Laman sesawang yang memaparkan pelbagai maklumat tentang penggunaan, pengajaran dan pemelajaran bahasa Melayu secara maya. Laman sesawang ini diharap boleh menjadi laman sumber bersifat interaktif yang dapat membantu para pengguna bahasa Melayu, khasnya para pelajar dan guru-guru dalam memperkasakan dan menobatkan penggunaan bahasa Melayu secara gramatis selaras sengan perkembangan bahasa kita yang kian pesat.
19 November 2009
TERIMA KASIH
Web Master dan blogger http://cikguanda.blogspot.com merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua cikgu-cikgu BM yang menjadi web master dan blogger laman sesawang pembelajaran maya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu atas kerjasama yang diberikan selama ini dalam menjayakan misi membantu calon-calon SPM, khasnya, pelajar-pelajar dan pengguna Bahasa Melayu, amnya. Semoga usaha murni kita bakal membuahkan hasil yang membanggakan semua. Biarpun segalanya penuh berliku tetapi kerjasama daripada semua pihak yang sentiasa komited dan gigih amat membanggakan. Jadi, mulai hari ini marilah kita sama-sama berganding bahu membantu sesiapa sahaja memperoleh maklumat yang betul dan tepat untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam pelbagai situasi, khasnya untuk para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam. Oleh itu, kerjasama daripada web master dan blogger kalangan cikgu BM amat diharapkan dan dialu-alukan. Kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih sekali lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan