-murid juga akan bersedia dari segi mindanya terhadap isi pelajaran yang akan dibincangkan oleh guru selepas itu Selain bahan rangsangan yang dinyatakan tadi, guru-guru juga boleh mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan topik perbincangan untuk merangsang mereka terhadap isi pelajaran keseluruhannya.
Guru-guru pula kebiasaannya akan memberikan beberapa alasan tentang sebab mereka tidak menggunakan set induksi semasa pengajaran dijalankan. Antara alasan yang sering diberikan ialah mereka hendak cepat menghabiskan sukatan pelajaran. Jadi, mereka tiada masa untuk menggunakan set induksi, dan menganggap set induksi itu tidak penting dalam pengajaran Bahasa Melayu. Namun demikian, kita perlu menyedari bahawa kegagalan guru untuk menggunakan set induksi ini pastinya akan menyebabkan pelajar kurang tertarik dan tidak berminat terhadap mata pelajaran yang diajarkan oleh guru.
Seterusnya, perkara ini mungkin akan membunuh minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut. Oleh itu, kita harus menerima hakikat bahawa set induksi ini akan membantu guru untuk menyedikan minda pelajar bagi mengikuti pelajaran selanjutnya. Jadi, guru-guru tidak harus memandang set induksi ini sebagai perkara yang tidak penting jika hendak menarik minat pelajar untuk menyukai atau meminati mata pelajaran Bahasa Melayu. Jangan terlalu mementingkan sukatan pelajaran atau isi kandungan pelajaran sahaja sehingga menyebabkan pelajar tidak belajar dalam keadaan yang menyeronokkan. Hal ini demikian kerana, jika pelajar belajar dalam keadaan terpaksa dan tidak menyeronokkan, sudah pastilah kesannya tidak lama. Selanjutnya, pengajaran yang tidak menyeronokkan juga biasanya menyebabkan pengajaran guru menjadi kurang berkesan.

02 Januari 2011
SESI BARU PERSEKOLAHAN 2011
Moderator Cikguanda.blogspot.com merakamkan ucapan Selamat Meneruskan Pengajian dalam sesi persekolahan 2011 kepada semua pelajar walau di mana anda berada. Semoga pada tahun ini anda memperoleh kekuatan dan kelebihan yang dianugeahkan Tuhan sebagaimana yang diimpikan untuk meraih kejayaan. Kepada calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan awam (UPSR, PMR, SPM dan STPM), teruskan usaha anda. Semoga usaha yang tidak mengenal jemu dan putus asa akan membuahkan sesuatu yang bermakna buat semua kemudian hari.
Untuk makluman semua, moderator cikguanda.blogspot.com akan melakukan beberapa pengubahsuaian terhadap isi kandungan dan konsep persembahan laman ini untuk kelihatan lebih ceria, lebih bernilai tambah dan bermaklumat. Jadi, selalulah berkunjung ke laman ini untuk mengikuti perkembangannya dari masa ke masa serta mengutip pelbagai informati yang disediakan.

25 November 2010
LAMAN PERBINCANGAN MAYA CIKGU ANDA
Para pengunjung laman ini boleh menyertai perbincangan maya menerusi satu laman yang baharu disediakan. Laman tersebut membolehkan para pengunjung berbincang pelbagai topik mengenai pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Semoga kewujudan laman tersebut mampu membantu guru-guru dan para pelajar meningkatkan kemahiran dan meraih kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan diduduiki.
Untuk itu, anda boleh berkunjung ke laman berikut :
http://s4.zetaboards.com/CIKGU_ANDA/index/
Selamat berbincang secara maya.

24 November 2010
SALAM BUAT SEMUA
Moderator blog merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengunjung kerana sudi membuat perayauan maya di laman ini untuk memperoleh informasi yang disediakan.
Bagaimanapun, untuk makluman semua, laman ini bakal dikemaskini dalam tempoh terdekat untuk membawa imej baru bagi sesi pembelajaran 2011. Untuk tujuan itu, prosesnya pasti akan mengambil beberapa ketika untuk disiapkan. Oleh sebab itu, moderator ingin memohon maaf atas kesulitan yang bakal dihadapi kelak.
Semoga proses ini akan berjalan lancar kelak.

17 November 2010
MAKLUMAT PENGGUNAAN EJAAN TERKINI
EJAAN
Para editor PTS dan guru bahasa Melayu, sila lihat dan beri perhatian dan ambil tidakan sewajarnya.
1. baru dan baharu
Keputusan mesyuarat Jawatankuasa Bahasa DBP pada 16 Ogos 2010, dan disahkan pada 8 November 2010, mengesahkan bahawa ejaan perkataan "baru" dan "baharu" itu adalah variasi ejaan yang dapat diterima pakai. Tidak ada perbezaan makna dan fungsi nahu.
2. "Tok" dan "Tuk"
Ejaan perkataan "Tok Pelanduk" atau "Tuk Pelanduk" sebagai nama khas juga dibenarkan.
Editorial perlu memilih salah satu dan menggunakannya dengan konsisten.
SUMBER : LAMAN FACEBOOK PROF DR ABDULLAH HASSAN

14 November 2010
Kajian membaca 5 tahun sekali
SUMBER : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kajianmembaca5tahunsekali/Article
2010/11/14
SHAH ALAM: Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia yang dilakukan 10 tahun sekali mungkin akan dipendekkan kepada lima tahun dengan kajian terbaru dijangka dilancarkan dalam tempoh terdekat, kata Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Datuk Raslin Abu Bakar.
Beliau berkata, kajian ini dipendekkan berikutan tempoh 10 tahun adalah terlalu lama dan bergantung kepada peruntukan diterima.
Katanya, kajian kali terakhir dibuat pada 2005 yang mendapati golongan dewasa berusia 40 tahun ke atas kurang membaca, tetapi dalam kalangan kanak-kanak meningkat sebelum menurun apabila mereka dewasa dengan rakyat negara ini hanya membaca antara lapan hingga 12 buku setahun.
Kerajaan cuba atasi maslah ini. Golongan dewasa, terutama pekerja perlu meningkatkan pembacaan kerana mereka memerlukan banyak maklumat, katanya selepas merasmikan Pesta Buku Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) 2010 Bersama PNM di Wisma Rozali, di sini semalam.

30 Ogos 2010
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
28 Ogos 2010
Bina Ayat SPM (Soalan 3a)
Apabila anda membina ayat, pastikan anda menggunakan formula:
a) Bila + Siapa + buat apa
b) Siapa + buat apa + di mana
c) Siapa + buat apa + kenapa
Contoh:
1. Prasyarat
ayat: Kakak berjaya memasuki pertandingan itu kerana lulus prasyarat yang ditetapkan oleh penganjur pertandingan.
2. Propaganda
ayat: Pendedahan akuan palsu yang dilakukan oleh pemimpin negara itu merupakan propaganda politik yang mungkin akan menarik perhatian media massa.
3. Pascamerdeka
ayat: Pada zaman pascamerdeka, anak-anak bangsa harus mengisi kemerdekaan dengan mempertahankan kemerdekaan negara daripada dijajah semula oleh anasir luar.
4. Dwibahasa
ayat: Ayah menggunakan kamus dwibahasa untuk mencari makna perkataan yang tidak difahaminya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
5. Anti-Israel
ayat: Satu perarakan anti-Israel telah diadakan di Dataran Merdeka oleh penuntut-penuntut universiti kerana mereka mengetahui kekejaman Israel terhadap keamanan dunia.
6. Antirasuah
ayat: Kerajaan Malaysia menjalankan kempen antirasuah untuk menghapuskan gejala ini sehingga akar umbi.
7. Interaksi
ayat: Pakar psikologi perpendapat bahawa kekurangan interaksi antara anak dengan ibu bapa akan menyebabkan jiwa anak kosong.
8. Insentif
ayat: Pihak sekolah akan memberi wang insentif sebanyak RM100 kepada pelajar yang mewakili sekolah dalam acara sukan.
9. Integrasi
ayat: Pihak kerajaan melancarkan kempen 1Malaysia untuk memupuk integrasi kaum dan membina perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia.
10. Intensif
ayat: Pihak sekolah akan menjalankan kelas intensif untuk pelajar yang lemah dalam subjek Sains dan Matematik.
11. Inisiatif
ayat: Kerajaan berharap agar pihak sekolah akan mengambil inisiatif untuk memastikan kebersihan persekitaran sekolah supaya murid-murid tidak diserang wabak demam denggi.
12. tentatif
ayat: Buat sementara waktu, beberapa langkah tentatif diambil untuk memasukkan sains sepenuhnya ke dalam skop sosiologi ilmu pengetahuan.
13. senget
ayat: Ayah mengetawakan adik yang memakai seluarnya senget sebelah.
14. sengit
ayat: Pengumuman semua calon SPM yang mendapat keputusan 9A+ dijanjikan biasiswa JPA akan menimbulkan persaingan yang sengit antara calon SPM.
Pada Pukul 09:15 Dimuatnaikkan oleh CIKGU TAN CL

