05 Januari 2010

SESI PERSEKOLAHAN BERMULA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung laman sesawang ini, para pelajar, calon-calon SPM 2010 dan para pendidik yang dihormati dan dikasihi. Saya doakan semoga anda semua berada dalam keadaan sihat dan bersiap siaga untuk meneruskan perjuangan dalam mencari, menggali serta mengumpul ilmu sebagai bekalan menghadapi dugaan dan cabaran peperiksaan, khasnya SPM 2010, bermula 22 November hingga 16 Disember depan. Semoga tahun ini, pencapaian lebih cemerlang diraih oleh calon-calon. Selamat kembali ke sekolah.

Tiada ulasan: