05 Januari 2010

PERTANDINGAN MENGARANG ESEI MPOB

Anda dijemput menyertai pertandingan penulisan esei MPOB :

Peraduan Mengarang Esei Berita Sawit Januari 2010

PERADUAN ini terbuka kepada pelajar sekolah menengah di seluruh negara. Karangan adalah mengenai industri sawit negara dan antarabangsa dan ditulis tangan berpandukan tajuk yang diberikan di bawah:

Tajuk: “Produk berasaskan sawit selamat digunakan dan mesa alam. Huraikan”

Peraduan terbahagi dua kategori:
Kategori A: Tingkatan 4 hingga 5
Kategori B: Tingkatan 1 hingga 3

Tiga pemenang utama setiap bulan akan menerima;
Kategori A: Hadiah 1 - 3: RM150, RM120, RM100
Kategori B: Hadiah 1 - 3: RM100, RM80, RM60

Esei yang berjaya mendapat tempat pertama dalam kedua-dua kategori akan disiarkan dalam Berita Sawit keluaran bulan Oktober akan datang.

Syarat Penyertaan:

1. Terbuka kepada pelajar sekolah menengah tingkatan 1 hingga 5

2. Panjang esei:

Kategori A: Antara 350 - 450 perkataan

Kategori B: Antara 250 - 300 perkataan

3. Sila nyatakan nama penuh, alamat sekolah, alamat rumah, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan sertakan sekeping gambar berukuran paspot (sekiranya ada)

4. Keputusan juri adalah muktamad

5. Tarikh tutup penyertaan ialah pada atau sebelum 23 Januari 2010

6. Hantarkan penyertaan ke alamat: Peraduan Mengarang Esei Berita Sawit Ibu Pejabat MPOB, Peti Surat 10620, 50720 Kuala Lumpur

u/p: Noor Asmawati Abdul Samad (Unit Perhubungan Awam)

MAKLUMAT LANJUT BOLEH DIPEROLEH DARIPADA AKHBAR SISIPAN BERITA SAWIT KELUARAN BERITA HARIAN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum....
adakah pelajar lepasan spm dapat menyertai pertandingan ini?

terima kasih...

Bersama Motivator Anda berkata...

waalaikumussalam...terima kasih atas perhatian dan minat anda mengenai pertandingan penulisan esei berkenaan. Dukacita dimaklumkan bahawa pertandingan itu hanya untuk pelajar sekolah menengah sahaja. JIka anda berminat menyertai pertandingan penulisan anda boleh layari beberapa laman sesawang seperti intergiti malaysia, dbp, bpr dan sebagainya...selmat mencuba.