23 Ogos 2010
JOM, SAYANGI ORANG UTAN
JOM RAMAI-RAMAI PAKAT SERTAI PRORAM YOU CAN GIVE HOPE TO ORANG UTAN anjuran TV9, Teh Boh Malaysia dan WWF. Ini bukan setakat program sahaja,tetapi satu pertandingan sebagai satu kempen menyanyangi orang utan yang semakin pupus sekarang. Jadi, anda digalakkan membentuk kumpulan untuk merealisasikan program ini. Hadiah lumayan :
RM4,000 untuk kumpulan dan RM4,000 untuk sekolah
RM2,500 untuk kumpulan dan RM2,500 untuk sekolah
RM1,000 untuk kumpulan dan RM1,000 untuk sekolah
Boleh pergi ke Sabah lagi melawat tempat pemeliharaan dan pemuliharaan orang utan.
Apa lagi daftar sekarang di laman blog berikut :
http://orangutan.com.my/newhope/index.html
Tarikh tutupnya 4 Oktober 2010. Cepat-cepat ya nanti melepas.
Selamat mencuba.

SOALAN PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM 2010 (MRSM)
Perhatian kepada semua calon dan guru. Soalan pepriksaan percubaan SPM 2010 bagi MRSM boleh dimuat turun daripada pautan berikut :
http://groups.yahoo.com/group/bahasa_melayu_ktn/files/SOALAN/SPM/PERCUBAAN%202010/
Sekiranya menghadapi masalah untuk memuat turun sila hubungi saya menerusi emel atau SMS ke talian telefon bimbit saya.
Mana-maan guru yang berminat memperoleh skema pemeriksaan, tuan puan boleh menghubungi saya menerusi emel atau SMS ke talian telefon bimbit saya.
Semoga kita sama-sama peroleh manfaat daripadanya.

20 Ogos 2010
MAKLUMAT PEMBELAJARAN UNTUK ANDA
Blog ini bersedia menyalurkan pelbagai maklumat berguna sebagai bahan pembelajaran anda menerusi medan yang tersedia, pautan blog dan bloggers kalangan guru Bahasa Melayu dan pelbagai sumber maklumat lain. Semuanya bagi membantu anda, khasnya calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2010 dan para pelajar tingakatan 4. Sehubungan dengan itu, blog ini akan mengemaskini pelbagai maklumat untuk keperluan anda dalam tempoh terdekat. Jadi, selalulah berkunjung ke sini untuk memperoleh maklumat berkenaan.
KETAHUI TEMA PANAS PERCUBAAN SPM 2010
Lawati blog berikut untuk melihat tema-tema dan tajuk-tajuk panas untuk ulang kaji sempena peperiksaan percubaan SPM 2010. Semuanya memerlukan tindakan segera anda:
http://pecutanakhirbm1.blogspot.com/
http://pecutanakhirbm2.blogspot.com/
Terlebih dahulu saya ucapkan selamat menduduki peperiksaan percubaan. saya doakan semoga anda mempeoleh kejayaan yang dimpikan. Inilah petunjuk yang paling tepat untuk mengukur tahap kesediaan anda sebelum menduduki ujian sebenar November depan.
Selamat maju jaya.

14 Ogos 2010
TEKS ANTOLOGI DAN NOVEL TERBAHARU 2011
Mulai tahun 2011, semua pelajar tingkatan 2 dan 5 akan meneruskan penggunaan teks antologi dan novel terbaharu bagi kumpulan pertama teks Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat menengah rendah (PMR) dan menengah atas (SPM). Sepanjang tahun 2010, mereka telah pun menggunakan teks antologi Kesusasteraan Melayu dan novel terbaharu semasa di tingkatan 1 dan 4.
Pelajar di tingkatan 1 sebelum ini menggunakan antologi Kasut Kelopak Jantung di samping novel yang ditetapkan mengikut zon masing-masing. Pada tahun 2011, mereka akan menggunakan antologi baharu berjudul Gema Sepi Gadis Genius. Bagi zon Melaka, Pahang, Terengganu, dan Kelantan, pelajar-pelajar tingkatan 2 akan menggunakan novel berjudul Lestari Bukit Menghijau, karya Syed Mahdzir, terbitan Star Trading Sdn. Bhd.
Sementara itu, bagi pelajar tingkatan 5 tahun 2011 pula, mereka akan menggunakan teks antologi baharu berjudul Dirgahayu Bahasaku selain Harga Remaja yang digunakan semasa di tingkatan 4. Bagi zon Melaka, Pahang, Terengganu, dan Kelantan, pelajar-pelajar tingkatan 5 akan menggunakan novel berjudul Sutera Dalam Lukisan, karya Abd. Talib Hassan, terbitan ABM SMAZ Creative.
Sumber : Blog Hj Samat Buang

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
1. kita ingat 10 % apayang dibaca
2. kita ingat 20% apa yang didengar
3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
1. pastikan cahaya adalah terang
2. kurangkan gangguan bunyi
3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
5. kerusi dan meja menghadap kiblat
6. jangan lupa untuk senyum
6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
3. mengingat kembali (recall)
4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9. Sentiasa awal dan mendahului:
1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
2. memberikan tumpuan sepanuhnya
3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu petua mengulang kaji
1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
3. duduk tegak dikerusi yang selesa
4. baca doa penerang hati
5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
6. fikir dan ingat kembali isi utama
7. catat/lakar
8. semak semula ketepatan maklumat
9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
10. buat rumusan
11. jawab soalan
12. tampal maklumat yang rumit di dinding
13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
1. jangan makan kepala ikan
2. jangan makan organ dalaman
3. jangan minum semasa makan
4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
5. jangan melihat kemaluan
6. jangan melihat buih
7. jangan membaca nama pada batu nisan
8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
10. banyakkan makan kekacang
11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
13. jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat:
1. tampal nota-nota penting di dinding
2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
3. gunakan kaedah akronim
4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap mengatur jadual belajar:
1. mempunyai jadual belajar
2. patuh kepada jadual
3. buat jadual yang boleh diikuti
27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32. Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
1. taat kepada Allah
2. mendirikan sembahyang
3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
4. hormati & sayangi guru
5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
7. membantu rakan yang memerlukan
8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
9. sentiasa bertawakal
10. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)
Dicatat oleh Idris Bin Saleh DARIPADA LAMAN SUMBER : http://www.bmmaya.blogspot.com/
13 Ogos 2010
SOALAN KAJI SELIDIK
Kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang mengunjungi blog ini sila klik pautan di bawah untuk menjawab soalan kaji selidik kendalian blooger mengenai Penggunaan Blog dalam Pengajaran Karangan Kepada Calon SPM.
Segala maklumat yang diberikan dalam kajian ialah rahsia dan hanya untuk kegunaan kajian sahaja.
Kerjasama anda amat saya harap dan alu-alukan serta didahului dengan ucapan terima kasih.
SILA KLIK LINK BERIKUT :
http://spreadsheets.google.com/viewform?formkey=dDIzSld4Y3lZTnRHdUliN2lxNUpNblE6MQ
Teachers and students who visit this blog, please click the link below to answer the survey questions on use of operating blooger Blog in Teaching Essay to candidates SPM.
All information provided in this study is confidential and only for research purposes only.
Your cooperation is my hope and welcome and led the thanks.
PLEASE CLICK THE FOLLOWING LINK:

30 Julai 2010
PROGRAM GERAK GEMILANG SPM
Kepada semua calon SPM 2010...sila bawa kertas soalan prapercubaan ke PGG untuk sesi perbincangan dan percambahan minda di Dewan Ilmu, jam 9.00 malam, 2 Ogos 2010. Semoga anda memperoleh sesuatu daripada sesi berkenaan
17 Jun 2010
SEMINAR KECEMERLANGAN SPM SM Islam HIRA
Selamat datang dan selamat mengikuti seminar kecemerlangan mata pelajaran Bahasa Melayu SPM kepada calon-calon SM Islam Hira, Jeram, Klang, Selangor. Semoga antum dan antumna memperoleh manfaat daripada program yang diadakan dan menjadi pemangkin kejayaan dalam peperiksaan SPM 2010. Insyallah
14 Februari 2010
Bahasa dalam Facebook: Masih Ada Rasa Hormatnya
Kata sapaan atau rujukan hormat ialah kata yang digunakan untuk menyapa atau merujuk diri seseorang. Jenis perkataan atau rujukan yang akan digunakan adalah bergantung pada status atau kedudukan, pangkat, gelar dan usia seseorang yang disapa atau dirujuk.
Penggunaan perkataan ini perlulah tepat dan bersesuaian dengan orang yang disapa atau dirujuk itu, terutamanya dalam situasi rasmi. Penggunaan kata sapaan yang tidak tepat, terutamanya dalam komunikasi lisan dalam majlis rasmi, boleh menyinggung perasaan orang yang disapa.
Prof. Emeritus Abdullah Hassan dalam Berita Harian 1 Oktober 2009 menyatakan bahawa penggunaan bahasa Melayu didapati semakin tercemar apabila tabiat menggunakan kata nama “abang” sewenang-wenangnya sebagai panggilan dalam pertuturan harian. Perkembangan tersebut telah mewujudkan bahasa pasar baharu apabila masyarakat, khususnya golongan muda menggunakan “abang” untuk orang yang tidak dikenali.
Katanya lagi, “Penggunaan bahasa ini adalah biadab kerana mengabang-abangkan, memakcik-makcikkan, ataupun mempakcik-pakcikkan orang yang tidak dikenali.” Perbuatan tersebut juga dianggapnya sebagai memalukan kerana bukan sahaja tidak menggunakan pemadanan tara dan adab berbahasa yang betul, bahkan menggambarkan sikap berbahasa yang tidak menghormati orang lain. Yang lebih menyedihkan, penggunaan bahasa Melayu yang tidak tepat ini turut melibatkan sesetengah pemimpin.
Sebenarnya, bahasa Melayu kaya dengan pelbagai kata sapaan dan rujukan yang berbeza daripada bahasa-bahasa lain dan setiap penuturnya mesti menguasainya dan menggunakannya dengan betul dalam konteks yang sesuai dengan teman bicara mereka. Penggunaan kata sapaan dan rujukan ini bukan sahaja berfungsi untuk menyapa atau merujuk seseorang tetapi mendukung fungsi memperlihatkan kesopanan penutur yang menggunakan bahasa tersebut.
Dalam bahasa Melayu, sapaan dan rujukan hormat yang digunakan bergantung pada dua situasi penggunaannya, iaitu situasi rasmi dan tidak rasmi.
Penggunaan bahasa sapaan dan rujukan dalam kedua-dua situasi itu sangat berbeza. Dalam situasi rasmi, antara kata sapaan dan rujukan hormat yang biasa digunakan termasuklah Yang Mulia, Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang Arif, Yang Berbahagia, Yang Amat Berbahagia, Yang Berusaha dan Yang Amat Berusaha.
Rujukan hormat Yang Mulia digunakan untuk orang yang bergelar warisan, iaitu gelaran yang dipusakai secara turun-menurun. Menurut Amat Juhari Moain dalam Panduan Utamakan Kesantunan Berbahasa (1992:15), rujukan hormat jenis ini terbahagi kepada enam peringkat, iaitu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda (untuk Yang di-Pertuan Agong), Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (untuk sultan, raja dan Yang di-Pertuan Besar), Yang Maha Mulia (untuk balu sultan, balu raja dan balu Yang di-Pertuan Besar), Yang Teramat Mulia (untuk Raja Muda dan anak raja bergelar), Yang Amat Mulia (untuk anak raja yang sedang memerintah) dan Yang Mulia (untuk orang yang bergelar warisan biasa).
Rujukan hormat Yang Amat Berhormat ditujukan kepada perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri. Untuk menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen, anggota parlimen, senator, anggota dewan undangan negeri, dan anggota majlis mesyuarat kerajaan, rujukan hormat Yang Berhormat digunakan.
Sementara rujukan hormat Yang Amat Arif ditujukan kepada Ketua Hakim Negara, Hakim Besar Malaysia dan Hakim Besar Borneo. Untuk hakim-hakim yang lain, rujukan kehormat Yang Arif digunakan.
Rujukan hormat Yang Amat Berbahagia pula ditujukan kepada orang yang bergelar Tun, Toh Puan, dan isteri Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, manakala rujukan hormat Yang Berbahagia ditujukan kepada orang yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Dato’ Seri, Datin Seri, Datuk, Datin, Datuk Paduka dan Datin Paduka.
Rujukan hormat Yang Amat Berusaha ditujukan kepada pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tidak mempunyai apa-apa gelaran. Untuk pegawai tinggi kerajaan yang biasa pula, rujukan hormat yang digunakan ialah Yang Berusaha. Selain itu, rujukan hormat seperti Tuan, Tuan Haji, Puan, Encik dan Cik juga biasa digunakan dalam situasi rasmi.
Dalam situasi rasmi, kata sapaan dan rujukan hormat itu akan digunakan sebaik mungkin untuk menunjukkan rasa hormat terhadap orang ang disapa atau teman bicara. Kata-kata tersebut tidak boleh dicampuradukkan penggunaannya sesuka hati.
Dalam situasi tidak rasmi pula, biasanya penutur menggunakan kata sapaan yang menunjukkan hubungan akrab dengan teman bicaranya, seperti menggunakan kata sapaan engkau atau kau, aku, saya, awak, kamu, dan anda. Sebahagian kata sapaan dan rujukan hormat ini, baik yang rasmi mahupun tidak rasmi turut digunakan dalam laman sembang sosial, antaranya termasuklah Facebook.
Facebook yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2004 pula merupakan laman sosial yang paling popular pada masa kini. Dari segi penggunaan bahasa Melayu, memang tidak dinafikan bahawa kebanyakan bahasa yang digunakan dalam laman ini adalah bahasa basahan atau bahasa perbualan. Hanya pengguna tertentu, terutamanya dalam kalangan penulis dan Facebook rasmi (milik jabatan atau institusi) yang menggunakan bahasa Melayu yang baik.
Setelah dilakukan tinjauan awal dalam Facebook peribadi dan rakan, data-data yang ditemukan adalah seperti yang berikut:
1. Prof. Awang Sariyan...idola kawe ni.
2. Dr teo.. bekas pensyarah orang kelantan memang cakap kelantan dia menjadikan diri lebih
berasosiasi ngan orang melayu.. moga dr teo senantiasa cemerlang.
3. Harap-harap Doktor Syafiq boleh potongkan tali pusat, azan dan iqamatkan ke telinganya, dan ...
4. Utsaz, 'guna sama' itu apa maksudnya?
5. Kalau tahun 2007 dulu, ustaz juga yang kendalikan program ini maknanya saya pernah dua kali
dijawikan ustaz.
6. Tuan marilah sama-sama berjemaah menulis di bawah PTS. Banyak ilmu tuan yang berharga dalam
memandaikan bangsa :)
7. Tuan Azree, jumlah jemputan lebih kurang hampir seribu berbanding wartawan yang tidak sampai 20
orang.
8. Salam Puan Ainon :-) Selamat menyambut ulang tahun hari kelahiran esok.
9. Salam puan yang dihormati, selamat menyambut ulang tahun kelahiran , sedarlah hakikatnya usia
kita dah meningkat....
10. tepat sekali analisis anda en zaidi.. moga dapat tambahkan pengethauan kita semua.
11. Cik Zura.. sesetengah pedoman dan panduan bahasa boleh dimuat turun drp laman web DBP.
12. Menurut Sdr. Zamri Mohamad, Gerakan rakyat Baca@LRT Febuari adalah pada Sabtu 20 Febuari
2010.
13. Assalamualaikum sesiapa berkenaan atau saudara Zaidi... namakan seseorang di DBP yang
menguatkuasakan penggunaan Bahasa Kebangsaan ...
14. akak nak bawak bunga ah nnt.. leh mandi bunga kat sungai pisang nih...
15. Kalau Kak Sri ingin melakukan semua itu. Jangan lupa calling-calling saya!
Berdasarkan data tersebut, jelaslah bahawa dalam kalangan pengguna laman ini, masih ada yang menggunakan kata sapaan tertentu untuk menyapa rakan sosialnya. Dari segi cara penulisannya pula adalah pelbagai, iaitu ada yang menulis penuh dan ada juga yang menyingkatkannya (tanpa tanda titik).
Hal ini menunjukkan bahawa masih ada pengguna yang sedar tentang keperluan penggunaan kata sapaan ini, terutamanya terhadap rakan sosial yang dihormati atau yang lebih tua. DB
- Zaidi Ismail, Dari hal Bahasa, DB Mac 2010
pada 10hb Februari 2010 pukul 6.38 ptg

Langgan:
Catatan (Atom)